Pelaburan

Cuti Sekolah Tak Tahu Nak Ke Mana, Bawa Saja Anak-anak Ke Splash Out Langkawi. Pasti Puas Hati!

Cuti Sekolah Tak Tahu Nak Ke Mana, Bawa Saja Anak-anak Ke Splash Out Langkawi. Pasti Puas Hati!

rumahkabin black

Pejam celik pejam celik, siapa sangka rupanya tinggal beberapa hari lagi sahaja anak-anak kita akan bercuti panjang bagi mengakhiri sesi persekolahan 2022/2023.

Difahamkan anak-anak kita akan bercuti hampir sebulan, bermula 18 Februari  dan berakhir hingga 19 Mac 2023. Jadi apa perancangan ibu ayah untuk mengisi ruang masa yang ada ini ye? Andai tiada lagi perancangan, apa kata anda bawa anak-anak bersuka ria dengan mandi manda di Splash Out Langkawi.

Taman tema air Splash Out Langkawi ini  adalah yang pertama ada di pulau penuh dengan mitos dan legenda, Pulau Langkawi. Taman tema air ini mempunyai himpunan permainan air yang mendebarkan dan pastinya meriangkan buat anda seisi keluarga.

Dibina dengan keluasan 12 ekar di Bandar Kuah; yang hanya 15 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi sekali gus menjadikan ianya mudah untuk anda sekeluarga sampai ke destinasi percutian.

Menarik Di Splash Out Langkawi

Cuti Sekolah Tak Tahu Nak Ke Mana, Bawa Saja Anak-anak Ke Splash Out Langkawi. Pasti Puas Hati!Cuti Sekolah Tak Tahu Nak Ke Mana, Bawa Saja Anak-anak Ke Splash Out Langkawi. Pasti Puas Hati!

Keterujaan anak-anak untuk merasai keriangan di Spalsh Out Langkawi akan dapat dirasai bermula daripada pintu gerbang taman tema tersebut.

Apa tidaknya anda sekeluarga bersama pengunjung yang lain akan diiringi dengan 12 tarikan berinspirasikan laman maritim. Secara tidak langsung, membuatkan anda merasakan seolah-olah berada dalam sebuah pengembaraan di lautan dalam.

Tidak dengan itu, menggandakan keseronokan anda sekeluarga adalah ketika berada di Sprinkle Island, taman permainan interaktif dengan penyiram air gergasi, dan Big Splash Kingdom, di mana kanak-kanak bakal disiramkan dengan 250 liter air selang setiap beberapa minit.

Bagi individu yang lebih gemar untuk memanjakan diri, anda boleh berenang di kolam gelombang, Wild Water dengan kedalaman 6 kaki. Lalu bermalasan dalam pelampung menyusuri River of Life, sungai buatan dengan perjalanan yang lebih nyaman dan sesuai untuk seisi keluarga.

See also  4 Tempat Best Sekitar Putrajaya, Berbaloi Bawa Anak Ke Sini!

Cuti Sekolah Tak Tahu Nak Ke Mana, Bawa Saja Anak-anak Ke Splash Out Langkawi. Pasti Puas Hati!Cuti Sekolah Tak Tahu Nak Ke Mana, Bawa Saja Anak-anak Ke Splash Out Langkawi. Pasti Puas Hati!

Selain itu, Slaid air dan tunggangan yang mendebarkan seperti Ragin’ Racers dan Perfect Storm pula sesuai untuk individu yang mahukan aktiviti ekstrem. Biarkan jeritan anda berkumandang saat berlumba turun pada kelajuan 50km/sejam dan hanyut merentasi corong parabola 40 darjah dengan kesan putaran kaleidoskop sebelum turun ke aras tanah.

Terokai juga Poseidon’s Revenge yang juga dipercepatkan oleh sebuah jet hidro menaik yang diakhiri dengan terjunan ke dalam terowong gelap dengan kesan visual unik.

Cuti Sekolah Tak Tahu Nak Ke Mana, Bawa Saja Anak-anak Ke Splash Out Langkawi. Pasti Puas Hati!Cuti Sekolah Tak Tahu Nak Ke Mana, Bawa Saja Anak-anak Ke Splash Out Langkawi. Pasti Puas Hati!

