Infotainment

Peranti iOS 16 Tidak Kini Tidak Boleh Mainkan Kandungan DRM Dengan Penyesuai HDMI

Peranti iOS 16 Tidak Kini Tidak Boleh Mainkan Kandungan DRM Dengan Penyesuai HDMI

rumahkabin black

iPhone dan iPad boleh disambungkan ke skrin tambahan seperti televisyen atau monitor melalui HDMI, dengan syarat penyesuai yang digunakan melepasi piawaian Apple. Ini membolehkan pengguna menikmati kandungan seperti bermain permua atau menonton video pada skrin yang lebih besar.

Tetapi sejak tahun lepas, Apple telah mula menghentikan sokongan AirPlay pada peranti Apple TV model lama. Isu ini dilihat tidak berhenti pada AirPlay sahaja, kerana iPhone atau iPad yang menggunakan iOS 16 atau iPadOS 16 turut tidak boleh memainkan kandungan DRM jika peranti disambungkan dengan penyesuai HDMI.

Peranti iOS 16 Tidak Kini Tidak Boleh Mainkan Kandungan DRM Dengan Penyesuai HDMI

Ini bermakna, jika iPad bersambung pada monitor – Netflix, Prime Video, Apple TV+ dan lain-lain lagi tidak boleh memainkan video dan hanya akan memaparkan skrin hitam dengan audio sahaja. Memainkan video YouTube dilihat tidak menjadi masalah. Tiada jalan penyelesaian yang boleh dilakukan kecuali jika iPhone atau iPad pengguna masih menjalankan iOS 15.

Apa yang pengguna boleh lakukan adalah, gunakan ciri siaran AirPlay 2. Kebanyakan televisyen dan monitor pintar sudah pun menyokong ciri ini. Malah jika anda menggunakan dongel Google TV tidak kira jenama apa, biasanya anda boleh mainkan Netflix dari peranti terus ke TV/monitor yang ada dongel Google TV/Android TV, set kotak TV dan seumpama dengannya.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link

See also  Meta Mengambil Alih Luxexcel Yang Menghasilkan Lensa Cetakan 3D Untuk Set Kepala