Pada suatu masa dahulu, ada seorang rasul yang bernama Nabi Sya’ya bin Amshaya. Allah telah mengutuskannya lebih 600 tahun sebelum kemunculan Nabi Zakariya di Baitulmuqaddis. Kerajaan Bani Israil yang diasaskan oleh Nabi Daud itu dikenali dengan nama Kerajaan Judah.
Kisah yang disebutkan ini boleh dijumpai dalam kitab Qasasul Anbiya’ karangan Imam Ibnu Katsir.
Bani Israil di zaman Nabi Sya’ya diperintah oleh seorang penguasa yang bernama Raja Hizqiya. Penguasa Yahudi itu sangat mendengar dan mengikuti nasihat dari Nabi Sya’ya. Dia menegakkan hukum Taurat seperti yang diterapkan oleh Nabi Musa dan Nabi Daud.
Malangnya, raja tersebut jatuh sakit pada suatu hari.
Dalam masa sama, bala tentera musuh yang dipimpin oleh Raja Shanharib dari kerajaan Babylon sedang dalam perjalanan untuk menyerang mereka. Raja Hizqiya yang kakinya dijangkiti bisul-bisul itu tidak berdaya melakukan apa-apa. Penduduk Yahudi di Baitulmuqaddis mula merasakan kebimbangan.
Raja Hizqiya bertanya kepada Nabi Sya’ya, “Apakah yang diwahyukan Allah kepadamu? Apakah ada cara untuk menghadapi Raja Shanharib dan pasukannya?”
Baginda tidak menjawab apa-apa.
Kemudian, Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Sya’ya.
“Allah telah memerintahkan tuanku mencari pengganti untuk memerintah kerajaan. Kerana ajal tuanku sudah dekat,” pesan baginda kepada Raja Hizqiya.
Seketika itu juga, Raja Hizqiya menangis teresak-esak. Dia langsung menghadapkan tubuh ke arah kiblat dan menunaikan solat dengan khusyuk. Dia juga banyak memuji Allah dengan bertasbih sambil mengalirkan air mata.
Kemudian, dengan penuh keikhlasan, Raja Hizqiya berdoa, “Ya Allah, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, wahai Zat yang tidak pernah mengantuk dan tidak pula tidur. Ingatkanlah aku tentang amal kebaikanku dan pemerintahanku ke atas Bani Israil. Semua itu berasal dari-Mu, sedang Engkau lebih mengetahuinya daripada aku. Segala yang rahsia dan nyata pada diriku adalah untuk-Mu.”
Berkat keikhlasannya, Allah menurunkan rahmat kepada Raja Hizqiya.
Nabi Sya’ya menyampaikan berita baik kepada Raja Hizqiya bahawa ajalnya ditangguhkan dan umurnya telah dipanjang selama 15 tahun lagi. Allah juga akan menyelamatkan kerajaan Bani Israil daripada serangan Raja Shanharib dan bala tenteranya.
Raja Hizqiya terus tunduk dan menunaikan sujud syukur.
Dia memuji Allah dengan berkata, “Ya Allah, Engkau yang memberi kerajaan kepada siapa yang Engkau kehendaki dan mencabutnya dari siapa yang Engkau kehendaki. Engkau yang memuliakan seseorang dan Engkau pula yang menghina seseorang. Engkau mengetahui yang ghaib dan nyata. Engkau yang Awal dan Akhir, yang Zahir dan Batin, Engkau yang mengaunegrahkan nikmat dan mengabulkan doa orang-orang yang kesempitan.”
Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Sya’ya tentang penawar untuk penyakit raja berkenaan. Setelah diberitahu oleh Nabi Sya’ya, maka Raja Hizqiya pun mengambil air tanah dan melumurkannya pada bisul-bisul di badannya. Dengan izin Allah, semua penyakitnya sembuh dan kulit badannya menjadi sihat semula.
Seterusnya, Allah mengirimkan malaikat maut kepada Raja Shanharib dan pasukannya. Bala tentera musuh itu ramai yang meninggal dunia secara tiba-tiba. Mereka semua mati sebelum sempat datang dan cuba mengalahkan kerajaan Baitulmuqaddis. Raja Shanharib dan lima pegawainya pula ditangkap sebelum sempat melarikan diri. Raja Hizqiya memberi pengajaran kepada musuh tersebut sebelum melepaskan mereka untuk pulang ke kota Babylon.
Selang beberapa tahun, Raja Hizqiya mangkat.
Kemangkatan raja yang soleh itu telah menyebabkan Bani Israil lupa diri. Mereka banyak melakukan kejahatan yang dimurkai Allah. Nabi Sya’ya yang masih hidup, tidak berdiam diri. Baginda telah menerima wahyu dari Allah agar terus berdakwah kepada kaumnya supaya pulang ke jalan yang lurus. Nabi Sya’ya turut memberikan amaran, kalau Bani Israil tetap berdegil, pasti Allah akan mendatang azab seksa yang sangat pedih.
Sebaliknya, Bani Israil mengabaikan nasihat Nabi Sya’ya. Mereka meluru kepada baginda yang baru selesai menyampaikan dakwah. Baginda cuba melarikan diri supaya tidak dicederakan oleh kaumnya. Bani Israil yang ingkar itu terus mengejar baginda untuk membunuhnya.
Nabi Sya’ya melarikan diri sampai ke kawasan yang berpokok. Semasa melewati sebatang pokok, baginda melihat pokok itu terbelah dua seakan-akan mempersilakan baginda untuk menyorok di dalamnya. Baginda pun memasuki pokok berkenaan. Namun, syaitan segera menarik baju baginda sehingga menjulur ke luar.
Bani Israil yang sampai di situ menjumpai kain baju Nabi Sya’ya yang terjulur di luar pokok. Tanpa berfikir panjang, mereka pun menggergaji pokok berkenaan bagi mengerat tubuh baginda. Lantas, Nabi Sya’ya pun mati syahid di jalan Allah.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Banyak lagi kisah dan trivia tentang Yahudi yang sangat mengejutkan! Korang boleh baca lagi dalam KITAB TAMADUN YAHUDI. Klik: https://shp.ee/ptkxt4y
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source