Julung-julung kali diadakan, Parenting Summit Himpunan Ibu Bapa dan Pendidik Hebat 2025 pada Sabtu lalu di De Palma Hotel, Shah Alam telah berlangsung dengan jayanya.
Seminar yang menghimpunkan lebih seribu penyertaan ini dianjurkan oleh Pa&Ma dengan kerjasama Simpan SSPN yang menggalakkan penyertaan ibu bapa dalam berkongsi ilmu keibubapaan sekaligus tabungan masa depan anak-anak.
Menariknya acara ini dijalankan secara serentak menerusi dalam talian dengan penyertaan lebih 500 peserta.
Acara dimulakan dengan kata-kata aluan oleh hos yang cukup bertenaga, Mimie Haris yang berjaya membawa energi positif buat semua ibu bapa yang hadir.
Seminar keibubapaan hebat ini dihadiri oleh YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN sekaligus merasmikan majlis pada hari berkenaan.
Turut hadir YBrs En. Syamil Fahim Mohamed Fahim, Ketua Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan YBrs. En Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN serta Puan Wan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan PTPTN.
Tidak ketinggalan juga Puan Rina Abd Rahman, Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat serta En. Shahir Rahim, Penolong Editor Pengurusan Grup Family & Parenting.
Selepas merasmikan, video paparan pelbagai aktiviti Pa&Ma bersama Simpan SSPN turut dikongsikan sebagai simbolik perasmian pada hari berkenaan.
Perkongsian panel-panel hebat
Paling menarik pastinya perkongsian dari panel-panel hebat dan berkaliber serta berpengalaman yang sarat dengan ilmu keibubapaan.
Antara panel yang turut mengambil bahagian dalam Parenting Summit ini adalah Penceramah Bebas, Ustazah Asma Harun, Pakar Motivasi, Dr Tengku Asmadi serta Madam Roszlinda Sham yang turut berkongsi tip dan ilmu kepimpinan anak hebat.
Madam Arnie dari Happy Hive tidak kurang hebatnya bersama pengacara tersohor Ally Iskandar yang tampil berkongsi tip ‘Bila Anak Berbohong. Kupasan dan olahan yang cukup menarik untuk ilmu buat ibu bapa.
Doktor selebriti kongsi kisah kesihatan
Seterusnya doktor selebriti, Dr Say Shazril tampil bersama isterinya, Dr Azura Abbas yang turut sama berkongsi kisah kesihatan anak-anak.
Dr Say juga turut berkongsi penggunaan media sosial pada anak-anak serta yang sedang membesar dan kesannya kepada perkembangan mereka.
Selain Dr Say, kemunculan ikon keibubapaan, Dr Sheikh Muszaphar antara yang dinantikan oleh semua. Pada petang itu, Dr Sheikh Muszaphar turut berkongsi tip bagaimana ibu dan bapa seharusnya membuat sasaran pada pembelajaran anak-anak yang semakin membesar. Juga tidak ketinggalan tip dan perkongsian menarik penggunaan gajet pada anak-anak.
Dr Malar juga tidak kurang hebatnya bila tampil dengan topik kesihatan anak secara menyeluruh dari aspek pemakanan, tumbesaran fizikal, waktu tidur yang cukup dan sebagainya. Perkongsian Dr Malar yang santai sememangnya cukup dekat dengan peserta yang bersilih ganti bertanyakan soalan.
Simpan SSPN dekat di hati ibu bapa, simpanan masa depan anak-anak
Slot bersama Simpan SSPN dengan menampilkan Ketua Eksekutif PTPTN, En Ahmad Dasuki Abdul Majid tidak kurang hebatnya.
En Ahmad Dasuki berjaya membuka mata ibu bapa dan peserta yang hadir berkenaan perancangan kewangan dalam menjamin masa depan pendidikan anak-anak yang lebih cerah.
Sepanjang sesi itu, En Ahmad Dasuki juga turut menjawab pelbagai pertanyaan bukan hanya peserta di dalam dewan bahkan juga menerusi dalam talian.
Awal Ashaari penutup paling gamat
Kemunculan pengacara hebat, Awal Ashaari dihujung seminar ini menggamatkan suasana dini hari. Awal turut berkongsi kisah dua anak perempuannya, Lara dan Lila serta cara didikannya bersama isteri, Scha Al-Yahya.
Melalui perkongsian itu, Awal dan isterinya memilih cara yang lebih tegas namun dengan penerapan kasih sayang dan memanjakan kedua anak mereka dengan dua karakter berbeza. Awal juga turut ‘sporting’ melayan setiap peserta dengan pelbagai soalan menarik dari mereka.
Cabutan istimewa raikan peserta
Para peserta tidak pulang dengan tangan kosong sebaliknya Cabutan Istimewa turut diadakan menerusi tiga sesi. Peserta bertuah berpeluang membawa set meja dan kerusi belajar Impact Ergo-Growing bernilai RM2800 serta beberapa hadiah lain termasuklah hadiah berupa akaun Simpan SSPN, Car Seat FIGOFIX tajaan TATEH, Double Tree Resort Hotel Penang, Fox Hotel Glenmarie, Dorset Grand Subang, perkakasan elektrik serta banyak lagi.
Tidak hanya peserta di dalam dewan Seminar, bahkan peserta menerusi atas talian juga turut membawa pulang hadiah. Antaranya termasuk hadiah berupa sejadah Nawaitu, pam susu elektrik bernilai RM300, barangan elektrik serta pemenang utama membawa pulang car seat tajaan Joie bernilai RM2000.
Booth PTPTN & Booth Produk Keibubapaan
Sepanjang seminar ini, para peserta di dewan turut berpeluang melawat ke booth-booth menarik yang terdapat di ruang lobi. Antara booth yang turut serta adalah Awfatech, Simpan SSPN dan pelbagai produk lain.
Seminar Parenting Summit Himpunan Ibu Bapa dan Pendidik Hebat ini pastinya menjanjikan yang terbaik buat semua ibu bapa dalam membesarkan anak-anak.
Download seeNI sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source