Hartanah

Bukan Tak Faham Kata, Tapi Lumrah Anak Nak Besar. Yang Tak Boleh Tu Dia Suka Buat

Bukan Tak Faham Kata, Tapi Lumrah Anak Nak Besar. Yang Tak Boleh Tu Dia Suka Buat

rumahkabin black

Agak sukar untuk kita berkata ‘jangan’ atau ‘tidak’ kepada anak. Bimbang jika sering mengucapkan kata-kata ini, anak  akan hilang keyakinan diri sehingga bersifat pasif. Ini akan menjejaskan perkembangan dirinya apabila memasuki persekolahan. Namun dua kata “ajaib” inilah yang selama ini terbukti paling mujarab untuk menghentikan kenakalan anak.

Tapi bukan bererti kedua kata ini tidak boleh digunakan sama sekali. Asalkan penggunaannya pada tempat dan situasi yang tepat, kata-kata tersebut boleh digunakan untuk mendidik anak menjadi seorang yang positif.

MENGAPA TIDAK BOLEH KERAP MENGGUNAKAN JANGAN DAN TIDAK?

#Anak yang sering mendengarkan kata tersebut cenderung takut, serta hanya melakukan sesuatu jika diminta, termasuk ketika bermain. Jika dibiarkan kelak anak ini akan menjadi anak pasif, tidak kreatif dan tidak memiliki inisiatif.

#Anak ini pertumbuhan menjadi individu yang tidak berdikari dan selalu bergantung pada orang lain dan tidak mahu belajar sendiri.

#Anak tidak terlatih untuk membuat keputusan yang baik untuk dirinya, kerana berasa takut akan salah dan rendah diri.

#Perkembangan motorik halus dan kasar anak terlambat.

#Anak jadi malas melakukan penerokaan dan mempelajari hal-hal baharu dalam hidup.

Baca Juga:

Tak Sangka Boleh Ajar Anak Guna Mainan Rosak, Speech Therapist Ini Kongsi Caranya

Dah Besar Dia Tak Peluk Cium Dah. Ayah Ni Kongsi Cara Buat Anak Rasa ‘Dekat’ Dengan Kita!

Susah Fokus & Dengar Arahan, Ibu Ini Kongsi Efek Tonton Kartun Jenis ‘Fast-Paced’

APA YANG HARUS DILAKUKAN IBU BAPA LAKUKAN?

Ada beberapa hal yang boleh dilakukan agar anda tidak terlalu sering mengucapkan “jangan” dan “tidak” pada anak. Kuncinya, berikan alasan dan solusi agar anak memahami alasan anda melarangnya. Lakukanlah hal tersebut mulai sekarang! Caranya ialah:

See also  Macam Balik Kampung Bila Menginap Di Huda Haven Resort, Batang Kali. Sesuai Nak Staycation & Gathering Keluarga! 
Anak aktif

Biasanya anak gemar menyentuh barang yang menarik perhatiannya. Jadi, sebaiknya anda simpan atau menjauhkan barang-barang tersebut dari jangkauan anak. Barang tersebut antaranya hiasan yang diletakkan di lantai atau meja yang rendah, barang yang mudah pecah serta alat-alat elektronik.

Bukan Tak Faham Kata, Tapi Lumrah Anak Nak Besar. Yang Tak Boleh Tu Dia Suka BuatBukan Tak Faham Kata, Tapi Lumrah Anak Nak Besar. Yang Tak Boleh Tu Dia Suka Buat
Sumber foto: www.freepik.com
Sediakan ruangan bermain khusus untuk anak

Jelaskan dan berikan alternatif lain sebagai pengganti dengan menyediakan ruang bermain untuknya. Jelaskan kepadanya ini adalah ruang untuknya bermain. Selepas bermain, didik anak untuk menyimpan kembali barang permainannya.

Penuhi keperluan stimulasi anak

Bila keperluan bermain terpenuhi, maka anak dapat belajar tentang cara bertindak atau bersikap sabar menghadapi sesuatu. Berikan mainan yang memberi pengalaman baru bagi anak sehingga mampu memuaskan rasa ingin tahunya. Biarkan anak bermain dengan barang permainannya.

Bukan Tak Faham Kata, Tapi Lumrah Anak Nak Besar. Yang Tak Boleh Tu Dia Suka BuatBukan Tak Faham Kata, Tapi Lumrah Anak Nak Besar. Yang Tak Boleh Tu Dia Suka Buat
Sumber foto: www.freepik.com
Waktu yang tepat

Tetapi jika si kecil mendekati api yang sedang menyala, maka kata “jangan” dan “tidak” boleh diucapkan. Setelah itu, berikan penjelasan bahaya dan alihkan perhatiannya pada hal lain yang lebih menyenangkan.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link