Kita boleh berbangga dengan kejayaan Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang menjadi angkasawan pertama negara yang terbang ke angkasa. Namun, berbeza nasibnya dengan negara jiran kita, Indonesia.
Pratiwi Sudarmono ialah orang pertama dari Indonesia yang menjadi angkasawan. Selain menjadi yang pertama di Indonesia, wanita bergelar doktor dalam bidang kesihatan itu juga mencatat sejarah sebagai angkasawan wanita pertama dari Asia.
Pada 1986, Pratiwi Sudarmono dilantik sebagai angkasawan untuk National Aeronautics and Space Administration (NASA).
Pada tahun tersebut, wanita kelahiran Bandung ini memperoleh misi untuk terbangkan pesawat luar angkasa bagi membawa satelit yang dijadualkan mengorbit bumi.
Berita mengenai Pratiwi Sudarmono yang akan terbang ke angkasa tersebar luas di media antarabangsa pada masa itu. Namun, misi tersebut kemudiannya dibatalkan oleh NASA kerana tragedi pesawat Challanger.
Macam mana Pratiwi berjaya jadi angkasawan?
Pratiwi Pujilestari Sudarmono lahir pada 31 Julai 1953. Dalam buku Indonesia Destinies (2009) karya Theodore Friend, Pratiwi Sudarmono menceritakan bahawa beliau lahir dalam keluarga bangsawan Solo.
Sebagai seorang wanita bangsawan, Pratiwi berkongsi bahawa perjalanan menuju cita-citanya sebagai angkasawan sebenarnya sangat susah.
Beliau memilih untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Universitas Indonesia (UI) dan memperoleh gelaran sarjana pada 1977, bukannya dalam bidang astronomi.
Selepas tamat pengajian di UI, Pratiwi bekerja sebagai pensyarah dan penyelidik di Makmal Mikrobiologi, Fakulti Perubatan UI.
Pada 1980-an, Pratiwi meneruskan pengajiannya di Research Institute for Microbial Diseases, Universiti Osaka.
Pratiwi Sudarmono kemudian meraih gelar doktor dalam bidang perubatan pada 1984 dari Universiti Osaka.
Setahun kemudian, pada 1985, impian kanak-kanak Pratiwi Sudarmono untuk menjadi angkasawan akhirnya terbuka luas. Ketika itu, Indonesia menjalin kerjasama dengan NASA dalam misi Space Shuttle Columbia STS-61-H yang dijadualkan berlangsung pada 24 Jun 1986.
Misi tersebut bertujuan membawa tiga satelit komersial iaitu Skynet 4A, Westar 6S, dan Palapa B3. Satelit terakhir tersebut adalah milik Indonesia.
Nama Pratiwi Sudarmono dipilih daripada 207 calon yang akan menyertai misi tersebut. Pratiwi Sudarmono dijadualkan berangkat ke angkasa pada 24 Jun 1986, namun misi tersebut dibatalkan oleh NASA.
Misi tersebut dibatalkan kerana tragedi meletupnya pesawat Space Shuttle Challenger pada 28 Januari 1986, lima bulan sebelum keberangkatan Pratiwi Sudarmono.
Space Shuttle Challenger meletup di udara hanya 73 saat selepas berlepas dari Cape Canaveral, Florida, Amerika Syarikat. Tragedi ini mengorbankan ketujuh-tujuh angkasawan di dalamnya dan disiarkan di seluruh dunia.
Tragedi ini mendorong NASA untuk membatalkan beberapa misi penerbangan luar angkasa lainnya, termasuk penerbangan Columbia Shuttle yang dijadualkan berlepas pada 24 Jun 1986.
Pada 1 Februari 2003, Columbia Shuttle pula meletup di langit Texas pada ketinggian kira-kira 60 km ketika ia kembali dari misi orbit.
Walaupun gagal berangkat, pencapaian Pratiwi Sudarmono tetap merupakan sesuatu yang membanggakan bagi rakyat Indonesia.
Oleh: Azizul Farhan
___
ANGKASARAYA: KEJADIAN AGUNG bakal membawa anda terbang mengembara ke angkasa lepas untuk faham tentang teori kerelatifan, lohong hitam dan banyak lagi!
Dapatkan dengan DISKAUN semasa di JUALAN PBAKL ONLINE di Shopee kami sekarang!
https://s.shopee.com.my/A9vU5uZ2DG
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source