“Sumpahan Ikan Tapah Keturunan Pak Kaduk.”
Oleh: Azizul Farhan
Ada seorang kawan saya yang risau sangat nak makan Ikan Tapah. Sebabnya keturunan dia berasal dari Perak. Saya pun cari keturunan mana yang tak boleh makan ikan ni. Rupanya keturunan Pak Kaduk.
Ada kisah menarik kenapa keturunan Pak Kaduk ni tak boleh makan Ikan Tapah.
Semasa zaman pemerintahan Sultan Muzafar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Mansur Shah, seorang pemuda berketurunan Raja daripada Siak, Sumatera bernama Kaduk berhijrah ke Kampung Pulau, Lambor Kiri di tepi Sungai Perak.
Pak Kaduk pun berkahwin dengan orang sana dan menetap terus di Lambor.
Pada satu hari, Pak Kaduk terserempak dengan seekor ular yang gonggong telur ayam. Ular tu tinggalkan telur tu dan larikan diri.
Pak Kaduk ambil telur tu dan telur tu jadi ayam sabung yang power dan selalu menang sabung dinamakan sebagai Biring Si Kunani. Pembesar istana semuanya takut dengan ayam sabung Pak Kaduk.
Akhirnya berita pasal ayam sabung Pak Kaduk ni sampai ke telinga sultan. Baginda cabar Pak Kaduk sabung ayam ikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh sultan.
Syaratnya ialah ayam Pak Kaduk kena ditukar dengan ayam Sultan yang bernama Si Jalak Putih Mata. Kampung dan isi rumah Pak Kaduk jadi pertaruhan.
Di pihak sultan pula, Pak Kaduk akan diberikan sebahagian kuasa memerintah dan kawasan negeri Perak kalau ayam sultan kalah.
Tanpa fikir panjang Pak Kaduk terima syarat tersebut. Akhirnya, ayam Pak Kaduk yang ditukarkan dengan Sultan menang.
Pak Kaduk pun bersorak sakan kerana ayamnya menang. Dia lupa ayam tu dah jadi milik Sultan. Setelah pengumuman dibuat barulah Pak Kaduk sedar dia dah kena scam dengan Sultan.
Maka Pak Kaduk terpaksa serahkan kampungnya, isteri dan anak perempuannya kepada Sultan.
Pak Kaduk hanya tinggal sehelai sepinggang dan seekor kucing kerana masa sultan ambil pertaruhan, kucing tersebut tiada di rumah, kalau tak semuanya akan jadi milik Sultan.
Pak Kaduk pun tinggal di sebuah pulau di tebing Sungai Perak.
Sambil Pak Kaduk mengelamun, kucingnya datang dan mengiau-ngiau seakan memberitahu sesuatu.
Pak Kaduk pun ikut kucing tu ke tepi tebing sungai. Apa yang didapatinya ialah seekor ikan tapah yang besar.
Pak Kaduk pun tak tau nak buat apa dengan ikan tu. Tiba-tiba Burung Kakak Tua atas pokok berbunyi “Blah pruut… blah pruut….”
Pak Kaduk pun belah perut ikan Tapah tersebut dan keluarlah emas dengan banyak.
Kemudian Pak Kaduk jahit balik perut ikan Tapah tu dengan jarum patah dan berbenang urat batang pisang lalu melepaskan ikan tu balik semula ke sungai.
Masa inilah Pak Kaduk bersumpah: “Mulai hari ini dan kehadapan, aku tak menyabong lagi, dan aku, anak isteri aku, cucu-cicit aku, piyat-piyut aku, empas-empas endaun, entahkan ia entahkan bukan tidak boleh memakan, menganiaya atau mengkianati akan Ikan Tapah.
Barangsiapa melanggar sumpah ku, akan mendapat sakit gatal, melecur dan bengkak-bengkak, kiranya tahan badan tidak selamat hidupnya…”
Pak Kaduk pun mengadap Sultan dan tebus kampung dan anak isterinya dan bakinya disimpan untuk menyara hidupnya dan sebahagian lagi dibawa ke Kampar untuk dijadikan barangan perhiasan.
Kalau ada keturunan Pak Kaduk yang terkena sumpahan tu, maka ubatnya ialah dengan menyapu atau minum air yang direndam Kerongsang Emas Tapah sebagai penawar bisa sumpahan.
___
Mitos di Alam Melayu ni memang unik dan kadang-kadang sebenarnya ia berkait rapat dengan tatacara kehidupan masyarakat kita dulu-dulu.
Sebab tu korang kena dapatkan ILMU ALAM MELAYU: MISTIK, MANUSKRIP DAN MITOLOGI. Dapatkan sekarang!
https://s.shopee.com.my/9pLbfMv5mO
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source