PETALING JAYA – Penghibur era 1980-an, Ibnor Riza yang disahkan menghidap pelbagai penyakit sejak tiga bulan lalu selain mengalami benjolan nanah pada bahagian leher kini berdepan masalah suara hingga mengganggu percakapannya.
Kata penyanyi berusia 62 tahun itu, kebelakangan ini dia berasa perit untuk bercakap seperti biasa kerana boleh mengakibatkannya sesak nafas andai berbual bagi tempoh lama biarpun dalam nada perlahan.
“Saya pun tidak pasti kenapa tiba-tiba begini kerana doktor maklumkan benjolan pada leher dengan keadaan peti suara saya yang mengakibatkan kesukaran bercakap tiada hubung kait.
“Disebabkan kesulitan itu saya dinasihatkan kurangkan berbual selain jangan paksa diri untuk bercakap kerana bimbang turut mencetuskan gejala sesak nafas.
“Saya pun tidak dapat menjawab panggilan telefon, sebaliknya lebih banyak berkomunikasi menerusi aplikasi WhatsApp,” katanya ketika memberi maklum balas kepada Kosmo! Online.
Berhubung pembedahan pada benjolan yang terpaksa ditangguhkan berikutan tekanan gula dalam darah yang tinggi, kata Ibnor, doktor memberi tempoh hingga sebulan lagi.
Begitupun, dia berasa agak lega apabila bacaan gula dan darah semakin menurun, selain bengkak pada leher juga sudah nampak tanda-tanda surut.
Pada masa sama, penyanyi Meneka Dalam Kesamaran itu menzahirkan ucapan terima kasih kepada kenalan dan saudara-mara yang membantu meringankan beban ditanggung selain memberi sokongan moral.
Terdahulu, Ibnor disahkan menghidap kencing manis, darah tinggi, migrain dan kolestrol yang dihidapi serentak sejak tiga bulan lalu sehingga menyebabkannya lemah selain terpaksa bergantung dengan ubat-ubatan.
Sebelum itu, dia terlebih dahulu menjalani pemeriksaan pakar sebaik menyedari kewujudan bengkak pada bahagian leher yang memerlukannya menjalani pembedahan segera.
“Sepatutnya saya menjalani pembedahan membuang nanah pada bahagian itu, tetapi hasil ujian menunjukkan tekanan darah tinggi, kencing manis, migrain dan kolesterol tinggi.
“Produser tersebut terpaksa ditangguhkan sampai tahap darah dan gula saya berada pada paras normal semula.
“Cuma sebagai ketua keluarga tentu saja situasi sebegini menyukarkan kerana nyanyian adalah satu-satunya punca pendapatan saya,” luahnya.
Keadaan kesihatan Ibnor pada awalnya meraih perhatian pelakon, pengarah dan penerbit tersohor, Fauziah Ahmad Daud atau Ogy yang berkongsi perkara itu menerusi hantaran dalam Facebook.
Ogy memaklumkan Ibnor disahkan menghidap pelbagai penyakit serentak yang memerlukannya menjalani pembedahan dan meminta orang ramai mendoakan kesihatan rakan seperjuangannya itu. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link