Badan rasa kuat dan yakin untuk berpuasa tetapi bila memikirkan janin dalam kandungan, ibu mula goyah. Bagi ibu-ibu hamil yang masih terfikir-fikir, ini saranan dari Dr Afida Sohana Awang Soh dari Klinik Pakar Wanita, Metro IVF Klang.
Soalan favourite yang saya terima di klinik sepanjang minggu ini, adalah berkenaan berpuasa; samada dibolehkan semasa hamil/menyusu, atau tidak.
Jom kita lihat dari segi agama dulu.
Sabda Nabi Muhammad SAW,
إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَضَعَ عَنِ الْمُسَافِرِ شَطْرَ الصَّلاَةِ وَعَنِ الْمُسَافِرِ وَالْحَامِلِ وَالْمُرْضِعِ الصَّوْمَ أَوِ الصِّيَامَ
“Sesungguhnya Allah ‘azza wa jalla meringankan setengah solat untuk musafir dan meringankan puasa bagi musafir, wanita hamil dan menyusui.”
Hadis riwayat An Nasai no. 2275, Ibnu Majah no. 1667, dan Ahmad 4/347. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan sahih.
Menurut Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan dalam tulisan beliau di https://www.muftiwp.gov.my/…/irsyad-fatwa-umum/1969-31 beliau berpendapat yang perempuan yang hamil dan menyusukan anak jika berbuka kembali kepada dua keadaan sahaja iaitu:
1. Kalau semata-mata kerana bimbang diri sendiri bolehlah dia berbuka dan qadha sahaja.
2. Kalau kasihankan kepada janin dan juga anak yang disusukannya maka bolehah dia berbuka dan membayar fidyah.
Ha! Mudah dan terang penjelasan yang ada. Islam itu mudah, cuma jangan dipermudah-mudahkan! Ada sebab mengapa keringanan ini diberikan.
Jom kita tinjau dari segi perubatan pula. Terdapat perubahan pada physiology pada bakal ibu yang mungkin membuatkan puasa itu menjadi sedikit payah, dan dalam keadaan tertentu, merbahaya.
Kita ulangkaji Biologi sekejap! Dari segi Physiology:
* Pengaliran darah ibu meningkat 10 kali ganda semasa hamil. Ini menyebabkan jumlah darah bertambah lebih 1.5L dari jumlah biasa,
* dan, kadar degupan jantung ibu menjadi lebih tinggi
* Perlu diingat juga, kadar degupan semakin meningkat jika kurang air, (dan nadi bayi juga meningkat)
MasyaAllah! KUATNYA PERTAMBAHAN KERJA JANTUNG SEORANG IBU YANG HAMIL!
* Tekanan darah ibu semasa hamil pula berubah. Ianya menjadi rendah pada awal kehamilan, menyebabkan Ibu mudah merasa pitam. Sekiranya ibu tidak minum air secukupnya (dehidrasi), tekanan ini boleh menjadi lebih rendah. Ibu akan merasa lebih lemah!
* Darah ibu membekalkan gula kepada bayi.
* Semasa berpuasa, kandungan gula di dalam darah ibu yang hamil adalah lebih rendah, menyebabkan ibu merasa lebih cepat letih
* Jika kandungan gula menjadi sangat rendah, ia boleh menyebabkan ibu menjadi loya dan muntah-muntah, lebih-lebih lagi pada peringkat awal hamil.
* Darah ibu semasa hamil adalah lebih pekat bagi melindungi ibu daripada pertumpahan darah yang berlebihan semasa bersalin.
* Tapi, ini juga meninggikan risiko mendapat darah beku (venous thromboembolism, atau VTE)
* Risiko ini meningkat jika ibu kurang air, atau tubuh mengalami kegersangan/hypovolaemia
* VTE adalah sangat merbahaya dan boleh membawa maut!
* Perubahan hormon semasa hamil memperlahankan pergerakan makanan yang hadam di dalam usus, menyebabkan najis menjadi lebih keras dan masalah sembelit
* Masalah ini boleh bertambah lagi jika tidak minum secukupnya.
Mungkin bakal ibu berasa takut pula bila membaca perubahan Physiology dan implikasinya ini kan?
Tapi sebenarnya, bukan tidak boleh berpuasa. Cumanya, ibu perlu mendapatkan nasihat doktor dan pakar, minum air secukupnya, dan juga beringat untuk tidak berlebihan dalam menjalani puasa.
Jika berasa letih atau tidak larat, jangan paksa diri! Dalam masa yang sama, ada kondisi yang membuatkan ibu hamil itu tidak digalakkan berpuasa sama sekali:
1. Ibu yang mepunyai risiko VTE yang sederhana atau tinggi
2. Ibu yang tidak sihat atau muntah-muntah (lebih-lebih lagi jika kerap muntah dalam semester pertama)
3. Ibu yang mempunyai penyakit kencing manis dan memerlukan rawatan metformin atau insulin
4. Ibu yang mempunyai kehamilan berisiko tinggi seperti (pre-eclampsia, penyakit autoimmune, penyakit jantung)
5. Ibu yang janinnya mempunyai masalah pembesaran (IUGR) atau kurang air ketuban (oligohydramnios)
6. Ibu yang masih di dalam 6 minggu pertama selepas bersalin (risiko VTE paling tinggi semasa ini)
Berpuasa semasa Menyusu Bayi:
* Tiada bukti signifikan yang berpuasa pada bulan Ramadhan mengurangkan susu ibu.
* Tapi kadangkala Ibu tidak dapat menahan lapar semasa menyusu, dan khuatir kesihatan diri atau bayi boleh terjejas.
Yang penting,
* Berbincang dengan doktor!
* Minum air secukupnya. Boleh gunapakai tips KKM seperti dalam gambar
* Banyakkan makanan yang tinggi protein supaya kenyang lebih lama
* Jangan paksa diri!
Moga bermanfaat dan Selamat Berpuasa buat semua!
Mohon maaf zahir batin!
Semoga Ramadhan ini membawa keinsafan kepada diri kita, dan semoga barakah Ramadhan menyelubungi dunia, supaya kita semua dapat hidup dalam keamanan dan ketaqwaan.
Dr Afida Sohana Awang Soh
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source