Oleh kerana cuaca yang tidak menentu, buat masa ini kita hanya boleh merancang percutian di beberapa lokasi menarik sekitar dalam negara.
Salah satu yang sering menjadi pilihan kaki travel adalah negeri Kelantan.
Perkongsian dari anak jati Kota Bharu Kelantan, Ezwan Shah Nordin memberitahu 10 sebab kenapa perlu datang ke Kelantan dan beberapa lokasi menarik di negeri yang dipanggil syurga makanan.
Cuti-Cuti Malaysia; Kelantan
1. Aku sebagai anak jati Kota Bharu perlu buat perkongsian jalan-jalan di sekitar Kota Bharu. Aku tak nafikan Kota Bharu adalah syurga makanan jika tahu lokasi yang perlu dilawati.
2. Pertama adalah tarikh dan masa untuk merancang ke Kota Bharu. Kota Bharu macam bandaraya lain juga sebab ada banyak jalan-jalan walaupun sesak tapi trafik masing terkawal. Selalunya elak waktu puncak contoh, jika mahu makan di bandar boleh pergi sebelum tengahari macam 11 pagi ataupun 12 tengahari. Jika mahu elakkan kesesakan jalan raya elakkan melalui jalan sehala di bandar sebab Bandar Kota Bharu jalan sehala luas dan panjang juga.
3. Boleh amalkan parking kereta di lokasi yang strategik yang dekat dengan beberapa lokasi contoh aku suka parking di depan Dataran Muhammadi sebab dkt dengan lokasi makan, lokasi bergambar, pasar dan masjid.
4. Sebut pasal parking, Kota Bharu guna mesin untuk bayar parking. Boleh guna App/syiling/touch n go dkt mesin tersebut dan jangan parking sebarang ataupun kereta akan clamp oleh pihak perbandaran. Caj RM 0.40 setengah jam dan 0.8 untuk sejam.
5. Kedua, penginapan di Kota Bharu boleh dikatakan paling murah jika yang berkemampuan boleh check in Hotel Perdana. Ada banyak pilihan hotel di bandar KB yang hanya walking distance pergi lokasi berdekatan.
6. Ketiga, lokasi menarik di KB. Datang ke Kota Bharu jika tidak bergambar di lokasi wajib ini adalah rugi, aku berikan cadangan;
– Pintu Gerbang Dataran Rehal
– Istana Jahar
– Pintu Masuk Gerbang Istana Balai Besar
– Pasar Siti Khatijah
– Street Art Kota Bharu
– Pantai Senok (Pantai Nami)
– Menara Jam Tambatan Diraja & Tambatan Diraja
– Out Town KB / Wakaf Che Yeh (jika buka semasa PKPP)
7. Keempat, soalan yang paling susah adalah makan mana ? Kota Bharu banyak pilihan makanan dan masakan, boleh dikatakan Kota Bharu ini adalah bayangan Thailand. Bukan sahaja murah, banyak dan sedap.
– Cari kuih-kuih tradisional dkt Pasar Siti Khatijah (7 pagi – 10 pagi) ; kuih2.
– Sarapan di Kedai Pok Mat
– Sarapan di Kedai Kita
– Makan tengahari di Nasi Ulam Cikgu (KB)
– Makan tengahari di kedai nasi kukus (Nasi Kukus Suraini / Zaeman)
– Makan malam di Kedai Siem
– Makan malam di Padang Bas Kota Bharu
Steamboat di Makette
8. Kelima, perkara apa yang patut dibeli di KB dan tak ada ditempat lain. Boleh dapatkan di Pasar Khatijah tingkat 1 dan 2. (Boleh pusing2 dapat harga murah dan boleh tawar menawar)
– Kebanyakan produk di Thailand ada di Kota Bharu (macam kacang ketereh, kacang tin, maggi thai dan beras thai)
– serunding or sambal daging (boleh rasa, jangan takut cuba, mungkin boleh kenyang)
– Rempah kerutuk (hanya ada di Kelantan sahaja), kalau nak masak dekat rumah.
– Alatan logam
– Baju batik Kelantan antara batik yang terlembut aku pernah pakai (Pasar Buluh Kubu sebelah Pasar Siti Khatijah).
9. Keenam, pilihan pengangkutan di Kota Bharu. Aku galakkan dengan kereta dan motorsikal (sewa boleh). Contoh, datang ke KB menaik bas / flight (naik grab pergi ke bandar KB dalam RM 20.00) dan sewa motorsikal ataupun kereta.
10. Terakhir, cadangan tentatif untuk korang okay. (Jika sampai di KB pada pagi)
HARI PERTAMA
7.30 pagi : Sarapan Pagi di Kopitiam Kita (area bandar) ataupun jauh sikit Teh Beng Madu – Kedai Pok Mat
9.30 pagi : Jalan2 Street Art
11.00 pagi : bergambar di Dataran Rehal, Istana Jahar dan Istana Balai Besar (parking depan Dataran Muhammadi)
12.00 tengahari : makan tengahari dkt Kedai Nasi Ulam Cikgu
2 petang : check in hotel dan rehat
5.30 petang : Pantai Cahaya Bulan
7.00 malam : balik hotel
8.00 malam : makan (boleh pilih Restoran di atas ataupun google)
HARI KEDUA
7.00 am – bergerak ke Pengkalan Kubor dan shopping
10.00 am – melawat Pantai Sri Tujuh
11.00 am – melawat Wat2 dkt sana (Tapi tengok sama ada tutup ataupun tidak)
12.00 tengahari – beli makanan / air dan berkelah di Pantai Senok (jangan lupa bawa tikar, air basuh tangan)
3 petang – rehat di hotel
5.30 petang – Menara Jam KB (bayaran RM 2.00)
6.30 petang – boleh cari makan di Padang Bas Kota Bharu
8.00 malam – jalan2 pergi out town KB ataupun Wakaf Che Yeh
HARI KETIGA
Check out hotel
Makan Pagi
Pusing Pasar Siti Khatijah
Balik
Artikel Berkaitan:
Trip ‘Gegadis’ Jalan-Jalan Cari Makan Di Kelantan. Ini 14 Lokasi Yang Mereka Singgah. Syiok!
Masjid Razaleigh, Gua Musang Umpama ‘Mini’ Masjidil Haram. Tarikan Baru Kelantan
Floating Market Made In Kelantan. Pulau Suri Pasar Terapung Viral!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source