Begitu juga jangan lepaskan peluang untuk merasai keseronokan di  Splash-Twister dan Splash-Python yang semestinya bukan untuk mereka yang lemah semangat. Tunggangan yang memacu adrenalin ini bakal membuatkan anda berpusing ke bawah seperti roller- coaster. Tambahkan lagi keterujaan anda dengan mencuba Shipwreck Falls, sebuah kapal karam di mana anda akan merasai terjunan curam, sebelum diterbalikkan sekali gus menjadi tunggangan paling ekstrem di sini.

Sekiranya slaid tunggangan air pantas dan pusingan mengejut bukan untuk anda, lewati Rainbow Rider yang bakal menghadirkan pengalaman menarik untuk semua peringkat umur.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

Ada Pelbagai Menu Untuk Dinikmati

Sudah pasti para pengunjung taman tema air yang paling tegar memerlukan rehat yang secukupnya untuk menambah tenaga dengan mengisi perut yang lapar. Terdapat pelbagai pilihan menu yang enak disajikan di Medan Selera Seafarers Haven.

Anda sekeluarga juga boleh menjamu selera di East India Coffee & Tea Company yang  menghimpunkan menu pastri, kek dan minuman panas. Bahkan anda juga boleh pergi ke salah satu kios F&B di sekitar taman air untuk mendapatkan snek, jus buah-buahan atau menikmati ais krim yang menyegarkan.

See also  Resipi Bubur Sumsum Untuk Bayi, Rasa Lemak Berkrim, Tambah Buah Kisar Nak Bagi Lagi Sedap

Sekiranya ingin kekal terhidrat, Refuel adalah hentian pit yang mudah dengan menawarkan jus, soda dan minuman isotonik.

Cuti Sekolah Tak Tahu Nak Ke Mana, Bawa Saja Anak-anak Ke Splash Out Langkawi. Pasti Puas Hati!Cuti Sekolah Tak Tahu Nak Ke Mana, Bawa Saja Anak-anak Ke Splash Out Langkawi. Pasti Puas Hati! Cuti Sekolah Tak Tahu Nak Ke Mana, Bawa Saja Anak-anak Ke Splash Out Langkawi. Pasti Puas Hati!Cuti Sekolah Tak Tahu Nak Ke Mana, Bawa Saja Anak-anak Ke Splash Out Langkawi. Pasti Puas Hati!

Kembara seharian anda sekeluarga pastinya terasa tidak sempurna sekiranya tidak singgah ke Bass Harbour Outpost and Supply. Di sini, para pengunjung boleh mendapatkan cenderahati dan barangan eksklusif Splash Out Langkawi seperti mainan, aksesori, barangan fesyen dan banyak lagi.

Jadi usah tunggu lagi, ayuh rancang percutian anda sekeluarga ke sini dan rasai keseronokkan yang luar biasa.

Ekstra info :

Splash Out Langkawi dibuka setiap hari Rabu sehingga Ahad dari jam 11 pagi sehingga 7 malam. Kanak-kanak berketinggian bawah 90 cm mendapat kemasukan percuma manakala tiket masuk untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah berharga RM35.

Tiket dewasa berharga RM50 (13-60 tahun), dan tiket warga emas berharga RM35 (lebih 60 tahun).

Penduduk tempatan Langkawi layak mendapat Pas Langkawi dengan bayaran RM30 setiap tiket.

Para pengunjung juga boleh membeli Pas Family Rides untuk menikmati permainan Rainbow Rider, Big Splash Kingdom dan Wild Water pada harga RM25.

Semua tiket boleh dibeli lebih awal menerusi laman web rasmi Splash Out Langkawi atau pada hari kemasukan di taman tema air. Untuk tidak beratur panjang, langgan Admiral Express Splash Pass dengan hanya RM25 sahaja!

Atau untuk lebih lanjut lagi boleh layari laman web Splash Out Langkawi dengan klik DI SINI. 

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link

See also  Cara Buat Terung Goreng Rangup Ala Fries, Sedap Sampai Anak Tak Perasan Makan Sayur