Jika anak makan sayur sejak dari kecil tanpa perlu dipaksa, percayalah anda adalah ibu bapa yang bertuah. Hakikatnya, ia jarang terjadi. Sebaliknya, kebanyakan ibu bapa sentiasa mencari cara mengatasi anak susah makan sayur.
Sekiranya anda tergolong dalam kumpulan tersebut, mungkin perkongsian daripada bapa anak 3 ini boleh memberikan kita sedikit inspirasi bagaimana untuk membuatkan si manja menggemari sayuran.
Mengapa situasi anak susah makan sayur berlaku?
Kita mesti pernah mempersoalkan, mengapa terlalu sukar untuk mereka mengambil sayuran walaupun pelbagai cara mengatasi anak susah makan sayur telah dicuba, betul tak?
Sebenarnya terdapat sebab saintifik mengapa anak secara amnya tidak menyukai sayuran.
Kanak-kanak masih belajar untuk mengenal pasti makanan selamat dan biologi ‘memberitahu’ mereka untuk memilih rasa yang lebih manis seperti susu ibu. Dalam masa sama, si kecil turut mempunyai keengganan tinggi untuk makanan pahit.
Namun itu tidak bermakna keadaan ini tidak boleh diatasi, ya? Ini terbukti menerusi perkongsian pengalaman seorang bapa, Mohammad Ariffin Sulaiman, 36, yang berjaya mendidik anak-anaknya untuk makan sayur.
Situasi anak cerewet makan
Bapa anak 3 yang lebih dikenali dengan nama panggilan Arif memberitahu dirinya dan isteri, Sharifah Munirah Syed Anuar, 34, tidak terkecuali berdepan situasi anak cerewet dalam soal makan.
Ujarnya, “Cara pemakanan anak-anak sukar untuk dijangka, ikut mood. Ada kalanya anak-anak mudah untuk makan apa sahaja dimasak ibu mereka. Tetapi terdapat juga masa mereka hanya ingin makan makanan segera dan kering seperti roti canai, biskut, burger dan kentang goreng.”
Menurut Arif, anak sulungnya Muhammad Nadeem Irfan, 8, pernah mengalami masalah berat badan tidak stabil untuk tempoh yang lama.
Pelbagai cara dilakukan untuk mengatasi keadaan tersebut seperti berjumpa pakar pediatrik, menukar jenis susu dan cuba pelbagai jenis vitamin bagi menaikan berat dan selera makan anaknya. Selain cerewet makan, sudah tentu anaknya juga amat tidak menyukai sayuran.
Anak kedua pasangan ini, Muhammad Nazeem Iqbal, 6, juga mengalami masalah yang sama, malah terlalu cerewet berbanding abangnya sehinggakan kadang-kadang perlu dipaksa semata untuk menyuruhnya makan.
Berbeza pula dengan Naureen Arisha, 2, yang sejak lahir mempunyai sebatang gigi depan. Si kecil ini boleh menerima apa sahaja makanan termasuklah isi ayam, brokoli, kubis bunga, pisang dan epal. Tetapi masih mengikut moodnya untuk makan.
Cara mengatasi anak susah makan sayur
Arif menjelaskan, seperti kebanyakan ibu bapa semasa fasa memperkenalkan makanan pejal, isterinya ada mencampurkan sayuran ke dalam bubur anak-anak. Namun mereka hanya makan antara 4-5 suap sahaja.
Apabila anak-anak semakin membesar, mereka perlu dipaksa sedikit untuk mengambil makanan seperti ayam, ikan, udang ataupun sotong. Sebaliknya, jika diberi nasi dan telur, anak-anak boleh memakannya tanpa masalah.
Antara cara mengatasi anak susah makan sayur dilakukan Arif dan isterinya adalah dengan mengumpan anak-anak, sebagai contoh jika inginkan gula-gula, perlu mengambil sayuran dan lauk yang lain.
“Biasanya peraturan tersebut diterima anak-anak. Pun begitu, mereka meletakkan jumlah suapan makanan, seperti hanya mahukan 6 suap sahaja dan lebih daripada itu, mereka menolak,” beritahu Arif.
Bapa kepada 3 cahaya mata ini turut menambah, lama-kelamaan apabila sudah biasa, keadaan tersebut bertambah baik. Mereka boleh makan apa sahaja termasuklah makanan pedas tetapi bergantung kepada siapa yang menyuapnya.
“Anak-anak secara automatik boleh memakan sayuran tanpa dipaksa, namun ia hanya apabila saya menyuap mereka ketika waktu makan. Sebaliknya jika si ibu yang menyuap, anak-anak akan menolak,” ujar Arif.
Ketiga-tiga anak Arif kini tidak lagi menolak sayuran ketika makan selepas dia mengamalkan tip di atas.
Cara mengatasi anak susah makan sayur yang turut dilakukan Arif adalah dengan membiarkan mereka bermain sepuas-puasnya. Apabila terasa lapar dan haus, mereka akan makan dan minum apa sahaja termasuklah sayuran dan jus buah-buahan.
Kredit: Hello Doktor
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source