Islam boleh menjawab keraguan Agnostik dari Aisyah Mentega Terbang. Sejak melewati hari-hari terakhir ibunya, dia mula mencari apa kebenaran sejati dan apa jadi lepas mati. Beza dengan orang Atheist, orang Agnostik pulak akan 50-50 dengan Tuhan.
Eh adik-adik yang confuse macam Aisyah! Percayalah yang ilmu kalam Asyairah dalam Islam boleh menjawab semua persoalan besar tu. Mentega Terbang dah kena banned dengan kerajaan lepas dikecam Pejabat Agama. Tetapi, anak-anak muda yang celaru macam Aisyah, realitinya masih ramai.
(1) Siapa Tuhan sebenarnya?
Sebelum menjawab soalan apa jadi lepas kita mati, jawab dulu persoalan agama mana yang betul. Sebelum putuskan agama mana yang betul, bandingkan dulu Tuhan mana yang real. Islam menerusi ilmu kalam Asyairah, telah berjaya memutuskan Allah sebagai Tuhan yang sebenar.
Ada beratus-ratus zat yang disembah oleh bangsa manusia. Hindu ada 330 Tuhan. Kristian ada triniti: Tuhan bapa, Tuhan anak dan Holy spirit. Yahudi ada Tuhan dan anaknya Uzair. Sikh percaya satu Tuhan, tapi Tuhan tu jugak ciptakan Tuhan baik dan Tuhan jahat. Scientologist percaya ada entiti agung yang ciptakan alam semesta ni. Islam adalah satu-satunya yang percaya kepada Allah yang esa. Bagaimana nak buktikan kesahihan Islam berbanding agama lain?
Imam Abu Hasan Asyaari mudahkan kita faham akidah Islam dengan 13 sifat Tuhan. Imam Abu Mansur Maturidi syarahkan jadi sifat 20. Inilah pengajian akidah Ahlul Sunnah wal Jamaah aliran Asyairah wal Maturidiah yang sekian lama menjadi perisai iman agama kita. Sifat 20 dah cukup untuk jernihkan kecelaruan agnostik macam Aisyah Mentega Terbang.
Sifat 20 dibahagi pula kepada sifat nafsiah, salbiah, maani dan maknawiah. Penjelasan dalam sifat nafsiah memadai bagi memecahkan kekeliruan Atheist. Allah itu wujud. Takkanlah alam semesta yang luas terbentang, saling berfungsi dan sempurna aturannya tiada Tuhan yang menciptakan? Mustahil akal. Adanya alam ini bukti Allah itu ada.
Tapi Aisyah Mentega Terbang bukan Atheist. Dia Agnostik dengan Islam. Dia kena sedar, salah satu keistimewaan Islam adalah menyembah Tuhan yang sebenar. Bukan imaginasi manusia atau ritual fiksyen. Syarah sifat salbiah dalam pengajian sifat 20 membuktikan Allah sahaja Tuhan yang hakiki.
(2) Buktikan Allah itu Tuhan
Tuhan yang original mestilah ada sebelum alam semesta diciptakan dan kekal sampai bila-bila. Kita memanggilnya bersifat QIDAM dan BAQA’. Sedia ada dan kekal abadi. Kenapa? Kerana jika semua yang ada di alam ini adalah diciptakan, maka zat yang menciptakannya mesti ada terlebih dahulu. Ada Tuhan, baru ada alam. Dah tu, sebagaimana ciptaan takkan ada kalau tak diciptakan, ciptaan juga takkan tetap ada kalau tiada yang mengekalkan kewujudannya. Tuhan mesti kekal abadi, kerana Tuhan yang mengadakan dan memastikan alam ini ada. Alam ini akan kiamat, tapi sebagaimana Tuhan wujud sebelum ada alam semesta, Tuhan juga kekal abadi wujud setelah hancurnya alam semesta. Tuhan yang tak pernah mati dan takkan dikalahkan dalam sejarah agama-agama dunia, hanyalah Allah.
