Pertempuran Myeongnyang adalah salah satu daripada sebuah perang dalam sejarah Korea yang sering menjadi sumber jati diri bangsa korea itu sendiri. Kisah bagaimana Laksamana Yi Sun-sin yang hanya berbekalkan 12 buah panokseon, iaitu sebuah kapal perang Korea. Manakala Jepun pula hadir dengan 133 buah kapal, itupun berserta dengan 200 kapal logistik.
Laksamana Yi memerhati selama beberapa hari sebelum pertempuran, cuba meramal bagaimana arus di perairan Myeongnyang. Selepas memahami bagaimana penggerakan arus laut di sekitar selat itu, maka Laksamana Yi merencanakan sebuah rancangan yang menurut saya sangat bijak.
26 Oktober, armada laut gergasi Jepun memasuki kawasan selat yang dijaga oleh Laksamana Yi kerana ini adalah laluan untuk kapal Jepun menyalurkan bantuan kepada bala askar mereka di barat. Namun, ketika itu hanya 12 buah kapal sahaja yang berada di situ untuk menahan amukan 333 buah kapal Jepun. Bayangkan situasi ketika it apatah lagi ketika itu, semua askar-askar di bawah Laksamana Yi menyaksikan sendiri betapa dasyatnya serangan armada Jepun yang hampir menghabiskan keseluruhan armada Korea di bawah Dinasti Joseon.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Kesemua kapal yang berada bersama Laksamana Yi melarikan diri jauh dari medan pertempuran meninggalkan Laksamana Yi keseorangan bersama anak kapalnya. Masih kemas tercatat dalam diari Laksamana Yi yang menceritakan tentang peristiwa itu.
Dalam filem Korea yang mengambarkan kapal-kapal Jepun yang ketika itu mahu bertempur dengan Laksamana Yi dan kapalnya menjadi mangsa air pusar yang memang sentiasa muncul di perairan laut Korea. Bagaimana mereka yang sepatutnya menyerang kapal Laksamana Yi akhirnya belanggar antara satu sama lain kerana pusaran air. Terdapat juga catatan di mana Laksamana Yi menggunakan rantai besi yang disambung merentasi selat itu.
Kemudian, ketika fasa kedua serangan armada laut Jepun ke arah 12 buah kapal Korea, maka di situlah taktikal dan strategi Laksamana Yi berhasil. Arus laut yang menghala ke utara yang digunakan oleh askar Jepun untuk menyerang Korea tiba-tiba bertukar ke selatan menyebabkan kapal-kapal Jepun hilang arah dan saling berlanggar antara satu sama lain.
Laksamana Yi arahkan kapal-kapal yang kembali setia bersamanya menyerang armada Jepun yang dalam kelang-kabut itu. Arus laut di perairan Korea yang tidak diduga itu akhirnya membantu Laksamana Yi. Jepun kalah teruk dalam pertempuran ini dengan kehilangan 30 buah kapal. Korea pula hanya kehilangan nyawa tidak sampai 10 orang.
Kemenangan ini juga membantu Korea untuk memenangi Perang Imjin, iaitu nama perang yang melibatkan cubaan Jepun untuk menakluk Semenanjung Korea. Pertempuran Myeongyang ialah sebahagian daripada Perang Imjin.
Armada Jepun berjaya dihalau balik ke Busan yang menjadi kubu armada laut Jepun ketika itu dan Dinasti Ming yang melihatkan hasil pertempuran ini semakin terbuka hati membantu Korea membedil Jepun. Jepun tak berjaya memasuki perairan barat Korea dan kemuncak Perang Imjin ini, Korea dan Dinasti Ming berjaya memenangi peperangan ke atas Jepun. Penaklukan Jepun ke atas Korea gagal.
Oleh: Azizul Farhan
…
Korea banyak mengalami anjakan paradigma dari zaman ke zaman. KITAB TAMADUN KOREA memuatkan banyak informasi menarik mengenai sejarah Korea hingga kini. Boleh beli di:
https://bit.ly/tamadunkorea
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source