Musim haji tahun ini membawa berita duka dengan peningkatan jumlah kematian sehingga hampir 1300 orang kalangan jemaah haji.
Sebenarnya kenapa kejadian sebegini berlaku?
Punca utamanya ialah cuaca panas melampau yang menjadi musuh utama jemaah haji.
Bayangkan mereka berjalan di bawah terik matahari dengan suhu mencecah lebih 50 darjah Celsius. Itulah realiti yang dihadapi oleh jemaah haji tahun ini.
Di Arab Saudi, suhu mencecah sekitar 52 darjah Celsius semasa lima hari terakhir ibadah haji yang berakhir pada 18 Jun. Ini merupakan rekod tertinggi dalam tempoh 20 tahun menurut data dari Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi.
Suhu panas melampau ini telah menyebabkan ramai jemaah mengalami dehidrasi, strok haba, dan keletihan melampau. Lebih daripada 2,700 kes strok haba dilaporkan pada hari Isnin lepas.
Walaupun pihak berkuasa telah memberikan amaran dan nasihat untuk mengelakkan diri daripada terlalu terdedah kepada panas dan memastikan jemaah minum air yang mencukupi, ramai masih terdedah kepada risiko ini.
Panas yang terik bukan sahaja mencabar fizikal tetapi juga mental jemaah haji.
Malah, ia juga menjadi cabaran bagi jemaah yang merupakan warga emas dan penghidap penyakit kronik.
Ramai jemaah haji terdiri daripada warga emas dan mereka yang menghidap penyakit kronik seperti penyakit jantung dan diabetes. Keadaan fizikal mereka yang lemah menjadikan mereka lebih mudah terjejas oleh cuaca ekstrem dan aktiviti fizikal yang berat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, menjelaskan bahawa kebanyakan kematian jemaah haji yang kini berjumlah 14 orang dari Malaysia disebabkan oleh masalah kesihatan seperti penyakit jantung, paru-paru berair dan jangkitan kuman pada darah.
Kerajaan Arab Saudi juga memiliki kekurangan dari sudut fasiliti dan bantuan perubatan.
Ramai diantara jemaah haji yang memerlukan rawatan perubatan segera tetapi bantuan sampai lambat. Inilah yang berlaku kepada sebahagian jemaah haji.
Kekurangan fasiliti dan akses kepada rawatan perubatan yang mencukupi menambah risiko kematian. Ambulans yang tiba lewat dan bantuan perubatan yang tidak mencukupi menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk.
Jemaah yang memerlukan rawatan segera terpaksa menunggu dan ini boleh menjadi perbezaan antara hidup dan mati.
Pengurusan logistik yang lemah juga menyumbang kepada peningkatan jumlah kematian. Jemaah haji terpaksa berjalan jauh di bawah panas terik kerana halangan jalan dan pengurusan pengangkutan yang tidak efisien.
Keadaan ini menambah tekanan fizikal kepada jemaah yang sudah sedia lemah dan penat. Mereka terpaksa berjalan kilometer demi kilometer dalam keadaan panas melampau, tentu sekali ia satu pengalaman yang melelahkan dan membahayakan.
Sebahagian jemaah mungkin kurang persediaan dan kesedaran tentang risiko yang bakal dihadapi semasa menunaikan haji dalam keadaan cuaca ekstrem.
Malah, menurut Agensi Berita Saudi, kebanyakan kematian melibatkan jemaah haji yang tidak berdaftar dan tidak mempunyai kebenaran untuk menyertai ibadah tersebut.
Marilah kita mendoakan agar roh mereka yang telah meninggal dunia ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beramal soleh. Al-Fatihah.
Oleh: Azizul Farhan
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source