Hartanah

Suami Ambil Hati Isteri, Ucaplah Ayat Ni. Dia Rasa Bahagia, Hubungan Tambah Harmoni

Suami Ambil Hati Isteri, Ucaplah Ayat Ni. Dia Rasa Bahagia, Hubungan Tambah Harmoni

rumahkabin black

Kadang-kadang tak perlukan ekspresi melalui perbuatan pun, dengan kata-kata dah cukup untuk ambil hati isteri. “Terima kasih, Sayang. Abang tak tahulah macam mana kalau Sayang tak ada dengan Abang.”

Mudah aje kan? Tapi kalau isteri dengar ayat ni keluar dari mulut suami, hati berbunga-bunga sepanjang hari! Betapa besarnya impak ucapan terima kasih dari suami buat si isteri.

Setiap pasangan yang berkahwin bukan sahaja perlu bersedia untuk hidup berdua tetapi juga mental harus kuat kerana ujian selepas berkahwin berganda daripada ketika kita bersendirian.

Suami Ambil Hati Isteri, Ucaplah Ayat Ni. Dia Rasa Bahagia, Hubungan Tambah HarmoniSuami Ambil Hati Isteri, Ucaplah Ayat Ni. Dia Rasa Bahagia, Hubungan Tambah Harmoni
Kredit foto: Nurul Ashikin

Keadaan akan berubah sedikit demi sedikit mengikut peredaran masa, terutama jika kita sudah tidak berdua lagi. Masa yang dahulunya diberi sepenuhuhnya buat suami atau isteri kini sudah harus dibahagikan dengan anak-anak pula.

Isteri sentiasa diminta untuk menjadi seorang isteri yang taat pada suami dan menyediakan segala kelengkapan suaminya, namun apa sebenarnya apa tugas suami selain menyediakan kemudahan buat si isteri?

Sebenarnya tiada lain yang isteri minta, cuma mahukan telinga dan bahu untuk tumpang bersandar sahaja. Biar betul?

Ketika awal perkahwinan, mungkin isteri boleh habiskan masa untuk bereksperimen macam-macam. Yalah, masak itu ini. Rumah pun dikemas bertukar-tukar. Sekejap sofa sebelahkanan, nanti dialih pula sebelah televisyen. Ikut mood. Waktu itu banyak masa sebab hidup masih berdua. Awal perkahwinan, suami pun senyum saja sebab bila pulang ke rumah sudah terhidang makanan enak-enak. Sarung kusyen pun sentiasa bertukar. Kadang-kadang ke pejabat pun boleh bawa bekal, sebab isteri rajin sangat masak!

Baca Juga:

“Syukur Alhamdulillah.” Ajak Buat Reviu, Rupanya Emma Suprise Suami Beritahu Hamil Anak Ke-2

“Baby B Nak Mommy Sha Je, Tak Nak Lepas.” Fasha Kongsi Momen Dengan Bunga, Comelnya!

See also  Resipi Keledek Goreng Rangup Macam Peniaga Pisang Goreng Jual

Panggil Daddy, Siap Tunjuk TV. Fatima Menangis Tengok Babak Fattah Amin Kena Pukul

Suami Ambil Hati Isteri, Ucaplah Ayat Ni. Dia Rasa Bahagia, Hubungan Tambah HarmoniSuami Ambil Hati Isteri, Ucaplah Ayat Ni. Dia Rasa Bahagia, Hubungan Tambah Harmoni
Kredit foto: Nurul Ashikin

Bila datang rezeki isteri hamil dan melahirkan anak mungkin kurang sedikit perhatian yang diberikan kepada suami. Kalau dahulu mungkin boleh ada tiga atau empat lauk, sekarang isteri hanya mampu masak dua jenis sahaja. Itu pun yang paling mudah. Mungkin juga dulu sempat isteri nak tanyakan hari di pejabat bagaimana sambil mengurut bahu si suami, kini sudah tak sempat. Pun begitu, suami jangan salah faham. Isteri sebenarnya tak cukup masa bukan sebab meminggirkan anda.

Ketika ini sudah mula berlaku, janganlah disalahkan isteri. Suamilah yang perlu berbuat sesuatu. Dah tiba masanya pinjamkan telinga dan bahu anda. Tanpa sedar, sebenarnya isteri ni letih sangat. Cuma tak sempat nak diluahkan. Suami yang peka dengan keadaan isteri dah tentu akan perasan isterinya berubah. Waktu ini, kalau anda ‘cuit’ sikit emosinya,  menangis.

Anda cubalah tanyakan padanya jika ada apa-apa yang boleh anda bantu. Atau anda pula take over, urutkan badannya. Sebenarnya waktu itu, anda akan mendengar setiap luahan perasaanya.

Jangan marah, sebaliknya pinjam bahu anda untuk isteri bersandar dan merasakan sedikit perhatian dari anda. Percayalah, esok dia pasti akan senyum sampai ke telinga. Kalau anda dah buat begitu, dan esoknya dia masak special sikit, maksudnya ada berjaya menjadi suami yang prihatin dengan keadaan isteri.

Suami Ambil Hati Isteri, Ucaplah Ayat Ni. Dia Rasa Bahagia, Hubungan Tambah HarmoniSuami Ambil Hati Isteri, Ucaplah Ayat Ni. Dia Rasa Bahagia, Hubungan Tambah Harmoni
Kredit foto: Nurul Ashikin

Isteri tak perlukan wang ringgit yang banyak (kalau ada, bonus!) atau dibelikan hadiah-hadiah mewah, cukuplah sekadar anda tanyakan keadaannnya atau bantu dia sedikit sebanyak dalam melakukan kerja rumah.

Isteri inginkan suami yang ‘celik’, ‘tidak pekak’ dan mampu menjadi orang yang menghapuskan air matanya. Sebenarnya, ucapan TERIMA KASIH sudah cukup untuk buat isteri merasa bahagia. Ambillah hati isteri dengan kata-kata manis yang membahagiakannya.Itu sahaja yang ister mahukan, PINJAMKAN TELINGA DAN BAHU SUAMI pada mereka.

See also  "Selagi Ada Rezeki" Percaya Anak Pembawa Rezeki, Anzalna Cuba Penuhi Permintaan Anak!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link