Pelaburan

Pelabur asing beli RM72.3j ekuiti tempatan pada minggu pertama 2023

Pelabur asing beli RM72.3j ekuiti tempatan pada minggu pertama 2023

rumahkabin black

KUALA LUMPUR – Pelabur asing memulakan minggu pertama 2023 dengan membeli sebanyak RM72.3 juta ekuiti tempatan berbanding jualan bersih berjumlah RM204.6 juta pada minggu terakhir 2022.

Seperti mana yang berlaku di bursa Asia Tenggara, tarikan aliran masuk ekuiti ke Malaysia disebabkan sentimen positif dari China.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menyatakan keputusan mengenai kadar faedah adalah hak mutlak Bank Negara Malaysia dan kerajaan tidak akan campur tangan, satu kenyataan yang menaikkan keyakinan pelabur.

Kenyataan ini dikeluarkan di tengah-tengah pelbagai pandangan dilontarkan oleh pihak tertentu terhadap bank pusat mengenai penetapan kadar dasar semalaman (OPR), kata MIDF Research.

Pelabur asing melupuskan sebanyak RM32.3 juta dan RM22.6 juta, masing-masing pada Selasa dan Rabu sebelum meningkat kepada RM86.6 juta dan RM40.6 juta pada Khamis dan Jumaat.

Firma penyelidikan itu berkata, tiga sektor teratas yang menyaksikan aliran masuk bersih oleh pelabur asing minggu lepas ialah perkhidmatan kewangan sebanyak RM99.2 juta, pembinaan pada RM11.1 juta dan tenaga RM5.3 juta.

Tiga sektor terbawah dengan aliran keluar bersih ialah perladangan (RM15.9 juta), telekomunikasi dan media (RM13.8 juta) dan utiliti (RM6.7 juta).

Institusi tempatan bertukar menjadi penjual untuk minggu itu dengan jualan bersih sebanyak RM124.4 juta.

Belian bersih minggu ini bermula sebanyak RM19.2 jutapada hari Selasa, sebelum jualan bersih dari Rabu hingga Jumaat masing-masing sebanyak RM6.1 juta, RM91.9 juta dan RM45.6 juta.

Pelabur runcit tempatan kekal paling optimistik, belian bersih setiap hari, berjumlah RM52.1 juta untuk minggu itu.

Mereka bersih membeli RM13.1 juta pada hari Selasa, RM28.7 juta hari Rabu, RM5.3 juta Khamis dan RM5.0 juta Jumaat.

See also  Irma Hasmie berdamai dengan takdir, tak perlu canang kisah cerai & rumah tangga

Dari segi penyertaan, terdapat peningkatan dalam purata volum dagangan harian (ADTV) oleh pelabur runcit sebanyak +0.8% manakala penurunan dalam kalangan institusi tempatan dan pelabur asing masing-masing sebanyak 17.6% dan 19.4%. – MalaysiaGazette

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link