Macau Ni Bawah China Ke?
Bila sebut Macau, ramai yang terbayang kasino-kasino besar dan suasana ala-ala Las Vegas di Asia. Tapi, bila bercakap pasal status Macau, ada yang masih tertanya-tanya. Macau ni negara sendiri ke atau sebenarnya bawah China?
[Sejarah Macau: Jajahan Portugal Selama 442 Tahun]
Macau bukan macam wilayah lain di China. Kawasan ini dahulu dijajah oleh Portugal selama 442 tahun. Sejak tahun 1557, Macau menjadi pos perdagangan utama Portugal di Asia.
Malah, pada tahun 1887, Portugal memperoleh hak kolonial sepenuhnya ke atas Macau melalui Perjanjian Beijing.
Namun, selepas Revolusi Carnation di Portugal tahun 1974, kerajaan Portugal mula berhasrat untuk melepaskan Macau.
Pada tahun 1987, Portugal dan China mencapai persetujuan untuk menyerahkan kembali Macau kepada China pada tahun 1999.
Maka, pada 20 Disember 1999, Macau secara rasmi kembali ke pangkuan China, menamatkan lebih empat abad pemerintahan Portugis di tanah Asia.
[Macau Bawah China, Tapi Ada Autonomi Sendiri]
Walaupun Macau kini berada di bawah China, ia diberikan status khas sebagai Wilayah Pentadbiran Khas China atau Special Administrative Region (SAR), sama seperti Hong Kong.
Ini bermaksud bahawa walaupun Macau secara rasmi merupakan sebahagian daripada China, ia masih memiliki sistem pemerintahan sendiri.
Konsep yang diterapkan adalah “Satu Negara, Dua Sistem” di mana Macau mempunyai mata wang sendiri iaitu Pataca Macau (MOP).
Selain itu, Macau juga mengekalkan sistem perundangannya sendiri yang berasaskan sistem perundangan Portugis.
Ia turut mempunyai sistem imigresen sendiri, di mana penduduk China perlu memohon permit untuk memasuki Macau.
Macau juga mempunyai seorang Ketua Eksekutif yang dilantik oleh jawatankuasa khas, namun bagi hal-hal berkaitan pertahanan dan hubungan luar, kawalannya masih terletak di bawah kerajaan pusat China.
[Kenapa Macau Tak ‘Rebel’ Macam Hong Kong?]
Satu perbezaan ketara antara Macau dan Hong Kong ialah sikap rakyat terhadap China.
Hong Kong yang dahulunya dijajah British lebih maju dan memiliki identiti tersendiri yang kuat.
Ramai rakyat Hong Kong merindui zaman pemerintahan British kerana sistem pendidikan, ekonomi dan kebebasan yang mereka nikmati dahulu.
Namun, di Macau, keadaannya berbeza. Penjajahan Portugal tidak begitu memberi kesan mendalam terhadap identiti penduduknya.
Bahasa Portugis semakin kurang digunakan kecuali dalam dokumen rasmi. Majoriti penduduk Macau, sekitar 90% terdiri daripada orang Cina Kantonis lebih cenderung menerima pemerintahan China kerana mereka tidak mempunyai nostalgia terhadap zaman pemerintahan Portugal seperti mana rakyat Hong Kong terhadap British.
Selain itu, ekonomi Macau sangat bergantung kepada sektor pelancongan dan kasino dengan pelanggan terbesar mereka adalah pelancong dari China.
Oleh sebab itu, rakyat Macau lebih bersikap santai dan tidak menunjukkan pemberontakan terhadap Beijing seperti yang sering berlaku di Hong Kong.
[Apa Yang Berubah Selepas Macau Kembali ke China?]
Walaupun banyak aspek kekal sama, terdapat juga beberapa perubahan besar selepas Macau diserahkan kepada China.
Dari segi ekonomi, Macau menjadi pusat perjudian terbesar di dunia, mengalahkan Las Vegas. Pendapatan daripada kasino melonjak naik selepas dasar pelancongan China dilonggarkan.
Dari segi bahasa, Bahasa Portugis semakin dilupakan walaupun masih diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Kebanyakan penduduk lebih selesa menggunakan Kantonis dan Mandarin.
Pengaruh China juga semakin kuat di Macau. Walaupun ia mempunyai autonomi, Macau semakin bergantung kepada China dari segi ekonomi dan politik.
Selain itu, kemasukan rakyat China ke Macau semakin mudah kerana sekatan yang dikurangkan menjadikan bandar ini pusat tumpuan pelancong dari tanah besar.
[Macau Tetap Bawah China]
Jadi, ya. Macau memang berada di bawah China, tetapi dengan status istimewa sebagai Wilayah Pentadbiran Khas.
Sehingga kini, Macau masih menikmati kebebasan tertentu, namun pengaruh China semakin kuat dari hari ke hari.
Macau mungkin tidak ‘sekeras’ Hong Kong dalam menolak Beijing, tetapi statusnya sebagai salah satu permata ekonomi China memastikan ia terus menjadi pusat pelancongan dan perjudian utama dunia.
___
Nak tahu keagungan tamadun China dari zaman Dinasti hingga kini? KITAB TAMADUN CINA ada jawapannya! Dapatkan segera dan selami sejarah hebat ni!
https://s.shopee.com.my/AUecfOGpBh
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source