SMK Kota Kemuning Muncul Juara Kejohanan MLBB Selangor Future Cup 2025, Raih Biasiswa Penuh Sebanyak RM160,000

Baru-baru ini, pasukan e-sport Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor telah mencipta nama apabila muncul sebagai juara Kejohanan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) Selangor Future Cup 2025.
Menurut sebuah perkongsian akaun Facebook Media Rasmi SMK Kota Kemuning, para pelajar yang mewakili SMK Kota Kemuning itu telah membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, berlian bernilai RM20,000 dan biasiswa penuh RM160,000 bagi Diploma Kemahiran Malaysia tajaan Todak.
Dalam pada itu, sekolah ini juga memenangi RM30,000 untuk pembangunan hab e-sukan, trofi, pingat dan barangan eksklusif daripada Selangor Red Giants (SRG) dan Todak.
Pemain SMK Kota Kemuning terdiri daripada lima individu hebat dalam sukan e-sport iaitu Wong Kae Juen (17), Muhammad Fariez Arsyad Zuriadi (16), Muhammad Imran Muhamad Aswad (16), Anantha Raj Kumar (16), dan S Phiraphad (17) dengan bimbingan jurulatih, Adib Sulaiman Mohd Mulyadi (17).
Sementara itu, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi memberikan ucapan tahniah kepada SMK Kota Kemuning atas kejayaan merangkul kejohanan sulung Selangor Future Cup 2025 MLBB.
Beliau berkata, kemenangan itu turut memberi peluang kepada pemenang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Sekadar info, Selangor Future Cup 2025 Kejohanan MLBB yang dianjurkan kerajaan negeri telah disertai 64 buah sekolah dan berlangsung selama dua hari di pusat beli-belah AEON Shah Alam.
SMK Saujana Utama diumum sebagai naib juara dalam pertandingan itu. Mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,500. Manakala SMK Seksyen 19 (tempat ketiga) dan SMK Bandar Sunway (tempat keempat), masing-masing memperoleh RM1,000, trofi dan barangan eksklusif SRG dan Todak.
Sumber: Sinar Bestari
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Download seeNI sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source