Pelaburan

Cara Betul Nak Buat Senaman Lompat Tali Agar Mudah Nak Bakar Banyak Kalori!

Cara Betul Nak Buat Senaman Lompat Tali Agar Mudah Nak Bakar Banyak Kalori!

rumahkabin black

Sukan lompat tali memang cukup digemari oleh kebanyakan orang. Selain boleh dibuat di mana-mana, sukan lompat tali ini juga tidak memerlukan belanja yang besar. Malah ia menjadi pilihan terbaik kerana sesuai untuk seisi keluarga, ringan dan mudah untuk dilakukan.

Menurut kajian yang dilakukan di Universiti Pusat Kesihatan Connecticut, penggunaan tali skipping terbukti bagus untuk kesihatan jantung. Ia juga dapat memperkuatkan bahagian atas dan bawah badan serta membakar kalori dalam masa yang singkat.

BACA: Nak Elak Terkehel Masa Berlari, Praktikkan Senaman Kaki Ini Agar Kuat & Berotot!

Cara betul nak melompat 

  1. Lakukan aktiviti regangan badan sebelum memulakan sukan lompat tali ini.
  2. Berdiri tegak dengan posisi kedua-dua tangan memegang hujung tali di antara ketiak dan siku.
  3. Pijak tali bagi memastikan ukuran yang sesuai. Jika berlebihan, simpul tali mengikut kesesuaian.
  4. Kemudian letak tali di belakang tubuh, posisi ini disebut juga sebagai posisi awalan.
  5. Hayunkan tali ke depan dan lompat. Tali yang dihayunkan dijadikan sebagai rintangan lompatan.
  6. Lakukan tanpa memijak tali tersebut. Anda digalakkan lompat hingga ketinggian tidak melebihi 30cm.
  7. Lompat mengikut kemampuan masing-masing.
  8. Hentikan putaran tali dan lompatan jika anda kepenatan, berehat seketika sebelum ulang lompatan.

Cara Betul Nak Buat Senaman Lompat Tali Agar Mudah Nak Bakar Banyak Kalori!Cara Betul Nak Buat Senaman Lompat Tali Agar Mudah Nak Bakar Banyak Kalori!

BACA: Selain Berkesan Bakar Lemak & Buang Kalori, Ini 8 Lagi Kelebihan Senaman Lompat Bintang!

Kebaikan sukan lompat tali 

1. Jika dilakukan hanya 15 hingga 20 minit pun, anda boleh membakar keseluruhan kalori pada sekeping bar coklat.

2. Apabila anda melompat, tubuh badan akan mengeluarkan endorphin yang memainkan peranan sebagai pencegah kesakitan dan membuatkan tubuh rasa lebih santai.

See also  Thailand backtracks on scope of discovered lithium deposits

3. Dengan melakukan lompat tali berulang kali, tubuh badan dapat membakar sebanyak 800 hingga 1000 kalori dalam masa satu jam berbanding 200 hingga 300 kalori yang terbakar ketika berjalan dalam jumlah masa yang sama.

4. Sukan lompat tali dapat membina kepadatan mineral tulang dan meningkatkan kecergasan tubuh badan secara menyeluruh. Atlet menggunakannya untuk meningkatkan prestasi ketinggian lompatan mereka.

5. Ia juga dapat mengencangkan otot jika dilakukan secara rutin. Otot menjadi semakin kencang kesan daripada lompatan tersebut terutamanya otot kaki, otot bahagian bawah serta otot bahagian atas seperti lengan dan bahu.

6. Boleh membuka liang roma dan menghapuskan toksin melalui peluh.

7. Dapat memperkuatkan organ dalaman agar berfungsi dengan lebih cekap dan baik.

8. Ia dapat meningkatkan pengaliran darah serta memberikan lebih banyak nutrien kepada kulit.

9. Sukan lompat tali ini mampu membantu menambahkan tenaga dalam tubuh. Latihan yang dilakukan mampu membiasakan tubuh mengeluarkan tenaga yang tersimpan di dalam sehingga mengoptimakan tenaga di dalam tubuh untuk kegunaan di kemudian hari.

10. Manfaat sukan lompat tali mampu meningkatkan kepadatan tulang sehingga sukan ini sangat berguna untuk mengurangkan risiko terjadinya masalah osteoporosis.

Patut tahu!

  • Aktiviti lompat tali ini dikesan pada tahun 1600 sebelum Masihi apabila orang Mesir menggunakan pokok anggur untuk melompat.
  • Tali skipping juga merupakan sukan yang popular di lebih 38 buah negara dan organisasi. Malah kelab lompat tali boleh dijumpai hampir di mana-mana sahaja di negara-negara tersebut.
  • Rekod dunia yang tercatat ialah sebanyak 188 lompatan yang dilakukan dalam masa 30 saat.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin

See also  Cara Buat Puding Awan Nano Yang Cantik Sangat Sampai Sayang Nak Makan
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link