Perjalanan untuk menjadi usahawan yang berjaya bukan satu jalan lurus. Sama seperti perjalanan ke destinasi, melalui lebuh raya pun ada liku-likunya, kadangkala trafik sesak, ada yang kemalangan.
ARTIKEL BERKAITAN : Bermula Dengan Percutian Di Jeju, Wanita Ini Kini Usahawan Pelancongan Berjaya Korea
Siapa yang sangka, juru x-ray pemilik nama Siti Noor Sabrina Sobri yang berasal dari kampung akhirnya berjaya menempa nama gah di seluruh Malaysia apabila dia nekad berhenti kerja dan memulakan perniagaan sendiri di bawah jenama MAMASAB Bakery.
Lebih mengagumkan, hanya dengan menjual kek, Sabrina berjaya mencipta fenomena hingga menaut keuntugan jutaan ringgit dan kini bergelar jutawan setelah keenakan dan kualiti premium disetiap potogan kek miliknya menjadi tular di kalangan wargamaya.
Minat Penyediaan Pastri Punca ‘Lahirnya’ MAMASAB Bakery
Sabrina berkata, semuanya bermula daripada minat menyediakan pastri, antara titik tolak awal bagaiana tercetusnya perniagaan bakeri, Mamasab di bawah syarikat Mamasab International Sdn Bhd.
Bermula dengan berniaga di rumah secara kecil-kecilan di Taman Medan, Petaling Jaya (PJ), jenama itu akhirnya memiliki cawangan pertama juga terletak di kawasan sama pada 2017.
Setakat ini, jenama milik bumiputera itu sudah memiliki 151 ribu ejen berdaftar dari seluruh negara. Selain pejabat urusan berpengkalan di PJ, lima kilang termasuk di ibu kota, Johor dan Kelantan menjadi mercu tanda kejayaan.
“Awalnya ia bermula dengan rangkaian 10 inovasi produk bakeri termasuk manisan seperti brownies, durian crepe dan congo bar. Tapi syukur kini, sudah lebih 50 produk dihasilkan termasuk kecantikan.
“Sebelum bertukar nama Mamasab pada 2018, nama asal perniagaan saya ialah Sabrina Bakery. Saya sendiri tak pernah terfikir mampu bergelar jutawan dan berkongsi rezeki itu dengan ramai orang.
Sabrina Mula Dari Bawah, ‘Zero Knowledge’ Tentang Perniagaan
“Saya pun bukan datang daripada keluarga yang bertunjangkan perniagaan. Hanya orang kampung biasa-biasa saja. Saya tak pernah terfikir meninggalkan kerjaya juru X-ray membuka laluan rezeki besar,” katanya.
Jelas Sabrina lagi, nama perniagaannya yang kini dikenali seluruh pelosok Malaysia itu terbit hasil hubungan baik dengan ejen.
“Pelanggan dan ejen suka memanggil saya mama. Malah nama Sabrina juga dipendekkan menjadi Sab. Maka tercetuslah nama Mamasab. Saya ini umpama mak kepada ejen khususnya. Mereka umpama anak saya.
“Panggilan dan nama itu yang buat hubungan terjalin jadi lebih akrab. Ia tidak semata-mata hubungan pengasas produk dan ejen. Sebarang masalah berbangkit membabitkan ejen, saya selesa bawa ia ke meja perbincangan.
“Macam kita selesaikan hubungan dalam kekeluargaan. Hubungan akrab itu juga antara intipati dan kekuatan. Ia sangat manis, saya sama-sama mahu ejen juga bina kejayaan dan bangkit dari apa saja yang menjatuhkan,” katanya.
Meski Perniagaan Terjejas Akibat COVID-19, Tak Bantutkan Niat Berjaya Dalam Perniagaan
Sabrina pada masa sama tidak menafikan pandemik COVID-19 dua tahun lalu turut membantutkan perniagaannya.
“Lalu terhasilah inisiatif mewujudkan sistem mini hub untuk berniaga secara offline. Selama ini termasuk waktu PKP, perniagaan 100 peratus berpaksikan dalam talian.
“Tapi saya sedar ada ejen yang tidak pandai berniaga secara online. Ada yang segan nak buat lintas langsung atau bercakap depan kamera. Pendek kata skil mereka terbatas.
“Mini hub ini membantu ejen saya berniaga offline dan ia sebagai alternafif. Mini hub ini boleh dibuka di mana-mana tempat, rumah atau kedai bersesuaian dengan bermodalkan RM400 sahaja,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Sabrina berkata selama ini perniagaannya berpaksikan pemasaran dengan ‘zero cost’.
Namun, kini jenama itu berfikir perlu melaburkan wang untuk terus meningkatkan jualan termasuk menaikkan papan iklan di sepanjang lebuh raya.
“Dalam usaha untuk terus terbang tinggi, kena laburkan sejumlah wang. Pemasaran dengan ‘zero cost’ sudah tidak relevan lagi terutama selepas era pandemik.
“Kami perlu melakukan sesuatu untuk ‘boost’ jualan. Justeru, kami menaja 30 papan iklan bagi master stokis terpilih. Tapi secara keseluruhan ada lebih 200 papan iklan akan dinaikkan bermula hujung bulan ini secara berperingkat.
“Papan iklan ini bukan sekadar dihiasi wajah saya. Tapi wajah ejen juga akan menghiasi papan iklan. Saya percaya kena ada gabungan pengasas dan ejen sebegitu untuk berjaya. Tak boleh muka pengasas saja yang glamor, ejen pun perlu diketengahkan.
“Insya-Allah menjelang 2025, kita nak capai sasaran jualan RM1 bilion ” katanya yang berjaya menghasilkan jualan sebanyak 162 juta ringgit pada tahun 2021.
Semoga kisah pemilik MAMASAB ini menjadi inspirasi kepada remaja dan anak muda luar sana. Jangan takut mengejar angan-angan kerana dari angan-angan mampu menjadi kenyataan.
Untuk rekod artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source