Pak Cik OKU Tular Dipukul Sekumpulan Individu, Selamat Tunai Umrah
Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang tular akibat dipukul sekumpulan individu di pasar pagi di Padang Astaka Chukai baru-baru ini, selamat tiba di Makkah untuk menunaikan umrah.
Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, atau lebih dikenali sebagai Paijang, bersama dua anaknya, Nurul Farhana dan Ahmad Faris, tiba di tanah suci pada Selasa.
ARTIKEL BERKAITAN: “Sakit Dada Tengok, Sumbat Semua Dalam Lokap” -Intan Najuwa Kecam Tindakan Pak Cik OKU Dipukul Beramai-Ramai
Perkembangan tersebut dikongsikan menerusi hantaran video di laman Facebook syarikat pengendali haji dan umrah, Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd.
Bapa kepada lima anak itu meluahkan keterujaannya dalam menunaikan ibadah umrah buat kali pertama yang ditaja oleh Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd.
Paijang turut berharap agar kesihatannya bertambah baik setelah pulang ke tanah air.
“Ini kali pertama saya berpeluang untuk menunaikan umrah dan kali pertama juga melalui pengalaman menjejak kaki ke luar negara.
“Saya harap dapat diberikan kesihatan yang baik sepanjang mengerjakan umrah. Saya juga mahu berdoa di tanah suci agar ALLAH kurniakan kesihatan yang bertambah baik kepada saya dan ahli keluarga saya.
“Semoga saya dan anak-anak dikurniakan umrah yang mabrur dan semoga ALLAH SWT kabulkan segala doa saya,” katanya kepada pemberita.
Sementara itu, anak perempuannya turut berkongsi kegembiraannya dapat bersama bapanya menunaikan umrah.
“Alhamdulillah, di sebalik rezeki abah yang dapat tajaan, turut terselit rezeki saya.
“Saya tak sangka dapat tunaikan ibadah umrah pada usia yang masih muda dan ia ditaja pihak yang baik hati,” ujar Nurul Farhana.
Dengan kesempatan yang diberikan ini, mereka berharap agar ibadah umrah yang dilaksanakan mendapat keberkatan dan doa-doa mereka dimakbulkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Facebook
The post Pak Cik OKU Tular Dipukul Sekumpulan Individu, Selamat Tunai Umrah appeared first on Remaja.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source