Ajak Shiro bantu bomba, pujuk lelaki stres cuba bunuh diri atas bumbung bangunan Menara LPP
Penyampai radio, Ajak Shiro bantu bomba untuk memujuk seorang lelaki daripada cubaan membunuh diri di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Jalan Sultan Salahuddin, di sini, pagi, hari ini.
Memetik portal FMT, Bomba Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kira-kira 10.23 pagi daripada lelaki terbabit yang memaklumkan keberadaannya itu.
Menurutnya, anggota bomba menerima panggilan telefon itu cuma memujuk lelaki terbabit yang turut memohon bercakap dengan Ajak atau nama sebenarnya Hanaffi Razak dan mendakwa kenalannya.
“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian pada 10:32 pagi, mangsa berada di hujung bangunan tingkat 11 dan sukar mendekati mangsa kerana dia memegang parang.
“Mangsa akhirnya berjaya dipujuk oleh anggota bomba dengan bantuan selebriti tanah air tersebut yang turut hadir ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.
Lelaki itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Operasi menyelamat membabitkan balai bomba dan penyelamat Sentul dan Sri Hartamas.
Ajak Shiro bantu bomba pujuk lelaki bersenjata
Sementara itu, Ajak ketika dihubungi berkata, dia tidak mengenali lelaki tersebut, namun cuba memberi kerjasama sebaik sebaik dimaklumkan pihak bomba ada individu ingin membunuh diri mahu bercakap dengannya.
Ajak berkata, sebaik dimaklumkan perkara itu oleh pihak bomba dia bergegas ke lokasi kejadian sambil bercakap dengan individu itu sepanjang dalam perjalanan.
“Saya tak tahu kenapa dia mahu bercakap dengan saya. Tapi mungkin sebab dia tahu saya mempunyai perniagaan, jadi mungkin dia nak dibantu.
“Ketika pihak bomba hubungi, saya dapat bercakap dengan lelaki itu dari konti radio sehinggalah di dalam kereta sambil memandu ke tempat kejadian.
“Apabila saya tiba di tempat kejadian, saya nampak dia berada di hujung bangunan tingkat 11 sambil memegang senjata tajam kerana bimbang pihak berkuasa akan menahannya.
“Namun, saya maklumkan dia perlu menjauhkan senjata itu supaya saya boleh datang untuk berbincang dan memujuknya. Alhamdulillah dia berjaya mengawal kemarahan dan diserahkan kepada pihak polis,” katanya.
Artikel lain: Restoran kedua bakal dibuka, Ajak Shiro serah gaji dan keuntungan kepada Ebby Yus
Menurut Ajak, tindakan pantas dan usaha menyelamatkan individu yang mahu membunuh diri bukanlah satu perkara yang wajar dibanggakan kerana enggan perkara sama dilakukan oleh pihak lain.
Pun begitu, Ajak bersyukur kerana dapat melakukan sesuatu perkara menyelamatkan nyawa orang tidak dikenali.
“Cuma saya rasa syukur kerana dapat tenangkan individu berkenaan yang mungkin stres dan tertekan dengan masalah peribadi,” katanya lagi.
Sumber: FMT, FB Buletin Malaysia, Harian Metro (Najiy Jefri)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Source