Pelaburan

Tanda-tanda Si Dia Bukan Jodoh, Kita Je Yang Sibuk-sibuk Tanya Khabar Pasal Dia

Tanda-tanda Si Dia Bukan Jodoh, Kita Je Yang Sibuk-sibuk Tanya Khabar Pasal Dia

rumahkabin black

Perkahwinan menurut Islam adalah misteri kehidupan selain kematian, nasib dan rezeki. Tiada siapa yang tahu siapakah jodohnya. Hanya Allah SWT yang mengetahui dan berhak menentukannya.

Jodoh bukanlah pilihan, tetapi takdir yang telah tercatat dengan jelas dalam Lauhul Mahfudz. Jodoh setiap orang sememangnya telah ditetapkan Allah. Bagaimanapun, kita juga dituntut untuk berusaha untuk menjemput jodoh.

Dalam perihal mencari jodoh, ada perkara yang perlu kita peka. Mungkin si dia bukan jodoh kita.

Tanda-tanda Si Dia Bukan Jodoh, Kita Je Yang Sibuk-sibuk Tanya Khabar Pasal DiaTanda-tanda Si Dia Bukan Jodoh, Kita Je Yang Sibuk-sibuk Tanya Khabar Pasal Dia
Kredit foto: Pexels

Berikut perkongsian daripada adam-Khairi

1) Dia dah kawin dengan orang lain – tak payahlah kau doa dia cerai supaya kau boleh kawin dengan dia – itu mindset semak samun.

2) Dia dah tinggalkan kau untuk orang lain – tak payahlah nak sibuk fight back, buang masa. Sedekah jer lah.

3) Kau rajin tanya khabar dia, dia tak pernah tanya khabar kau – mundur jer lah kalau kes camni kes bodoh – cari orang yang sibuk tanya khabar kau tu baru jodoh.

4) Kau jatuh cinta pada makhluk media sosial, sebab cinta tak valid sampai kau jumpa dia. Selagi belum jumpa hati kau nak sangat kat dia maksudnya santan jiwang kau pekat sangat. Kurangkan dengar lagu Melayu mendayu, nanti kau feeling lebih padahal single.
Banyakkan baca al-Quran.

Tanda-tanda Si Dia Bukan Jodoh, Kita Je Yang Sibuk-sibuk Tanya Khabar Pasal DiaTanda-tanda Si Dia Bukan Jodoh, Kita Je Yang Sibuk-sibuk Tanya Khabar Pasal Dia
Kredit foto: Pexels

5) Kalau dia hansem sangat, ingat kau mungkin hodoh, carilah selevel yang sama-sama hodoh – supaya bahagia sampai gigi sama-sama luruh.

6) Jika dia datang bila hanya ada keperluan, belanja makan sebab nak ajak kau join bisnes MLM, contact jika hanya ada keperluan, call hanya bila ada kesusahan, datang pada kau kerana nampak kau ada kelebihan, orang macam ni akan pergi bila nampak kekurangan kau.

See also  Resipi Buat Biskut Bayi Yang Mudah & Berkhasiat, Mama Boleh Buat Sepantas 15 Minit

Perlu diingati dan difahami bahawa tanda-tanda si dia adalah jodoh ialah Allah mudahkan taaruf korang untuk ke jalan nikah, bukan couple.

Couple adalah jalan yang paling mudah untuk hati patah. Taaruf untuk nikah.

Sumber: Instagram adam-Khairi Kredit foto (top image): Pexels

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link