Bahagia itu kita yang ciptakan bukan siapa-siapa. Itulah ungkapan yang sering kita dengar bila berbicara tentang mencari kebahagiaan hidup. Namun, untuk merasai bahagia untuk diri sendiri bukan semudah yang diucapkan buat wanita bergelar isteri dan ibu bila ketika itu sedang berada dipersimpangan delima.
Ini dijelaskan sendiri oleh Peguam Syarie Fahmi Ramli ini yang mengatakan lazimnya demi anak ramai ibu memilih untuk terus bertahan dalam derita.
Apa yang cuba disampaikan olehnya menarik perhatian warganet untuk memahami situasi atau realiti kehidupan.
Ini perkongsiannya;
Tanyalah mana-mana isteri sekalipun, siapa saja yang sanggup nak kahwin tapi menderita dalam perkahwinan. Semua orang tak nak.
Di luar sana saya percaya ramai wanita yang kini, dialah ibu dan dia jugalah bapa kepada anak-anaknya. Bukan kerana dia ibu tunggal, tapi keadaan dia yang membuatkan seolah-olah dia ibu tunggal.
Ibu itulah yang uruskan hal ehwal anak-anak sendirian, ibu itu jugalah yang bekerja siang malam untuk cari nafkah kepada anak-anak. Ada sebilangan kecil yang mungkin dia terpaksa lakukan begitu sebab suami lumpuh, sakit, kematian suami dan hal-hal yang tak dapat dielakkan.
Tapi,
Lebih teruk bila dia jadi ‘Ibu Tunggal’ menanggung segala perbelanjaan diri dan anak-anak, WALAUPUN wanita itu sebenarnya ada suami. Ada beberapa contoh mengapa ibu yang tanggung segala perbelanjaan anak walaupun ada suami yang sihat:
1. Suami banyak hutang peribadi
Kadang-kadang banyak suami yang terpaksa abaikan tanggungjawab menyediakan nafkah wajib kepada anak isteri disebabkan banyak buat Personal Loan, Overlap loan, kereta mahal lebih daripada kemampuan, hutang kad kredit dan macam-macam hutang lain lagi.
Perkara ini berlaku disebabkan lelaki itu sebelum kahwin tidak ada perancangan kewangan yang betul bagaimana nak survive dalam kehidupan selepas kahwin. Dan ada juga disebabkan, hutang yang tinggi ini disebabkan nafsu sendiri seperti nak pakai kereta mahal, hingga bayaran bulanan lebih daripada RM1000, sedangkan gaji baru dalam RM2500.
2. Suami banyak membazir
Pembaziran ini sangat kerap berlaku. Kadang-kadang, benda yang tak patut beli pun dibeli juga. Contohnya, bayaran bulanan Astro/Netflix. Itu satu kehendak sahaja. Kalau tak ada pun, masih boleh hidup. Satu lagi, yang paling ketara adalah, pembelian rokok atau vape. Walaupun ada banyak pandangan ulama’ sudah sebut Haram, tapi, masih lagi ada pembaziran untuk perbelanjaan rokok setiap bulan. Pembaziran itu berlaku bila, benda yang tak diperlukan, kita tetap nak beli. Ia masih berkaitan tentang nafsu.
3. Suami tak bekerja/malas
Ini satu perkara yang paling membuatkan wanita takut nak berkahwin. Bila dapat suami yang malas nak kerja, atau bila dah tak cukup pendapatan tapi tak mahu usaha lebih untuk cukupkan keperluan anak isteri.
Kadang-kadang masih ada lagi suami yang tahu kahwin saja, tapi segala perbelanjaan isteri dan anak-anak, mak dan ayahnya yang tanggung. Ishhh, malu sangatlah kalau nak kahwin, tapi tak mampu berdikari. Lebih baik tak payah kahwin kalau macam tu. Biasa sangat jadi anak manja kalau macam ni.
4. Suami ada banyak isteri
Sepatutnya, orang yang poligami kena ada banyak duit. Sebab setiap bulan mesti banyak perbelanjaan untuk dirinya, isteri-isterinya dan anak-anaknya. Ye lah, lebih besar periuk, lebih banyak keraknya.
Cuma, ada sebilangan suami, yang tak ada kemampuan kewangan pun, tapi nak kahwin lebih juga. Tak boleh cara baik, dia nikah pula dekat Siam. Tak boleh pergi Siam, nikah pula cara sindiket. Lepas tu, anak isteri sedia ada terabailah dari sudut nafkah. Ye la kan, ada isteri baru.
5. Bekas suami jahil
Bila sudah berpisah, biasanya anak-anak diletakkan di bawah jagaan ibu. Jadi, ada sesetengah lelaki yang tak faham, walaupun diterangkan berkali-kali. Hak jagaan tetap di bawah ibu, bapa pula wajib bagi Nafkah.
Ada yang faham, mudah. Tapi bila ada yang tak faham, dia akan mengelak dan buat tak tahu saja bab perbelanjaan wajib anak. Lelaki ini selalu akan cakap, “dah mak dia yang jaga, mak dia la yang tanggung.” Kemudian bila bawak tuntutan ke Mahkamah, mulalah nak marah-marah dan cari seribu satu jalan elak bayar nafkah.
Kenapa ramai wanita tak mahu cerai sebab anak?
Biasanya jawapan yang akan saya dapat adalah bimbang anak itu dibesarkan tanpa bapa.
?????? Saya pun bingung sebenarnya…Adakah bapa kepada anak tersebut akan mati kalau mereka berpisah?
Mungkin pada saya, ramai orang tak nak pisah kerana anak ada sebabnya tersendiri. Cumanya, semua ini bergantung kepada wanita tersebut. Sekiranya, dia sanggup beri peluang untuk suaminya berubah, maka berikhtiarlah sesuatu.
Namun, jika sekiranya anda sudah tidak sanggup lagi menanggung derita, Islam tidak pernah mengHARAMkan atau meMAKHRUHkan berpisah. Bahkan, perceraian itu sendiri adalah Harus jika perkahwinan tersebut mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri.
Kalau tidak, Islam itu akan dilihat sebagai agama yang tidak adil kerana memaksa wanita itu hidup dalam penderitaan dek kerana perbuatan suaminya yang abaikan tanggungjawab.
Semoga dengan pengorbanan anda sebagai isteri dan ibu, dapat suatu ganjaran yang besar dan dipermudahkan Allah atas apa jua urusan anda. Pilihan ditangan anda. Anda yang tentukan kehidupan anda dan anak-anak anda wahai wanita yang kuat dan hebat.
Sumber : Fahmi Ramli
The post “Demi Anak, Ramai Ibu Bertahan …” Peguam Ni Kongsikan, Jadikan Pengajaran! appeared first on Pa&Ma.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source