Hartanah

Soal Jawab Mancing – Apa Keistimewaan Ikan Belin?

Soal Jawab Mancing – Apa Keistimewaan Ikan Belin?

rumahkabin black

RZoevzXH soalan

 

SOALAN: 

 

Boleh tak admin buat info spesies ikan belin? Setakat ni saya belum pernah dapat lagi belin tapi ramai orang cakap kalau dapat belin jawabnya akan kumpau seharian. Pada saya itu yang spesial pasal ikan belin.

 

JAWAPAN:

 

Secara ringkas, ikan sesirat dan di sesetengah tempat dipanggil belin atau nama umumnya longfin snake-eel merupakan spesies ikan dari keluarga belut yang boleh ditemui di perairan ekstuari.

 

Dalam dunia memancing, sesirat merupakan antara tangkapan yang tidak dikehendaki oleh sesiapa pun. Ia dianggap sebagai ikan pengacau umpan sebagaimana ikan buntal, mengkerong dan sebagainya lagi. Malah, jika dibandingkan dengan buntal, ramai yang memilih biarlah buntal yang tersangkut pada mata kail dan bukannya sesirat.

 

Soal Jawab Mancing – Apa Keistimewaan Ikan Belin?Soal Jawab Mancing – Apa Keistimewaan Ikan Belin?

 

Walaupun buntal mampu memutuskan perambut atau tali utama, perasaan benci terhadap sesirat jauh mengatasi segalanya. Kebencian ini berpunca daripada sifat sesirat yang mempunyai sejenis lendir berbau serta toksik yang menjadi alat pertahanan diri untuk ikan tersebut.

 

Apabila ia tersangkut pada mata kail ia akan bertindak bagi melepaskan diri dengan cara membelit dan bergumpal pada dan lendir akan dikeluarkan membuat perambut berbelit serta hanyir. Walau pun tiada bukti saintifik menyatakan perambut dan mata kail yang terkena lendir sesirat akan menyebabkan ikan akan datang dekat kepada perambut tersebut, adalah disarankan ganti sahaja perambut dan mata kail yang baru. Ia ibarat petua memancing yang diperturunkan oleh pemancing-pemancing terdahulu.

 

Soal Jawab Mancing – Apa Keistimewaan Ikan Belin?Soal Jawab Mancing – Apa Keistimewaan Ikan Belin?

 

Jika difikir secara logiknya pula, ada sumber mengatakan lazimnya lubuk yang dihuni oleh sesirat ini tidak akan dihuni oleh ikan-ikan bergred tinggi. Kalau ada pun cuma belukang atau duri. Dikatakan juga kehadiran sesirat itu boleh menyebabkan ikan-ikan lain lari sesuatu lubuk, begitulah jugalah dengan kesan lendirnya pada perambut yang berkemungkinan besar akan menyebabkan ikan-ikan lain tidak akan mendekatinya.

See also  Soal Jawab Mancing – Tip Nak Beli Tong Ikan Paling Baik?

 

Soal Jawab Mancing – Apa Keistimewaan Ikan Belin?Soal Jawab Mancing – Apa Keistimewaan Ikan Belin?

 

Dari sudut lain yang ramai tidak tahu, sesirat ini juga merupakan salah satu umpan mujarab untuk memancing ikan pari. Lazimnya, ikan pari yang didaratkan menggunakan umpan sesirat, semuanya bersaiz besar. Untuk menggunakan sesirat sebagai umpan, ia perlulah dibiarkan kering seketika bagi menghilangkan lendirnya.

 

AvatarAvatar

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link