Siapa tidak kenal dengan figura bernama Khairy Jamaluddin (KJ) dalam dunia politik tanah air. Beliau yang sebelum ini merupakan mantan Menteri Kesihatan telah menjadi salah satu watak penting dalam negara kita berhadapan dengan pandemik COVID-19 yang melanda selama beberapa tahun.
Populariti KJ terutamanya di kalangan anak muda sememangnya tidak dapat dipertikaikan. Disebabkan itulah walaupun selepas dipecat daripada partinya, UMNO baru-baru ini masih ramai yang mengikuti perkembangan beliau terutamanya di laman media sosial.
Kini, seorang bernama KJ tidak terikat dengan mana-mana parti politik. Menarik untuk kita sama-sama saksikan ke manakah arah tuju karier politiknya selepas ini. Dalam pada masa yang sama hari ini KJ telah membuat kemunculan pertama sebagai penyampai radio Hotfm selepas menerima lamaran mereka baru-baru ini.
Kemunculan KJ yang hadir sebagai salah seorang DJ bersama dalam segmen ‘Bekpes Hot’ di Hotfm bermula jam 6 hingga 10 pagi hari ini ternyata telah mencuri perhatian ramai. Bergandingan bersama Johan dan AG ramai warganet berpendapat trio ini mampu menjadi gandingan mantap untuk program radio tersebut.
Pada kemunculan pertamanya hari ini, KJ sedikit sebanyak turut memperkatakan tentang keterbukaan hatinya untuk mencuba sesuatu yang baharu selepas tewas di kerusi Sungai Buloh pada PRU yang lalu.
Selain itu, KJ turut berkongsi bagaimana dia juga turut menerima pelbagai tawaran termasuklah daripada pasukan bola sepak Selatan Tanah Air, JDT.
Penampilan KJ di segmen Bekpes Hot juga mengejutkan ramai pihak yang menyaksikan sisi lebih spontan daripada figura politik berpengaruh sepertinya. Menerusi komen-komen dari video yang dimuat naim oleh Hotfm, ramai netizen cukup terhibur dan kagum dengan kebolehan dan kepetahan KJ.
Antara komen menarik, “Memang susah la rakyat nk lupa makin teringat-ingat kalau dah setiap hari setiap pagi dengar suara KJ mana maunya nak lupa… hamek kau! Dia tanam dri dia dalam memori semua org”.
Tidak kurang juga ada yang memuji KJ di atas kesediaannya menyahut cabaran yang berbeza seperti ini.
“Dia sebenarnya lebih bijak dari ahli politik yang lain.. dia gunakan medium radio ini sebagai salah satu cara dia untuk ‘berkempen dalam diam’ & lebih mendekati rakyat.. all the best KJ”, jelas satu komentar warganet.
Selamat maju jaya MASKULIN ucapkan kepada KJ. Semoga kerjaya politiknya terus memberikan sinar baharu dan berguna kepada rakyat Malaysia di masa akan datang.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN ya!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link