Mesti ramai tahu sukan drift ni didominasi oleh lelaki. Tapi siapa sangka, di tengah-tengah konflik Palestin yang penuh sekatan dan pos kawalan tentera, ada sekumpulan wanita yang berani melawan arus.
Mereka dikenali sebagai The Speed Sisters, pasukan perlumbaan wanita pertama di Timur Tengah yang membuktikan bahawa impian tak mengenal batasan jantina, budaya atau situasi politik.
The Speed Sisters bukan sekadar nama yang muncul dalam dunia perlumbaan, tetapi mereka adalah simbol keberanian dan ketahanan wanita Palestin.
Pasukan ini secara rasmi ditubuhkan pada tahun 2009 dengan sokongan Konsulat British di Baitulmaqdis yang membekalkan mereka sebuah kereta lumba untuk bersaing dalam kejohanan profesional di Tebing Barat.
Namun, sebelum itu, sejak tahun 2005 lagi, ahli-ahli pasukan ini sudah bertanding dalam perlumbaan melawan pelumba lelaki, mencipta nama mereka sebagai pelumba wanita pertama dari Palestin.
Antara mereka yang membentuk pasukan ini ialah Maysoon Jayousi, ketua pasukan dari Baitulmaqdis yang sudah lama jatuh cinta dengan dunia permotoran, serta Mona Ali, pelumba dari Ramallah yang merupakan antara wanita pertama yang memberanikan diri berlumba di litar yang dipenuhi lelaki.
Turut menganggotai pasukan ini ialah Marah Zahalka, seorang juara perlumbaan yang mula menyertai kejohanan sejak berumur 19 tahun, dan Nour Daoud, pelumba yang terkenal dengan gaya pemanduan agresifnya.
Selain itu, pasukan ini juga mempunyai Betty Saadeh, satu-satunya ahli dari Bethlehem yang berasal dari keluarga berada, serta Sahar Jawabra, ahli terbaru mereka yang memakai hijab tetapi tetap garang di litar perlumbaan.
Namun, perjalanan mereka tidak semudah pelumba lain di dunia. Bukan sahaja mereka terpaksa berdepan dengan persepsi masyarakat yang menganggap lumba kereta hanya untuk lelaki, tetapi mereka juga berdepan dengan realiti kehidupan di bawah pendudukan.
Di Palestin, tiada litar lumba rasmi, jadi mereka terpaksa menggunakan kawasan terbuka seperti pasar, lapangan terbang lama, dan tanah lapang berdekatan pos kawalan tentera sebagai trek latihan mereka.
Bayangkan betapa sukarnya untuk mereka berlumba dalam keadaan sebegitu, apatah lagi dengan sekatan jalan dan gangguan daripada pihak berkuasa.
Pernah berlaku satu kejadian di mana sesi latihan mereka terganggu apabila salah seorang ahli pasukan terkena tembakan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh tentera Israel.
Tetapi semua cabaran ini tidak pernah mematahkan semangat mereka. Dengan penuh semangat, mereka terus berlumba dan membuktikan kepada dunia bahawa wanita Palestin juga boleh menguasai sukan ini.
Mereka bukan sahaja mendapat perhatian dalam kalangan peminat lumba kereta, tetapi juga menarik minat dunia perfileman. Pada tahun 2015, kisah mereka diangkat ke layar perak menerusi sebuah dokumentari bertajuk “Speed Sisters”, yang ditayangkan di Festival Filem Cannes.
Filem ini merakamkan perjalanan pasukan ini dalam menempuh cabaran sebagai pelumba wanita dalam persekitaran yang tidak menyokong mereka. Ia turut menampilkan aspek realiti kehidupan di bawah pendudukan dan bagaimana sukan boleh menjadi bentuk kebebasan bagi mereka.
Apa yang membuat The Speed Sisters begitu istimewa bukan sahaja kerana mereka adalah pelumba wanita pertama dari Palestin, tetapi juga kerana mereka berani bertarung dalam dunia yang hampir mustahil untuk mereka sertai.
Mereka membuktikan bahawa sukan ini bukan eksklusif untuk lelaki dan bahawa wanita boleh berdiri sama tinggi dengan mereka. Walaupun berdepan dengan sekatan dan kekangan, mereka tetap mencari jalan untuk berlatih dan bertanding, menunjukkan semangat juang yang luar biasa.
Dalam dunia yang sering meragui keupayaan wanita, The Speed Sisters adalah bukti bahawa semangat dan keberanian boleh mengatasi segala halangan.
Mereka bukan sekadar pelumba, tetapi simbol perjuangan, kebebasan, dan impian yang tidak boleh dipadamkan oleh sesiapa pun.
Dalam dunia yang masih mempersoalkan keupayaan wanita dalam bidang tertentu, pasukan ini telah pun membuktikan bahawa mereka bukan sekadar mampu berlumba, tetapi mampu menakluk dunia permotoran dengan cara mereka sendiri.
___
Untuk korang yang nak tahu sejarah lengkap Palestin dari seawal kisah Bumi Anbiya’ hingga ke konflik Tufan Al-Aqsa, dapatkan sekarang buku PALESTIN: DARI SUNGAI KE SEGARA sementara stok masih ada!
Buku ni dah hampir 5000 cetakan tak sampai sebulan!
https://s.shopee.com.my/60BgpX7SwG
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source