Anna Jobling Bakal Bintangi Filem Pontianak Harum Sundal Malam 3
Aktres jelita, Anna Jobling, bakal mengikuti jejak langkah pelakon popular, Maya Karin apabila ditawarkan untuk membintangi filem seram ikonik iaitu Pontianak Harum Sundal Malam 3.
Pelakon filem seram Lembayunh itu juga mengungkapkan keterujaannya dalam menjayakan projek hebat tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling Bawa Pulang 3 Trofi, Sekali Lagi Rangkul Gelaran Pemenang Utama #GMWA24
“Saya sangat-sangat teruja. Pontianak Harum Sundal Malam adalah filem seram pertama yang saya tonton sewaktu kecil.
“Watak Maya Karin memang terpahat dalam ingatan saya,” katanya kepada Remaja.
Namun begitu, Anna turut memaklumkan dia masih belum mendapat maklumat lanjut tentang tarikh penggambaran karya tersebut.
“Saya sangat-sangat teruja. Pontianak Harum Sundal Malam adalah filem seram pertama yang saya tonton sewaktu kecil. Watak Maya Karin memang terpahat dalam ingatan saya.
“Tetapi saya sendiri tidak tahu bila filem ini akan jalani penggambaran. Saya nak ulas lebih-lebih pun tak boleh. Kita nantikan saja,” tambahnya ketika ditemui pada acara Gempak Most Wanted Awards 2024.
Sebelum ini, bekas peserta Dewi Remaja itu juga pernah membintangi filem seram terbitan Indonesia, Lembayung, di mana dia memegang watak sebagai hantu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
The post Anna Jobling Bakal Bintangi Filem Pontianak Harum Sundal Malam 3 appeared first on Remaja.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source