SPR disaran laksana undi pos buat rakyat Sabah di luar negeri

PETALING JAYA: Ketua PKR Sabah, Mustapha Sakmud menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperkenalkan undi pos kepada rakyat Sabah menetap di luar negeri pada PRN akan datang.
Beliau berkata, undi pos dilaksanakan pada PRU15 untuk rakyat Malaysia menetap di Singapura dan selatan Thailand.
“Langkah ini membuktikan sistem undi pos boleh diperluaskan demi memastikan akses lebih adil kepada semua pengundi.
“Dengan mengambil kira lebih 200,000 rakyat Sabah yang bekerja dan menuntut di Semenanjung Malaysia saja, saya menggesa prinsip sama diterapkan dalam PRN Sabah akan datang,” katanya dalam kenyataan.
Pada 2022, SPR dilaporkan tidak bercadang memperluaskan undi pos kepada pengundi Malaysia Barat di Semenanjung.
Kerajaan Sabah kini mempunyai masa sehingga Oktober ini sebelum Dewan Undang Negeri dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRN.
Ahli Parlimen Sepanggar itu berkata, hak mengundi adalah asas demokrasi, tetapi tambang penerbangan mahal dan kekangan logistik menghalang ramai rakyat Sabah pulang mengundi.
“Walaupun kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk menangani isu ini seperti memperkenalkan subsidi pembelian tiket penerbangan kelas ekonomi sehala melebihi RM599 dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan semasa musim perayaan, penyelesaian jangka panjang masih diperlukan agar rakyat Sabah tidak terbeban untuk pulang mengundi.”
Selain undi pos, Mustapha menyarankan SPR meneroka undi atas talian dengan sistem keselamatan ketat dan mewujudkan pusat pengundian di luar Sabah.
“Dengan cara ini, pengundi Sabah boleh menunaikan hak mereka di pusat mengundi yang ditetapkan di bandar utama di Semenanjung Malaysia dan Sarawak tanpa perlu pulang ke Sabah.”
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source