Bapa reda tak salahkan sesiapa, tercekik gula-gula ‘gummy’ hanya asbab Allah jemput Fahmi – Oh My Media
Bapa kepada Allahyarham Mohamad Fahmi Hafiz, 10, yang maut akibat tercekik gula-gula ‘gummy’ reda dan tidak berhasrat untuk memanjangkan kes berkenaan atau menyalahkan sesiapa berikutan kejadian yang berlaku terhadap anak mereka.
Bapa Allahyarham, Mohammad Fakhruddin Mohamad Fikri berkata, dia menganggap kejadian menimpa anak sulungnya itu sebagai takdir Allah dan reda dengan ketentuan Ilahi.
Katanya lagi, mereka sekeluarga juga tidak berhasrat untuk membuat sebarang laporan polis untuk tindakan susulan.
Mereka bagaimanapun perlu akur dengan arahan pihak sekolah.
“Kami reda dan anggap ini semua ketentuan ALLAH… Kami memang tak berhasrat untuk memanjangkan kes ini, ikutkan kami tak mahu buat laporan polis.
“Tapi disebabkan kejadian ini berlaku dalam kawasan sekolah, kita kena ikut arahan (untuk buat laporan polis),” katanya ketika ditemui pemberita di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Permatang Binjai dekat Penaga, di sini pada Jumaat.
Artikel lain: Anak hembus nafas terakhir selepas kami reda, bisik syahadah – Bapa kanak2 tercekik ‘gummy’ mata
Bapa reda tak salahkan sesiapa
Memetik laporan Sinar Harian, Mohammad Fakhruddin berkata, sebelum ini anak lelakinya itu tidak pernah membeli atau makan gula-gula getah kenyal berkenaan.
Namun katanya, apa yang berlaku hanyalah asbab kematian anaknya yang sudah menjadi suratan takdir.
“Dia tak pernahlah beli gula-gula tu.. Mungkin dia tak tahu atau kadang-kadang dia ikut kawan-kawan beli.
“Saya tak salahkan makanan macam tu, sebab makanan apa-apa pun mungkin boleh jadi (tercekik)… Kita anggap ni dugaanlah dan saya tak mahu salahkan sesiapa,”katanya lagi.
Dalam pada itu, beliau juga berharap apa yang menimpa anaknya akan menjadi pengajaran buat semua dan tidak berlaku pada kanak-kanak lain.
Jenazah Allahyarham Mohamad Fahmi Hafiz selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Permatang Binjai dekat Penaga, di sini.
Terdahulu, media melaporkan Mohamad Fahmi Hafiz berada dalam keadaan kritikal selepas tercekik gula-gula gummy mata.
Mangsa dikatakan membeli gula-gula kenyal itu di luar kawasan Kelas-Quran dan Fardhu ‘Ain (Kafa), Sungai Dua, Butterworth tanpa pengetahuan keluarga.
Guru bertindak menelefon pihak perubatan selepas mendapati Mohamad Fahmi pengsan ketika hendak ke tandas.
Pihak perubatan berjaya mengeluarkan gula-gula kenyal berkenaan dari mulut kanak-kanak itu, namun mangsa masih tidak sedarkan diri.
Sumber: Sinar Harian (Mohd Iskandar Othman)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source