Jika Ambil Quetiapine & Sertraline, Fikir Dulu Sebelum Ambil Melatonin

Ramai yang masih keliru tentang ubat yang diambil oleh pesakit mental adakah ia membantu atau sebenarnya membahayakan? Hari ini, kita kongsikan info daripada Dr. Zubaidi tentang jenis-jenis ubat yang biasa diberikan kepada pesakit mental.
Bagaimana ia berfungsi, dan kesan sampingannya. Jangan salah faham, ubat ini bukan sekadar ‘penenang’, tapi ada peranan penting dalam merawat gangguan mental. Jom fahamkan bersama!
Melatonin ialah hormon semula jadi yang mengawal kitaran tidur dan bangun.
Ia sering digunakan untuk merawat insomnia dan gangguan tidur.
Walau bagaimanapun, jika seseorang itu sedang mengambil Quetiapine dan Sertraline, ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum mengambil melatonin.
Quetiapine (Quepatine) – Ubat antipsikotik yang juga digunakan untuk merawat gangguan bipolar, skizofrenia, dan insomnia. Ia boleh menyebabkan rasa mengantuk dan membantu tidur.
Sertraline – Antidepresan dari kelas SSRI (Selective Serotonin Reuptake Inhibitor) yang digunakan untuk merawat kemurungan, gangguan kecemasan, dan OCD. Ia boleh menyebabkan gangguan tidur pada sesetengah individu.
Melatonin – Kajian menunjukkan bahawa melatonin boleh membantu memperbaiki kualiti tidur bagi pesakit yang mengalami insomnia, termasuk mereka yang mengalami masalah kesihatan mental.
Jadi jika puan mengalami kesukaran tidur walaupun mengambil Quetiapine dan Sertraline, melatonin mungkin dapat membantu menstabilkan kitaran tidur.
Jika ubat puan sudah membantu tidur dengan baik, tambahan melatonin mungkin tidak diperlukan.
Beberapa kajian menunjukkan melatonin boleh membantu mengurangkan kemurungan dan kecemasan ringan, tetapi kesannya mungkin berbeza bagi setiap individu.
Jadi mulakan dengan dos rendah (1-2 mg).
Pantau kesan terhadap tidur dan emosi selepas mengambil melatonin untuk memastikan ia memberi kesan kepada pola tidur yang lebih baik.
Sumber:Dr Zubaidi Hj Ahmad
Download seeNI sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source