Masakan berasaskan telur tidak dinafikan akan menjadi menu paling mudah disediakan dan mampu memberi keenakan rasa meskipun sekadar digoreng apabila dijamah bersama nasi putih.
Apatah lagi bila dipelbagaikan versi masakan seperti menu telur dadar, telur goreng kicap pedas, telur pecah hancur, telur masak sambal tumis, sup telur dan sebagainya akan menjanjikan keenakan rasa yang tersendiri.
Jadi di sini kami himpunkan lima resipi berasaskan telur untuk anda cuba.
TELUR GORENG KICAP PEDAS
Bahan-bahan:
4 biji telur
1 biji bawang besar dihiris halus*
7 biji cili padi-dihiris
1/2 biji tomato dipotong dadu*
Kicap*
4 biji limau kasturi dibelah 2
Minyak untuk menggoreng
Cara-caranya:
1.Goreng telur. Angkat dan letak dalam pinggan.
2.Campurkan semua bahan bertanda bintang* dan kicap, di dalam bekas lain. Perah sedikit limau kasturi
3.Tuangkan di atas telur yang siap digoreng tadi.
4. Siap
RESEPI TELUR PECAH HANCUR MELETOP
BY – Aleen Aireish
Bahan-bahan :
3 biji telur
4 sudu makan cili yang telah dikisar bersama dengan bawang merah dan putih
3 sudu makan cili sos
1 sudu makan gula merah
2 sudu makan
gula pasir garam secukup rasa
Cara-caranya:
1. Tumis cili kering hingga masak
2. Kemudian masukkan cili sos
3. Masukkan gula merah, gula pasir dan garam
4. Kemudian pecahkan telur sebiji-sebiji dalam kuali, biarkan telur 1/2 masak, terbalikkan. Kaup manja telur tu dalam kuali baru jadi hancur-hancur tu. Jika ingin jadikan hancur halus-halus, masa pecahkan telur terus sahaja gaul telur dangan sambal.
5.Siap dan sedia untuk dihidang
ARTIKEL MENARIK:
SAMBAL TUMIS TELUR by Azie Kitchen
Bahan bahan
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar – hiris
3-4 sb cili kisar
Sedikit belacan
Garam
Gula
Air asam jawa
Telur-rebus, kupas dan goreng
Cara cara
1.Panaskan minyak, kemudian tumis bawang merah dan bawang putih yang dimesin sehingga garing dan wangi.
2.Masukkan cili kisar dan goreng dengan api perlahan sehingga betul betul garing.
3.Setelah itu masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal berwarna merah cantik.
4.Kemudian masukkan garam, belacan dan air asam jawa. Kalau terlalu pekat, tambahkan air sedikit demi sedikit.
5. Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris.
- Akhir sekali masukkan telur rebus yang telah digoreng. Sesuaikan rasa dan kepekatan
7.Angkat dan hidangkan panas panas dengan nasi lemak atau nasi putih atau nasi minyak.
SUP TELUR
Bahan-bahan:
Bawang merah
Bawang putih
Cili merah-dihiris
1 kiub ayam
Suhun-rendam 10 minit
Daun bawang
Cara-caranya :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan cili merah yang telah dihiris.
2. Kemudian masukkan air bersama kiub ayam knorr.
3. Bila mendidih pecahkan telur sebiji sebiji
4. Masukkan garam dan sesuaikan rasa
5.Bila telur masak, masukkan suhun yang telah direndam.
- Tutup api dan siap
RESEPI TELUR MASAK KICAP
Bahan-bahan: (utk 4 biji telur)
*2 ulas bawang putih-ditumbuk
*2 hiris nipis halia-ditumbuk
*1/2 biji bawang besar-ditumbuk
*sedikit lada hitam-dirumbuk
2 sudu cili blender
Sedikit lada sulah
Sedikit sahaja sos cili
kicap
cili padi di ketuk(ikut suka nak banyak mana)
•hirisan bawang besar (ikut suka nak banyak mana)
Garam dan gula
Cara-caranya:
1. Tumiskan baha-bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga naik bau.
- Masukkan cili blender, sos cili, kicap, lada sulah dan masukkan sedikit air untuk kurangkan kepekatan.Ini kerana kita nak biarkan kuah menggelegak masak.
- Kemudian masukkan cili padi dan hirisan bawang merah. Masa ini kena pandai-pandai rasa. Sama ada nak ada rasa masin, manis, pedas dari cilipadi dan lada sulah. Lada sulah juga dapat mewangikan kuah kicap.
- Akhir sekali masukkan telur yang digoreng tadi.
- Akhir sekali tabur hirisan daun bawang serta bawang goreng dan sedia untuk dihidang.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link