Seorang lelaki buat keputusan paling bodoh apabila membatalkan pertunangan dengan perempuan yang paling dia sayang. Akhirnya, dia menanggung penyesalan seumur hidup.
Ini kisah seorang filsuf yang gila talak.
Søren Kierkegaard lahir dari keluarga bangsawan. Akan tetapi, kekayaan harta tidak mampu membeli segala-galanya.
Pada musim bunga 1837, Kierkegaard bertentang mata dengan cinta pertamanya, Regine Olsen. Setelah dua tahun menyimpan perasaan, dia pun memberanikan diri untuk melamar buah hatinya.
“Bagaimana akhirnya aku mempercayai kata-kata penyair, di saat jejaka memandang kekasihnya buat kali pertama, dia seolah-olah telah dahulu memandangnya sekian lama. Bahawa semua cinta, seumpama ilmu pengetahuan adalah kenang-kenangan belaka,” jujur Kierkegaard.
Lamarannya diterima. Kierkegaard dan Regina mengikat tali pertunangan. Pasangan merpati dua sejoli ini saling mencintai dan menyimpan impian untuk setia sampai ke hujung usia. Malangnya, kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
Beberapa bulan kemudian, Kierkegaard diserang ketidakpastian. Tiba-tiba, lelaki ini membuat tindakan drastik iaitu memutuskan pertunangan dengan Regina.
Dia mengutuskan surat berisi cincin yang dipulangkan pada 11 Ogos 1841. Regina sedih bukan kepalang. Kierkegaard memberi alasan, depresi dan perangainya yang melancholy iaitu sering berduka akan membuatkan hidup Regina merana. Dia bimbang Regine tidak akan bahagia dengan perangai peliknya. Kierkegaard juga merasakan jangka hayatnya tidak lama.
Di antara isi surat Kierkegaard: “Maafkanlah saya yang mampu melakukan banyak perkara tetapi tidak kuat untuk membahagiakan perempuannya.”
Regina Olsen tak dapat terima keputusan Søren Kierkegaard. Bahkan, perempuan ini mengancam untuk membunuh diri. Kesedihan gadis ini tidak dihiraukan Kierkegaard. Dia merasakan, lebih baik Regina menanggung sakit sekarang daripada menyesal hidup dengannya.
Regina: “Apakah engkau tidak akan berkahwin?”
Kierkegaard: “Ya. 10 tahun lagi, kalau saya bersyahwat, saya akan melempiaskannya dengan mana-mana perempuan.”
Masa pun berlalu. Regina Olsen dapat move on dan berkahwin dengan seorang bangsawan bernama Friedrich von Schlegel. Sementara itu, lain ceritanya dengan Kierkegaard. Dia masih gagal untuk melupakan Regina, padahal dia sendiri yang memutuskan pertunangan dengan sukarela.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Kierkegaard menyesal dengan keputusan yang dibuat. Dia menulis beberapa helai surat yang meluahkan kekecewaan.
“Setiap kali engkau merasakan matahari yang segar, tolong fikirkan aku. Kerana fikiran dan jiwaku benar-benar mengarah ke matahari itu dan aku menanggung kerinduan yang mendalam untukmu, oh matahari di antara wanita,” tulis Kierkegaard dalam sehelai warkah.
Sebelum meninggal dunia, Kierkegaard mewasiatkan harta dan tanahnya untuk Regina kerana merasakan perempuan itu berhak. Baginya, ikatan pertunangannya dahulu sudah setaraf dengan ikatan perkahwinan sehingga layak mewariskan harta. Sama seperti terkaan Kierkegaard, dia mati di usia muda sebelum sempat berjumpa Regina buat kali yang terakhir.
Kerana patah hati, Kierkegaard menumpahkan perasaan dan pandangannya dalam artikel jurnal akademik. Korang pulak patah hati, dapat apa?
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Nantikan RUMI: FILSUF CINTA ANATOLIA tulisan Zaki Sapuan Al-Hafiz yang akan terbit 25 NOVEMBER ini! Boleh baca bab PERCUMA dengan klik: https://thepatriots.store/rumi/
Temui penulis kami di PESTA BUKU ANTARABANGSA SELANGOR pada 1-10 DISEMBER ini!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source