Sempena cuti panjang pada hujung minggu ini. Bagi yang ada plan nak pulang ke Tanjung Malim, Ipoh, Taiping dan Padang Besar atau juga yang nak ke Hatyai, bolehlah usha train Khas My Sawasdee.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sekali lagi kembali dengan train khas untuk anda bercuti sehingga ke Hatyai. Namun kali ini train khas tersebut akan berhenti di beberapa stesen untuk menurunkan penumpang.
Penumpang boleh memilih untuk mendapatkan tiket sehala atau juga pergi balik. Tiket perjalanan akan bermula pada 3hb Februari dari KL Sentral dan akan kembali pada 6hb Februari dari Hatyai.
Jualan tiket telah dibuka bermula 30 Januari 2023 bermula jam 8:00 malam. Ada masa lagi untuk anda tempah dan dapatkan tiket ke destinasi seperti Tanjung Malim, Ipoh, Taiping dan Padang Besar atau juga yang nak ke Hatyai. Tiket yang bermula dari harga RM75 untuk sehala.
Dapatkan tiket anda segera dengan pembelian Go Cashless melalui aplikasi KTMB Mobile atau secara dalam talian di https://bitly.ws/qpJ4
𝐏𝐞𝐫𝐤𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐓𝐌 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐭𝐞𝐫 𝐓𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐇𝐞𝐧𝐭𝐢 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚 𝟑 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝟐 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐞 𝐁𝐚𝐭𝐮 𝐂𝐚𝐯𝐞𝐬
Selain itu, sempena cuti perayaan Thaipusam juga, KTMB menawarkan perkhidmatan istimewa untuk Teman Komuter.
Bermula 4 – 6 Februari 2023, KTM Komuter akan menyediakan perkhidmatan tanpa henti ke Stesen Batu Caves sempena perayaan Thaipusam 2023.
Sebanyak 26 stesen yang terpilih juga akan turut beroperasi 24 jam.
Sila rujuk jadual waktu seperti di bawah:
** Pada 4 dan 5 Februari (Sabtu dan Ahad) akan menggunakan jadual waktu hari bekerja. Sila klik pautan https://www.ktmb.com.my/TrainTime.html
** Jadual waktu tren tambahan. Sila klik pautan https://www.ktmb.com.my/thaipusam-2023.html
Let’s jalan-jalan guyss!
Sumber: KTMB
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link