Mengaku sajalah, korang telah membeli sekurang-kurangnya tiga barangan baharu sepanjang tempoh kita berada dalam perintah berkurung ini.
Ada juga individu yang membeli barangan yang kurang premium atau lebih berharga mampu milik – namun dia membelinya dalam kuantiti yang banyak. LEBIH daripada apa yang diperlukannya. Kadangkala, dia akan membeli barangan yang sama over and over again.
Pernah tak korang terfikir, mengapa kita lebih mudah mengeluarkan wang semasa berkurung di rumah. Jika dulu sewaktu bebas keluar ke pusat membeli-belah contohnya, kita tidaklah semudah ini dalam berbelanja.
The good thing is, korang tidak keseorangan. Bukan korang saja yang berdepan dengan dilema ini tetapi ramai lagi orang di luar sana (termasuklah penulis *guilty ~*).
Menurut satu tinjauan oleh sebuah syarikat pemasaran, Selligent terhadap 5000 orang, hampir 40 peratus daripada mereka mengaku terlibat dalam online shoppingg pada setiap minggu semasa musim pandemik. Ia meningkat 10 peratus daripada sebelum pandemik.
Adakah disebabkan kita hanya duduk di rumah dan memandang komputer riba atau telefon pada setiap masa, kita lebih terjerumus dalam dunia online shopping?
Well, yes and no. Ia adalah salah satu sebab, tapi bukannya satu-satunya sebab.
Percaya atau tidak, salah satu faktor utamanya adalah kerana kita sunyi. YA, SEPI dan KESEORANGAN.
Menurut Penolong Profesor di fakulti perniagaan University of Southern California iaitu Las Perner, shopping adalah salah satu cara untuk seseorang menangani rasa sunyi. Semasa sibuk melihat satu persatu halaman membeli belah pada skrin peranti, korang akan ternampak sebuah barangan yang membuatkan kita tidak merasa bersalah untuk mendapatkannya.
Penulis pasti, ramai ingin mengetahui bagaimana untuk membendung obsesiti terhadap online shopping sewaktu musim pandemik ini.
Pertama, korang perlu sedar akan strategi jenama-jenama di luar sana yang berjaya mendapatkan korang untuk membeli barangan mereka pada harga diskaun. Dengan situasi di mana stor fizikal terpaksa ditutup dan segala-galanya bergantung kepada jualan secara atas talian, kebanyakan perniagaan sedang cuba memastikan agar mereka mampu bertahan dengan menawarkan diskaun tanpa henti.
Setiap minggu, pasti ada saja ‘promosi menarik’ yang akan dicanang oleh mereka sehinggakan korang terbeli sehingga empat pasang kasut baharu dalam masa sebulan (*not me, promose!*).
Korang juga akan selalu terbuai dengan tawaran penghantaran percuma, produk yang dipakejkan bersama dan macam-macam lagi promosi. Kadangkala, jenama-jenama ini juga akan cuba ‘menggertak’ korang demi tawaran ‘hanya untuk sejam saja atau sehari saja’. Familiar? Ya.
Jadi, korang perlu sedar dengan taktik perniagaan ini.
Kedua, korang jangan sesekali melihat katalog atas talian semasa diri korang penat atau mengantuk. Jangan buka katalog pada waktu malam sebelum tidur! Ini kerana minda kita akan cuba mencari cara untuk mengelakkan rasa mengantuk. The brain needs that quick boost. Lalu, sebagai pembeli kita akan mudah membeli tanpa 1) membandingkan harga atau 2) memikirkan sama ada korang betul-betul memerlukannya atau tidak.
Ini adalah satu lagi cara yang berkesan. Cuba berjanji dengan diri sendiri untuk berhenti membeli secara atas talian untuk seminggu. Seminggu je. Isilah masa korang dengan menonton filem, memasak, mengemas rumah atau apa-apa aktiviti selain melihat laman web membeli-belah.
Penulis juga mendapati ia lebih berkesan jika korang ‘un-save’ info seperti butiran peribadi, nombor siri kad kredit/debit atau log out daripada laman web yang selalu korang kunjungi. Apabila ia memakan lebih masa semasa korang ingin membeli sesuatu, ia juga sekali gus memberi lebih masa untuk korang ‘berfikir’ sama ada pembelian itu adalah keputusan yang bijak atau tidak.
Jangan lupa untuk mencuba cara-cara ini dan jangan sesekali membiarkan diri korang merasa bosan atau sunyi sepanjang musim pandemik. Isi masa dengan berkesan agar korang tidak terjerumus ke dalam belengu online shopping.
*Okay, penulis akan pulangkan semula 2 daripada 4 pasang kasut itu..*
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source