Hartanah

“Sedih Juga Bila Nak Diingatkan,” – Uyaina Kongsi Rasa, Hanya Dapat Menyusu Badan Anak Sulung Selama Dua Minggu Sahaja

“Sedih Juga Bila Nak Diingatkan,” – Uyaina Kongsi Rasa, Hanya Dapat Menyusu Badan Anak Sulung Selama Dua Minggu Sahaja

rumahkabin black

Setiap ibu pasti memiliki impian untuk menyusukan secara alami selama yang mungkin demi memberikan nutrien terbaik buat anak. Namun tak semua bernasib baik boleh memiliki momen tersebut.

Walaupun begitu, menyusu badan atau menyusu menggunakan alternatif seperti susu formula bukanlah satu penanda aras kasih sayang ibu kepada anak. Sesungguhnya perjuangan seorang ibu harus dihargai.

Pengacara dan pelakon terkenal, Uyaina Arshad berkongsi mengenai perkara ini di halaman Instagramnya apabila dia hanya dapat menyusu badan anak sulungnya, Raja Urhan selama dua minggu sahaja

“Sedih Juga Bila Nak Diingatkan,” – Uyaina Kongsi Rasa, Hanya Dapat Menyusu Badan Anak Sulung Selama Dua Minggu Sahaja“Sedih Juga Bila Nak Diingatkan,” – Uyaina Kongsi Rasa, Hanya Dapat Menyusu Badan Anak Sulung Selama Dua Minggu Sahaja

“Breastfeeding is not for everyone. Tak semua ibu diberi rezeki untuk menyusukan anak mereka. Sedih juga bila nak diingatkan. Tapi, rezeki Urhan cuma dapat menyusu badan kurang dari 2 minggu sahaja.

“It started off bila we noticed Urhan ada tongue-tie dalam minggu pertama lepas dia lahir. Dia ada difficulties to latch. Bila menyusu badan je, dia menangis macam kena pukul. Dah jadi macam force-fed pula. Sebab lepas 2-3 kali dia latch, pastu dia akan terpaksa release,” ujar pemilik nama penuh Saidatul Naseha Uyaina ini.

MASALAH TONGUE-TIE

Risau akan keadaan yang berlaku, Uyaina dan suami, Raja Syahiran bersepakat membawa anak sulung mereka berjumpa doktor untuk mengenal pasti masalah yang terjadi.

Kongsinya lagi, “Risau sebab dia tak minum susu secukupnya. Kami bawa dia pergi doktor. Bawah lidah dia digunting sikit untuk release tongue-tie tu. Lepas tu kita monitor lagi. Tapi dia still tak boleh latch. Masih sama. Bawa pergi jumpa doktor lain pula for second opinion. Rupa-rupanya tongue-tie tu tak fully released.

“Sedih Juga Bila Nak Diingatkan,” – Uyaina Kongsi Rasa, Hanya Dapat Menyusu Badan Anak Sulung Selama Dua Minggu Sahaja“Sedih Juga Bila Nak Diingatkan,” – Uyaina Kongsi Rasa, Hanya Dapat Menyusu Badan Anak Sulung Selama Dua Minggu Sahaja

“Doktor kata perlu fully anaesthetic dan operate Urhan untuk betul-betul faham what’s going on with his tongue. Tapi doktor kata kena tunggu Urhan besar sikit. Dah lebih 3 bulan baru boleh buat sebab nak monitor berat dia dulu sebab he was too small.”

See also  Anak Yatim Jadi Mangsa, Guru Didakwa Sepak & Seret Murid 10 Tahun

MULAKAN PENYUSUAN FORMULA

“So sejak dari tu, I started giving him susu formula. Mula-mula tu campur, I pump susu badan, top up dengan susu formula. Siap makan domperidone untuk tambah susu. Tapi lama-lama, susu makin kurang sebab takde skin to skin contact kot. Makin kurang sampai dah tak perlu pump dah. So now Urhan is fully on susu formula. Alhamdullilahhh walupun tak menyusu badan, he’s getting big and healthy. Syukur,” kongsi wanita anggun ini.

Menyentuh isu penyusuan, ia merupakan satu perkara yang menjadi topik penting terutamanya untuk ibu-ibu baru.  Uyaina menitipkan kata-kata positif kepada semua ibu yang tidak mampu untuk menyusu badan.

“Sedih Juga Bila Nak Diingatkan,” – Uyaina Kongsi Rasa, Hanya Dapat Menyusu Badan Anak Sulung Selama Dua Minggu Sahaja“Sedih Juga Bila Nak Diingatkan,” – Uyaina Kongsi Rasa, Hanya Dapat Menyusu Badan Anak Sulung Selama Dua Minggu Sahaja

“Isu pasal menyusu atau tak menyusu badan ni adalah benda yang sensitif juga. Ada sesetengah ibu, Alhamdullilah anak boleh latch dengan baik, susu pun banyak. Ada sesetengah ibu lain pula rezekinya.  Bila tengok orang ada susu banyak, kita akan stress. Bila kita stress, lagi la susu tak keluar.

“I just wanna say, it’s okay moms. Setiap rezeki itu datang dari Tuhan. Termasuklah rezeki susu untuk anak kita. Kita dah cuba, kita dah usaha. Kalau masih tak ada tak apa. Yang penting anak kita sihat, membesar dengan baik.

“Jangan kita terlalu fikir nak bagi susu badan, tapi tak memenuhi keperluan anak kita lepastu berat badan dia drop, anak tak membesar dengan tumbesaran yang sepatutnya. Breastfeed or no breastfeed, we are mothers. And that’s amazing enough,” ujarnya mengakhiri perkongsian.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Uyaina Arshad

See also  Resipi Sup Tulang Sedap Ala Restoran Thai, Begini Cara Nak Buat

 

 

 

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link