Nama Nur Erysha Emyra Zakaria atau Erysha Emyra mula meniti di bibir peminat naskah-naskah drama tempatan apabila gadis berperwatakan sopan lagi manis itu mula ligat muncul di kaca televisyen sejak tahun 2022 sehingga sekarang.
Biarpun Erysha, 25 relatifnya masih di usia hijau sebagai seorang anak seni, kehadirannya sebagai pelapis baharu industri bukanlah sesuatu yang mengejutkan ramai pihak memandangkan dirinya mewarisi bakat serta keberanian untuk beraksi di hadapan kamera daripada ibunya, Datin Seri Noniswara Baharuddin yang juga merupakan seorang dramatis popular tanah air.
Drama Chinta Wrong Direction yang menggandingkan Erysha dengan Hun Haqeem membuahkan impak apabila penonton mula mengenali wajahnya menerusi watak Chinta.
Drama ini mengisahkan tentang Raja Akid (Hun Haqeem) dan Chinta yang saling melengkapi dalam satu hubungan walaupun datang dari latar belakang keluarga pincang. Chinta misalnya pernah berdepan kehidupan sengsara bersama seorang ayah yang selalu mencari kesalahannya. Manakala Raja Akid enggan mendekati mana-mana wanita akibat trauma dengan kesilapan ibunya sendiri dalam perhubungan.
Di sini, Chinta hadir dalam kehidupan Raja Akid lalu membuatkannya masing-masing bersedia belajar untuk saling mencintai. Begitupun masih banyak rahsia yang belum mereka luahkan walaupun ikatan mereka sudah bertukar halal.
Menerusi Chinta Wrong Direction juga, Erysha mula ‘dikenenkan’ dengan gandingannya, Hun Haqeem dek keakraban mereka dalam drama berkenaan. Memang sesuai pun bila mereka berdiri bersebelahan, ibarat pinang dibelah dua!
Biarpun drama Chinta Wrong Direction menunjukkan beberapa momen konflik antara watak yang dilakonkan oleh Erysha dan Hun Haqeem akibat jalan ceritanya yang menarik serta keberkesanan lakonan mereka, namun pengguna-pengguna Instagram tetap mengharapkan mereka bercinta apabila menyoroti ruang komen di hantaran foto-foto yang kerap dimuat naik oleh mereka berdua.
Erysha pernah menyifatkan Hun sebagai seorang lelaki yang baik dan lemah lembut pertuturannya. Namun, berkali-kali dia menidakkan mereka mempunyai hubungan istimewa dan sekadar rapat kerana sudah bekerjasama untuk drama Chinta Wrong Direction bagi tempoh yang lama.
Kata Erysha lagi, dia belum bersedia menjalinkan apa-apa hubungan dengan mana-mana lelaki apatah lagi dengan gandingan di set penggambaran.
Baguslah begitu, Erysha lebih mementingkan fokus kepada kerjaya seni serta menjaga keluarganya setelah pemergian ayah tirinya pada Oktober 2023 dan tidak membiarkan dirinya terbuai dengan harapan netizen yang mengharapkan mereka berdua menyulam rasa cinta.
*
Belum reda digosipkan dengan Hun Haqeem, Erysha kembali menjadi ‘mangsa’ gosip cinta lokasi apabila gandingannya bersama Meerqeen menerusi drama Cinta Untuk Sekali Lagi.
Sekali lagi Erysha menjadi pilihan pengarah Hadith Omar, drama ini mengisahkan perpisahan yang berlaku antara Idlan Zuhairi a.k.a Alan (Meerqeen) dan Anne Dahlia (Erysha) selepas lima tahun mendirikan rumah tangga. Mereka kembali bersua apabila abang Anne, Fazlee (lakonan Nik Ri’Faie) meminta bantuan Allan untuk membantu Anne yang terlibat dalam satu masalah.
Dari situ, Alan terbuka hati untuk kembali mencari peluang untuk bersama dengan Anne dan enggan kehilangan Anne untuk kali kedua.
Gara-gara drama ini, penonton mula memahami kebaikan dan kekurangan yang perlu dihadapi pasangan yang mendirikan rumah tangga pada usia muda. Maklumlah, banyak dugaan melibatkan tanggungjawab yang perlu dipikul secara tiba-tiba. Itu belum lagi aspek ego darah muda yang ada pasangan seperti Alan dan Anne.
Menerusi drama Cinta Untuk Sekali Lagi ini juga, rata-rata penonton merasakan watak Anne Dahlia tidak jauh berbeza daripada personaliti sebenar Erysha di luar set. Bagaimanapun, Erysha merasakan masih banyak perbezaan yang wujud antara dirinya dan terutamanya dalam babak di mana Anne mengalami keguguran. Erysha sendiri tidak pernah melalui pengalaman tersebut dan dia perlu benar-benar mendalami watak tersebut.
Menerusi babak itu juga, ramai memuji lakonan Erysha yang perlu mendalami perasaan wanita yang meroyan akibat dugaan hidup. Kongsinya, dia betul-betul perlu menangis sebelum memulakan penggambaran agar perasaan sedih itu sebati dengan dirinya terlebih dahulu demi menjelmakan watak Anne Dahlia.
Terbuktilah, teraju muda seperti Erysha dan Meerqeen juga mampu menggalas watak yang memerlukan kekuatan emosi dan reaksi sekental ini. Haa, siapa kata pelakon muda tidak berbakat? Jahat mulut! Hehe..
Kongsi Erysha, dia telah menerima respon positif daripada peminatnya yang setia menonton Cinta Untuk Sekali Lagi sehingga ke episod terakhir. Sekali lagi, Erysha menjelaskan chemistry yang wujud antaranya dengan Meerqeen hanya sekadar di set penggambaran dan tiada perasaan cinta yang terbawa-bawa ke luar set seperti yang digosipkan peminat.
Setiap kali Erysha berlakon setiap kali itu jugalah korang gosipkannya. Penat member jadinya.
Apapun, satu perkara yang korang tidak boleh pertikaikan adalah keberkesanan lakonan Erysha dalam drama-drama terbitan Astro Malaysia. Erysha sendiri gemar menonton semula momen lakonannya di aplikasi Astro Go.
Semudah key in nama pelakon sepertinya dalam kotak carian, kesemua drama dan filem yang pernah dibintangi oleh Erysha terus muncul pada skrin untuk korang pilih dan seterusnya binge-watch. Antaranya termasuklah program Sepahtu Reunion Live.
Kalau korang tak tahu, Erysha pun pernah menjayakan slot jemputan di program Sepahtu Reunion Live tau! Walaupun tidak bergelar seorang pelawak, Erysha menerima pelawaan produksi demi mempelbagaikan lagi diskografi seninya. Di hadapan penonton siaran langsung, Erysha perlu bertindak spontan dengan babaknya tanpa sebarang dialog.
Kalau korang nak tonton aksi Erysha melayan kerenah grup Sepahtu itu atau menonton mana-mana program lain yang pernah disiarkan di platform Astro, jom usha secara On Demand dan strim di Astro Go, pada bila-bila masa dan di mana saja korang berada.
Tonton juga temu bual penuh Erysha Emyra ini di saluran YouTube Astro Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source