Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Korang mesti pernah dengar pepatah ini bukan? Ya, sama situasinya jika pergi melawat ke tempat orang, kita harus mematuhi tradisi mereka dan mengikut segala pantang larang yang ada.
Just in case kalau korang nak melawat ke negara luar, kami nak share sikit info tentang pantang larang yang tidak boleh dilakukan di beberapa buah negara ini.
1. Rusia
Tidak memberi jambangan bunga daripada bilangan nombor genap sebagai hadiah.
Orang Rusia beri jambangan bunga dengan bilangan genap hanya untuk upacara pengebumian dan peringatan kepada si mati.
2. Chile
Jangan makan menggunakan tangan. Ha, kes ni mungkin susah sikit bagi rakyat Malaysia sebab rata-rata orang Malaysia suka makan menggunakan tangan. Bagi rakyat di negara Chile, korang akan dianggap tidak ada adab sekiranya makan guna tangan.
3. Singapura
Jika melawat Singapura, hati-hati dengan setiap tingkah laku korang di sana kerana negara ni sangat strict dan akan mengenakan denda terhadap segala peraturan yang dilanggar.
Haram untuk memberi makanan kepada burung, meludah atau membuang sampah di jalanan dan makan sewaktu berada dalam kenderaan awam. Kalau korang buat semua perkara yang disebut ini, bersedialah untuk membayar denda.
4. India
Dilarang bercium di tempat awam. Sekiranya ada yang melakukan larangan ini, mereka akan dipenjarakan. Sebarang sentuhan fizikal dengan individu yang berlainan jantina adalah turut dilarang.
5. Jepun
No tips! Selalu kalau ke mana-mana restoran atau hotel, mesti korang ada bagi tip dekat pekerja mereka tanda terima kasih kan? Tapi, di Jepun tiada istilah memberi tip kerana tidak akan diterima oleh pekerja-pekerja mereka.
Selain itu, mereka juga melarang berpelukan di tempat awam dan siapa sahaja yang berkunjung ke sana harus mengikut setiap apa yang dilakukan oleh rakyat tempatan.
6. Mexico
Orang Mexico ni suka bergurau dan ada sahaja benda yang nak diusik. Kalau dekat Malaysia orang-orang macam ni boleh dikatakan kaki membahan la.
So, jangan cepat sentap kerana mereka memang gemar bergurau. Mereka juga lebih menghargai jika korang cuba untuk mempelajari bahasa dan tradisi Mexico.
7. Norway
Jangan tanya mengenai gereja sekiranya berkunjung ke sana kerana ia dianggap kurang ajar oleh masyarakat di sana. Ramai di antara mereka yang tidak ke gereja dan hal ini mungkin menjadi sebab kenapa mereka tidak suka orang lain bertanyakan soal gereja.
8. Turki
Jangan menunjukkan tanda “Ok” kepada orang lain kerana ia dianggap sebagai isyarat lucah. Selain itu juga, dilarang mengorek gigi di restoran kerana ia dianggap sebagai satu kelakuan yang tidak beradab.
9. United Kingdom
Jika membuat pembayaran atau apa sahaja yang memerlukan anda untuk beratur, jangan sesekali memotong barisan kerana mereka akan ‘mengecam’ perbuatan tersebut. Masyarakat mereka juga tidak membicarakan soal pendapatan kepada umum.
10. Jerman
Jangan sesekali menggunakan isyarat Nazi ketika menyapa kerana ia dianggap sebagai satu jenayah dan korang akan dikenakan hukuman terhadap perlakuan itu.
Banyak juga pantang larang di negara Jerman ni. Orang-orang di sana memerlukan masa untuk lebih mesra dengan individu yang baru dikenali, jadi jangan pelik kalau korang terlebih friendly tapi tak dilayan oleh mereka.
Perbuatan merenung juga kelihatan agak pelik di sana kerana mereka menganggap hanya orang gila dan tidak berpendidikan sahaja yang suka merenung orang lain.
11. Malaysia
Agak-agak korang, apa yang paling pantang kalau dekat Malaysia ni? Dari sekolah rendah lagi kami selalu dengar pasal “Hey, jangan ketuk kepala aku la. Bapak aku bayar zakat.” Pernah dengar?
Ya, di Malaysia perbuatan memegang kepala dilihat sebagai satu tindakan yang kurang ajar. Walaupun sekadar bergurau, tidak kira bangsa apa pun, jangan bertindak memegang kepala mereka kerana kepala boleh dikatakan sebagai bahagian tubuh yang paling suci dan perlu dihormati.
12. Korea
Masyarakat Korea kalau ingin memberi barang, lebih-lebih lagi duit, mereka akan menggunakan kedua-dua tangan untuk memberi. Ini sebagai tanda hormat mereka kepada individu lain.
Kadang-kadang bila pergi ke tempat orang, jangan pelik dengan segala adat dan tradisi yang diamalkan. Sebaliknya, kita harus menghormati segala kepercayaan dan budaya mereka sebagaimana kita mahu orang lain menghormati cara kita.
Sumber: (1)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source