Abang menyusul selepas datuk, 2 adik maut kebakaran di Labuan

PETALING JAYA: Seorang lagi mangsa kebakaran rumah teres dua tingkat di Taman Lazenda Villa 2, Labuan, kira-kira 12 tengah malam tadi meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Labuan, menjadikan keseluruhan empat terkorban.
Ketua Polis Labuan, Mohd Hamizi Halim, berkata pihaknya baru dimaklumkan mengenai mangsa keempat itu.
“Info terkini yang diterima seorang lagi mangsa kanak-kanak lelaki disahkan meninggal dunia di hospital pada 10 pagi tadi,” katanya menurut Sinar Harian.
Mangsa keempat ialah Shayven Keinth Chonh Shahmioom, 12.
Terdahulu, polis mengesahkan kebakaran itu membabitkan sembilan mangsa, dengan tiga daripadanya maut, dua lagi dirawat di hospital dan selebihnya selamat.
Hamizi dilaporkan berkata, lima mangsa termasuk empat kanak-kanak terperangkap dalam rumah.
“Ketika ditemui, empat kanak-kanak tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri di tingkat atas, dipercayai terhidu asap tebal. Turut ditemui jasad seorang lelaki dewasa dalam keadaan rentung di bahagian dapur,” katanya sambil menambah punca kebakaran masih dalam siasatan.
Akhbar itu melaporkan Morris Chong Hoon Cheung, 65, ditemui rentung, manakala Shahwin Kind Chong, 11, dan adik perempuannya, Shayviann Kyrona Ruby, 8, meninggal dunia ketika menerima rawatan awal di lokasi.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source