Selalu kita mendengar ada ibu yang memberitahu anaknya tergolong dalam anak kinestetik. Namun bagaimanakah ciri anak kinestetik ini?
Kata seorang ibu, anaknya yang baru berusia dua tahun merupakan jenis kinestetik kerana tidak pernah duduk diam selain waktu tidur. Ahli terap cara kerja, Pn Maryam Jamadi berkongsi jenis anak kinestetik ini untuk kefahaman ibu bapa. Mungkinkah anak anda juga jenis kinestetik?
ANAK KINESTETIK?
“Anak saya jenis kinestetik sebab tak pernah duduk diam selain waktu tidur” Kata seorang ibu yang ada anak umur 2 tahun.
Maaf, saya rasa terpanggil untuk betulkan info yang berlegar-legar sebab ramai mak ayah keliru tentang ini.
Kinestetik adalah salah satu gaya pembelajaran (learning style) yang biasanya boleh dilihat dengan jelas semasa anak umur 6 atau 7 tahun. Ada juga anak yang menunjukkan ciri-ciri kinestetik lebih awal.
Ciri-ciri anak kinestetik:
1. Suka buat tugasan “hands on”.
2. Sukar duduk setempat semasa belajar atau “fidget” (jika terpaksa duduk atau berdiri setempat, anak akan cenderung untuk gerakkan kaki ataupun buka tutup pen).
3. Minat dan hebat dalam aktiviti fizikal (sukan sekolah).
4. Suka belajar dalam persekitaran yang menarik (ada games, melukis atau melibatkan pergerakan).
5. Kurang minat untuk membaca manual, nak buat terus!
6. Koordinasi mata dan tangan yang bagus. (Eye hand coordination)
Bila baca ciri-ciri di atas, saya pasti semua mak ayah akan rasa ada pada anak. Gaya pembelajaran ada 4 jenis tetapi seperti biasa, normal semua orang akan ada kesemua 4 jenis ciri-ciri cuma perlu lihat mana yang lebih dominan.
Bagi mak ayah yang ada anak berumur 6 tahun ke bawah?
Perlu kenalpasti adalah ia lebih kepada keperluan sensori anak untuk bergerak, melompat atau berlari ataupun memang anak jenis kinestetik.
Normal semua kanak-kanak akan suka bergerak 24 jam cuma yang membezakan anak jenis kinestetik adalah anak ini akan susah nak belajar dalam persekitaran yang bosan seperti belajar menggunakan buku dan pensil sahaja. Kalau mak ayah dapati anak betul-betul jenis kinestetik,
Tips saya:
1. Aktiviti menarik sambil belajar.
– Libatkan apa-apa pergerakan semasa belajar seperti mewarna, menari, melukis atau menulis.
– Lakukan aktiviti menarik sambil belajar seperti bermain game, puzzle, sticker, warna air dan sebagainya.
2. “Sensory break”.
– Berikan “sensory break” pada anak semasa belajar setiap kali lihat anak dah mula hilang fokus belajar.
– “Sensory break” adalah “makanan” untuk keperluan sensori anak untuk bergerak.
– Masa dan kekerapan bergantung kepada keperluan anak.
– Bagi mak ayah yang ada anak umur 7 tahun kebawah, cadangan saya 15 minit setiap 1 jam belajar.
– Umur 7 tahun ke atas, setiap 1 jam 30 minit.
– 15 minit rehat, bukan untuk tengok gadget ya tetapi untuk lakukan aktiviti yang melibat pergerakan.
(Kalau ada permintaan, saya kongsikan lebih lanjut berkaitan ini)
3. Urutan.
– Bila nampak anak mula tidak fokus, boleh lakukan urutan tangan kerana anak jenis kinesthetic ini memang sangat suka bila dapat rangsangan deria sendi. (Ada tekanan di badan)
– Jadikan rutin untuk urut anak sambil-sambil beri rangsangan deria sendi (proprioception).
– Deria sendi akan 100% berkembang semasa anak umur 8-9 tahun.
4. Jangan marah anak sebab bergerak.
– Perlu ingat yang pergerakan umpama “makanan” bagi anak kinestetik tetapi perlu juga pastikan keselamatan anak.
– Jika mak ayah rasa anak terlalu menganggu bila anak asyik nak melompat 24 jam, solusi terbaik belilah trampoline jika ada bajet.
– Nak tak nak, perlu alihkan keperluan bergerak anak ke tempat lain lagi-lagi semasa PKP ini tak boleh ke taman.
5. Modifikasi persekitaran.
– Boleh jadikan ruang belajar anak lebih menarik, contohnya pasang “basketball ring” untuk main anak baling bola semasa tengah berfikir. Kedai RM2 pun ada jual.
– Kerusi belajar yang boleh pusing. (Swivel chair).
– Papan putih atau hitam supaya anak boleh belajar sambil berdiri.
– Meja boleh laras, supaya anak boleh tukar posisi semasa belajar. Duduk atau berdiri.
– Duduk di atas gymball.
– “Fidget toy”, boleh taip di Lazada atau Shopee.
Bahagian modifikasi persekitaran ini sebenarnya sangat sesuai dilakukan di sekolah ataupun bilik belajar anak. (jika ada bajet)
Mak ayah perlu ingat yang anak umur 12 tahun ke bawah perlu ada masa untuk bermain di taman bagi memenuhi keperluan perkembangan mereka.
Di saat pandemik ini, rasa kasihan sangat dengan anak-anak. Bukan akademik sahaja terkesan, mental dan fizikal mereka juga terkesan. Paling kasihan dengan anak jenis kinesthetic.
Saya harap mak ayah yang mempunyai anak jenis kinestetik boleh bertoleransi dan bertolak ansur dengan anak. Tak ada guna paksa anak duduk tapi hanya jasad sahaja duduk, fikirannya melayang. Tak pasal-pasal, anak terus putus asa nak belajar. 😥
Boleh cuba ya semua tips saya di atas. Bertabahlah ya mak ayah dan cikgu yang ada anak atau anak murid jenis kinestetik.
Ada tak mak ayah yang syak anak betul-betul jenis kinestetik?
Artikel berkaitan: 7 Tip Approach Anak- Kinestetik Atau Tak Boleh Duduk Diam Mereka Bukan Tak Suka Belajar Tau!
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source