Special Islam ni, pasal akidah kita tak ikut khayalan bangsa setempat. Orang afrika percaya Tuhan ular besar, orang scandinavian percaya Tuhan petir dan orang mesir percaya Tuhan badak air. Semua entiti ‘Tuhan’ yang disembah ini diambil jadi Tuhan oleh masyarakat setempat. Islam satu-satunya agama yang asli, tak campur dengan khayalan manusia. Allah tidak menyerupai apa pun jua yang dikhayalkan manusia. MUKHALAFATUHU LIL HAWADIS. Laisa kamislihi syai’.
Dah tu kotak hitam dekat Mekah tu apa? Oh..Kaabah ke. Kaabah tu bukan Tuhan. Ia hanya petunjuk untuk arah orang Islam bersatu dalam solat. Simbolik kesatuan. Special sifat Tuhan yang tak mampu digambarkan ni, menjadikan Islam sentiasa releven sepanjang zaman meskipun pemikiran dan imaginasi manusia berubah-ubah. Gambaran Tuhan tidak berubah ikut khayalan orang.
Allah tidak simplistik macam sangkaan Richard Dawkins. Teori The Flying Spaghetti Monster tidak terpakai untuk Allah yang tidak boleh digambarkan zat-Nya. Dawkins cakap agama ni setakat khayalan manusia sampikan apa saja yang dikhayalkan akan disembah. Kalau orang nak khayal ada raksasa spaghetti tengah angkasa pun boleh. Ikut sukalah. Nah, di sini Islam menyisihkan pandangan Dawkins. Allah adalah Tuhan yang zat-Nya tak boleh dibayangkan!
Allah tak perlukan makhluk. QIYAMUHU BI NAFSIHI. Berbeza dengan fahaman agama yang penganutnya kena bagi makan Tuhan, Allah tak perlu dibagi makan minum oleh hamba-Nya. Pasal cubalah fikir. Kan Tuhan yang ciptakan alam semesta ni. Nasi ditanak daripada beras. Beras diproses daripada sumber padi. Padi takde tempat tumbuh kalau tiada bumi dan takkan hidup kalau tiada hujan yang turun daripada langit. Allah adalah pencipta langit dan bumi. Maknanya sebelum ada langit dan bumi, Allah dah wujud dengan sendirinya. Kalau dulu pun Allah tak perlukan ciptaan-Nya, sekarang pun samalah Allah tak perlu kepada yang lain.
Tuhan yang menguasai alam semesta ni mestilah satu, tiada dua atau lebih. Esa. WAHDANIAH. Mudah je nak faham. Kalau alam semesta ini ada lebih daripada satu Tuhan, mesti berantakan. Benda ni yang dikhayalkan mitologi Greek. Pergaduhan Zeus, Uranus dengan Kronos pasti menyahstabilkan dunia. Tapi, konsep karut ni takde dalam Islam. Tuhan tidak ramai atau berbilang-bilang. Pasal kalau ramai mesti bergaduh.
Allah berfirman:
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِیمِ قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ﴿ ١ ﴾ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ﴿ ٢ ﴾ لَمۡ یَلِدۡ وَلَمۡ یُولَدۡ﴿ ٣ ﴾ وَلَمۡ یَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ﴿ ٤ ﴾
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”. (Surah Al-Ikhlas, Ayat 1–4)
Allah dah terbukti Tuhan sebenar. Allah bersifat sedia ada, kekal abadi, tidak sama dengan makhluk-Nya, maha terkaya dan tunggal.
Aisyah Mentega Terbang dah elok-elok Islam. Tak payah dia sibuk baca Bible. Padahal kitab suci Al-Quran dah siapkan semua jawaban yang benar. Sebenarnya takde masalah nak buat perbandingan agama, tapi mestilah kena sedia asas Iman yang kukuh. Bukan saja-saja bandingkan agama lepastu senyum kat kupu-kupu.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source