Pelaburan

Bila Pas berselingkuh dengan ‘janda’ UMNO

Bila Pas berselingkuh dengan ‘janda’ UMNO

rumahkabin black

MALAM tadi Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan Pas sebagai rakan yang tidak setia.

Tok Mat merujuk pengalaman UMNO dan Pas dalam Muafakat Nasional yang akhirnya terlerai sebelum PRU15 lepas.

“Begitu juga, pengalaman kita, bekerjasama dengan Pas. Mereka tidak pernah, setia atau ikhlas.

“Tanpa segan, mereka berselingkuh dengan semua parti terutamanya si janda UMNO. Lihat sahaja rekod mereka, dengan DAP dan PKR. Akhirnya, semua membawa, haluan masing-masing,” katanya semasa berucap merasmikan persidangan tiga sayap UMNO malam tadi.

‘Janda’ UMNO yang dimaksudkan Tok Mat sudah pasti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Tok Mat sebelum ini antara pimpinan yang amat menghargai peranan Pas sehingga ketika menegur pun, beliau memulakan ayat ‘Tanpa sedikit pun tidak mengurangkan rasa hormat kepada Presiden Pas’.

Kali ini UMNO dan Pas sudah tidak boleh bersama dan mereka kembali seperti dahulu menjadi musuh di gelanggang politik.

Bagi UMNO, bekerjasama dengan Bersatu hanya akan menggali lubang kubur.

Ternyata kerjasama UMNO dan Pas sudah berakhir apabila Barisan Nasional (BN) tidak mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

“Dengan pengalaman, bekerjasama secara ‘marriage of convenience’, semenjak Langkah Sheraton, UMNO merasakan, bahawa kita memerlukan, sesuatu yang lebih lestari dan konkrit,” ujar Tok Mat.

Persoalannya ketika ini Pas melalui Perikatan Nasional (PN) menjadi parti dominan selepas PRU15.

Mereka mempunyai 49 kerusi Parlimen walaupun menjadi pembangkang.

Jika UMNO mahu menjadi pesaing Pas, mereka perlu menjadikan perjuangan Islam sebagai prioriti bagi memikat pengundi Melayu.

Satu lagi, kekanglah usaha mengembalikan semula kerjasama itu atas nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Muafakat Nasional yang diasaskan Tan Sri Annuar Musa.

See also  Lelaki hadiahkan diri sendiri kereta mewah RM1.7 juta, siap angkut guna trak lutsinar!

Ia tidak salah kerana keahlian NGO memang merentasi parti politik namun jenama itu perlu ‘dihapuskan’ dalam minda ahli UMNO bagi menghadapi cabaran politik selepas bersama PH.

Kerjasama dengan pimpinan Pas selepas ini tidak boleh dibayangi jenama Muafakat Nasional tapi dalam agenda pembangunan Islam dan Melayu.- MalaysiaGazette

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link