Kembar Siam Pertama Dunia Memang Berasal Dari Siam?
Pernah dengar istilah kembar Siam? Mesti pernah, kan? Istilah ini merujuk kepada pasangan kembar yang dilahirkan bercantum dan tidak boleh dipisahkan secara semula jadi. Tapi tahukah anda, kembar Siam yang pertama di dunia sebenarnya berasal dari Siam, atau nama moden dia sekarang, Thailand?
[Siapa Sebenarnya Kembar Siam Pertama?]
Kisah mereka bermula pada 11 Mei 1811, apabila sepasang bayi lelaki dilahirkan di sebuah perkampungan nelayan di wilayah Samut Songkhram, kira-kira 60 batu dari Bangkok. Mereka diberi nama Jun dan In oleh ibu bapa mereka sebelum kemudiannya dikenali di seluruh dunia sebagai Chang dan Eng Bunker.
Apa yang menarik, mereka sebenarnya berdarah kacukan. Bapa mereka, Ti-eye atau Ti (นายที), seorang nelayan berketurunan Cina, meninggal dunia ketika mereka masih kecil, kemungkinan besar akibat wabak cacar yang melanda kawasan itu pada tahun 1819.
Ibu mereka, Nak (อำแดงนาก) membesarkan mereka sambil mengusahakan penternakan itik dengan bantuan anak-anaknya. Latar belakang etnik ibu mereka tidak jelas. Pelbagai sumber menyatakan bahawa beliau mungkin berketurunan Siam, Cina, separuh Cina dan separuh Siam atau separuh Cina dan separuh Melayu.
Kelahiran mereka agak luar biasa kerana mereka bercantum di bahagian dada dengan sejalur ligamen yang tebal. Dalam bahasa Thai pula, Chang dan Eng berarti “kiri” dan “kanan”.
[Dijadikan ‘Bahan Hiburan’ di Barat]
Ketika mereka berusia remaja, seorang saudagar British bernama Robert Hunter terlihat mereka dan menyangka mereka adalah “makhluk pelik”. Hunter nampak peluang besar untuk menjadikan mereka sebagai tarikan awam dan mula merancang untuk membawa mereka ke Barat sebagai ‘bahan hiburan’.
Namun, perjalanan mereka ke Barat tidaklah mudah. Raja Siam ketika itu, Rama III tidak membenarkan mereka meninggalkan negara itu. Tetapi selepas lima tahun memujuk, akhirnya Hunter berjaya mendapatkan kebenaran, dan pada tahun 1829, Chang dan Eng pun berlayar ke Amerika Syarikat. Ketika itu, mereka baru berusia 17 tahun.
Di sana, mereka diperkenalkan sebagai ‘The Siamese Double Boys’ dan akhirnya istilah kembar Siam pun digunakan untuk merujuk kepada semua kes kembar bercantum yang lahir selepas mereka. Mereka membuat persembahan di pentas sarkas, mempamerkan kebolehan luar biasa mereka seperti jungkir balik, berenang, bermain catur dan angkat berat.
Pada Oktober 1860, mereka menandatangani kontrak dengan P. T. Barnum, seorang penghibur terkemuka untuk membuat persembahan di Barnum’s American Museum di New York City. Di sana, mereka beraksi bersama Zip the Pinhead, malah turut menghiburkan tetamu kenamaan seperti Putera Wales.
Sebenarnya watak Chang dan Eng turut ditampilkan di dalam filem The Greatest Showman (2017) yang dilakonkan oleh Danial Son and Yusaku Komori.
[Menjadi Warga Amerika dan Berkahwin]
Selepas bertahun-tahun menjadi penghibur, mereka akhirnya memilih untuk menetap di North Carolina. Mereka membeli tanah seluas 200 ekar, membuka kedai dan menjadi warganegara Amerika dengan nama keluarga Bunker.
Pada tahun 1843, mereka berkahwin dengan dua orang wanita adik-beradik, Adelaide Yates dan Sarah Yates. Bayangkan, mereka tinggal dalam rumah yang sama, berkongsi kehidupan sebagai suami dan akhirnya mempunyai 21 orang anak! Chang mempunyai 10 anak manakala Eng mempunyai 11 anak.
[Detik Tragis: Kematian Chang & Eng]
Segalanya berjalan lancar sehinggalah meletusnya Perang Saudara Amerika yang menyebabkan ekonomi mereka jatuh. Ketika itu, Chang mula terpengaruh dengan alkohol, manakala Eng pula mengalami masalah judi. Keadaan semakin teruk apabila Chang mengalami angin ahmar dan kesihatannya merosot.
Pada Januari 1874, Chang meninggal dunia dalam tidur akibat bronkitis. Eng yang berada di sebelahnya turut meninggal dunia tiga jam kemudian. Menurut doktor yang membuat bedah siasat, mereka sebenarnya boleh dipisahkan jika pembedahan dilakukan lebih awal. Hati mereka yang bercantum akhirnya diawet dan disimpan di Muzium Mütter, Philadelphia.
[Legasi Chang & Eng]
Hari ini, ramai keturunan Chang dan Eng masih hidup di Amerika Syarikat. Malah, patung peringatan mereka didirikan di Bangkok untuk mengenang kisah luar biasa dua lelaki ini. Walaupun istilah kembar Siam digunakan sehingga hari ini, kita harus ingat bahawa mereka bukan sekadar satu fenomena perubatan, tetapi dua insan yang berjaya menempuh kehidupan dengan cara yang luar biasa.
___
Anda peminat sejarah benua Siam? Dari kerajaan Melayu seperti Sri Dharmaraja yang pernah memerintah benua Siam, sehinggalah ke sejarah kemasukan orang Thai membina kerajaan seperti Sukothai dan Ayutthaya, sehingga kepada pembentukan negara Thailand di bumi Siam, maka buku terbaru kami, KITAB TAMADUN SIAM ialah untuk anda.
PRA-TEMPAH SEKARANG dengan DISKAUN di https://s.shopee.com.my/4fhJ0MwbRT
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source