Seringkali, golongan selebriti tempatan dikatakan lebih memilih barangan berjenama mewah buatan luar negara. Kalau barangan buatan Malaysia ini, cukuplah sekadar pandang sebelah mata sahaja.
Haihh, tak kan lahhh..
Semua itu sekadar spekulasi liar semata, barangan buatan tempatan pun menjadi pilihan selebriti okay. Buktinya baru-baru ini, beberapa selebriti Malaysia telahpun melibatkan diri dalam sesi penstriman langsung Shopee Live Skuad Stylo bagi menyokong perniagaan tempatan dan menggalakkan jutaan rakyat Malaysia yang menonton untuk membeli produk tempatan.
Menerusi sesi yang disiarkan pada setiap jam 8 malam itu, para selebriti seperti Nabila Huda, Dato’ Seri Vida, Sherry Alhadad dan Fara Nadiah telah muncul bersama-sama pengacara sejak 5 September lalu bagi menunjukkan bagaimana mereka sendiri boleh menggunakan produk-produk tersebut dalam kehidupan seharian.
Hasilnya, Shopee Live Skuad Stylo telah meraih 2 juta tontonan serta hampir 850,000 klik Add To Cart! Wow banyak tu..
Kongsi Ketua Pemasaran Shopee Malaysia, Kenneth Soh, Shopee kini menerusi kandungan dalam aplikasi serta segmen siaran langsungnya menjurus kepada konsep shopping-tainment bagi memperkasakan penjual tempatan untuk berjaya bagi jangka masa panjang.
“Kami teruja melihat selebriti seperti Nabila Huda dan Fara Nadiah mengajak jutaan peminat di Shopee Live Skuad Stylo untuk menyokong jenama tempatan. Kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia menghayati nilai produk Buatan Malaysia.
“Shopee menyasarkan untuk terus membawakan pengalaman membeli-belah terbaik yang bukan sahaja memenuhi keperluan pengguna tetapi juga menghiburkan mereka,” ujar Kenneth.
***
Bagi Nabila yang juga merupakan pemenang kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) menerusi lakonan dalam naskah Makrifat Cinta, beliau cukup berpuas hati dengan produk tempatan yang dipasarkan di Shopee dan berkata, “Produk buatan tempatan mempunyai rekaan yang cantik dan dihasilkan oleh bakat mahir tempatan.”
Bukan setakat itu, Nabila yang popular dengan jolokan Kupu Kupu menerusi media sosialnya turut mempergayakan tudung jenama tempatan Heejab dan Theselamah bagi berkongsi keselesaan dan kualiti kain tudung kepada penonton.
“Saya mendapati membeli barangan keperluan seperti beras dan jenama pasta kegemaran saya di Shopee adalah lebih mudah daripada ke kedai fizikal,” tambahnya lagi yang mengaku akan membelanjakan antara RM300 hingga RM400 setiap bulan untuk membeli barang keperluan dapur dan barangan elektrik di Shopee.
Jelaslah, platform membeli-belah secara dalam talian Shopee amat penting buat Nabila yang sibuk dengan perihal jadual penggambarannya.
Dalam pada itu, Fara Nadiah juga memilih untuk membeli-belah menerusi Shopee bagi mendapatkan barangan seperti kasut, aksesori, barangan penjagaan kulit dan juga perabot (ya, korang boleh dapatkan perabot di Shopee pada harga berpatutan!) setelah mendapati produk-produk yang dijual adalah berkualiti tinggi.
“Menjual dalam talian memudahkan wanita terutamanya Suri rumah. Mereka adalah contoh peranan kepada penjual lain..”
– Fara Nadiah –
Dalam segmen pada 2 Oktober lepas, Fara menekankan semula faktor kualiti ini dan menunjukkan contoh pada produk buatan tempatan seperti jongkong emas 999.9 daripada jenama Masdora. Ternyata, korang tidak perlu was-was dengan kualiti barang di Shopee. Kalau tidak, tak kan lah pelanggan di Shopee selalu berkunjung semula ke sini untuk repeat order.
Jadi selepas ini, janganlah pula korang mengenepikan kepentingan dan kehebatan produk-produk buatan Malaysia. Hanya kerana ia tidak diperagakan oleh selebriti antarabangsa, tidak bermakna selebriti tempatan kita tidak menyokongnya. Dengan tag harga mampu milik dan kualiti yang benar-benar dititik beratkan, tak rugi untuk korang membelinya sewaktu jualan strim langsung di platform itu.
Bagi korang yang telahpun membantu ekonomi peniaga tempatan di Shopee sehingga mereka boleh menjana jualan sebanyak RM4.6 juta dalam tempoh 12 bulan lalu, TAHNIAH!
Semoga dengan sokongan berterusan seperti ini, perniagaan tempatan dapat terus berkembang dan mampu menawarkan barangan sebagaimana yang diinginkan oleh korang semua.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source