Pelaburan

Puteri Sarah ‘Cari’ Ibu & Tujuh Orang Anak Dihalau Rumah, Nak Bantu – “Poligami Tapi Tak Tahu Tanggungjawab”

Puteri Sarah ‘Cari’ Ibu & Tujuh Orang Anak Dihalau Rumah, Nak Bantu – “Poligami Tapi Tak Tahu Tanggungjawab”

rumahkabin black

Baru-baru ini tular seorang ibu bersama tujuh orang anaknya diusir keluar dari rumah sewa disebabkan tidak membayar sewa sejak Oktober tahun lalu. Semuanya dipercayai berpunca dari suami wanita itu berkahwin lain.

Tidak tinggal diam, pelakon, Puteri Sarah bersimpati melihat nasib wanita yang juga pesakit mental itu kerana diabaikan suaminya dan meluahkan hasrat untuk membantu mereka.

Malah, Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin turut menyelar tindakan suami wanita tersebut yang gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga selepas berpoligami.

“Allahuakbar kejamnya. Inilah yang dikatakan nak poligami tapi tak tahu tanggungjawab. Siapa kakak ni? Jika ada maklumat, tolong mesej Sarah. Sarah nak tolong,” tulisnya menerusi satu InstaStory semalam.

InstaStory berkenaan memaparkan sebuah keratan berita bertajuk ‘Ibu & 7 Anak Dihalau Dari Rumah Sewa, Suami Jarang Balik Sejak Ada Bini Muda’ yang melaporkan kesusahan hidup wanita terbabit.

Puteri Sarah ‘Cari’ Ibu & Tujuh Orang Anak Dihalau Rumah, Nak Bantu – “Poligami Tapi Tak Tahu Tanggungjawab”Puteri Sarah ‘Cari’ Ibu & Tujuh Orang Anak Dihalau Rumah, Nak Bantu – “Poligami Tapi Tak Tahu Tanggungjawab”

Semalam, pihak Zakat Selangor tampil menghulurkan sumbangan kepada wanita tersebut yang mempunyai anak berusia antara empat hingga 14 tahun.

Lebih malang apabila situasi itu menyebabkan anak sulungnya turut mendapat rawatan psikiatri kerana kerap mengamuk sehingga sukar dikawal sekali gus perlu mengambil ubat penenang.

Terdahulu, Sarah dilabel sebagai ‘wanita besi’ kerana gigih memperjuangkan haknya susulan mengalami kemelut rumah tangga bersama suaminya Syamsul Yusof yang telah berkahwin lain di Thailand.

Tidak berdiam diri, ibu kepada dua cahaya mata itu kemudian menfailkan penceraian terhadap suaminya yang juga pengarah terkenal di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur bulan lalu.

Sumber: Instagram Puteri Sarah, Facebook Zakat Selangor

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin

See also  Mak Ayah Bagi Anak Main Dulu Sebelum Usia 7 Tahun, Bukan Paksa Belajar, Rugi Terlepas Fasa Ini
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link