Hartanah

Gambar orang awam di bilik persalinan pakaian disiasat

Gambar orang awam di bilik persalinan pakaian disiasat

rumahkabin black

KUALA LUMPUR – Tindakan keji pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar orang awam di dalam bilik persalinan butik pakaian yang diperoleh melalui kamera tersembunyi kini dibawah siasatan pihak polis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata,perbuatan tersebut merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Tambah beliau, pihaknya menerima sudah menerima laporan kejadian tersebut pada Ahad lalu dan sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti tarikh dan lokasi kejadian sebenar berlakunya aktiviti tersebut.

“Laporan polis sudah diterima daripada pengurus pengawal keselamatan sebuah butik pakaian di Jalan IMBI, bagaimanapun hasil siasatan pihak polis mendapati kejadian tidak berlaku di premis pengadu, disyaki di lokasi lain.

“Hari ini juga pihak kami turut terkesan satu video berdurasi 11 saat yang dimuat naik pengguna Twitter @Meleisgw yang memaparkan rakaman video daripada kamera tersembunyi di bilik persalinan sebuah pusat membeli belah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, kecoh di media sosial apabila beberapa tangkap layar rakaman video di dalam bilik persalinan di sebuah butik pakaian terkemuka tersebar meluas sejak malam tadi.

Lebih teruk lagi, video-video rakaman tersebut difahamkan dijual kepada orang awam di sebuah aplikasi media sosial dan turut dipromosi secara meluas di akaun media sosial dikenali @Hiddencamxx.

Di dalam hantaran tersebut, pengguna mendakwa kejadian tersebut berlaku di sebuah butik pakaian di Kuala Lumpur. -KOSMO! ONLINE

!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah

See also  Sudahlah Ditumbuk, Kemudian Dipaksa Untuk Turut Serta 'Selfie' Bersama Penyamun
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link