Penggunaan dompet digital secara meluas ketika ini telah membawa pengaruh besar yang bukan sahaja mendorong ke arah masyarakat nirtunai. Malahan, turut menyediakan pelbagai penyelesaian kewangan yang inovatif di hujung jari.
Berkongsi lebih lanjut, TrueMoney telah dilancarkan di Malaysia bagi menambah lebih banyak pilihan aplikasi pembayaran nirtunai di Malaysia. Ia merupakan dompet digital di bawah kelolaan sebuah anak syarikat Ascend Money Co Ltd (Ascend Money) dengan usaha sama di antara The Charoen Pokphand Group (CP Group) dan Ant Financial (Alibaba).
Antara kemudahan yang disediakan termasuklah pembayaran menggunakan kod QR, di mana turut menyediakan ganjaran menarik untuk setiap perbelanjaan harian dibuat. Pengguna juga boleh membayar bil utiliti (seperti elektrik, air dan telefon) dengan mudah, di samping turut melakukan tambah nilai kredit prabayar telco melalui aplikasi pada bila-bila masa. Selain itu, TrueMoney juga menawarkan kemudahan pemindahan dan penghantaran wang rentas negara. Kemudiannya, turut menjejaki setiap transaksi yang dibuat bagi tujuan rekod masa nyata.
Sementara itu, TrueMoney juga telah diumumkan menjadi penyedia pembayaran rasmi untuk semua lokasi Lotus di seluruh negara. Dengan ini, ia bukan sahaja menyediakan lebih banyak kemudahan kepasa orang ramai untuk melakukan transaksi serta mengurus perbelanjaan. Malahan membolehkan mereka menikmati pelbagai faedah menarik seperti ganjaran berbentuk poin pada aplikasi.
Dompet digital TrueMoney kini boleh didapati di Malaysia melalui Google Play Store dan Apple App Store.
Desain Rumah Kabin Rumah Kabin Kontena Harga Rumah Kabin Kos Rumah Kontena Rumah Kabin 2 Tingkat Rumah Kabin Panas Rumah Kabin Murah Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin Light Duty CabinSource link