Pengenalan
Isu gaji tunai adalah satu isu yang sering juga berlaku di kalangan kita. Gaji tunai adalah sesuatu yang sukar untuk dibuktikan nilai sebenarnya hanya berdasarkan slip pembayaran gaji. Lebih menyukarkan apabila ada sesetengah yang berpendapatan tunai tidak mempunyai potongan KWSP.
Potongan KWSP adalah sesuatu elemen yang membantu pihak pemberi pinjaman untuk menganggarkan gaji bulanan anda. Disitu kiraan boleh dibuat untuk mengandaikan berapakah gaji bulanan anda berdasarkan potongan tetap KWSP anda. Namun jika tiada potongan KWSP, pemberi pinjaman akan sukar untuk menafsir pendapatan anda. Ada juga peminjam yang bertanyakan kepada saya:
“Tuan, habis tu macam mana? takkan selama lamanya saya tak boleh nak memohon apa apa pinjaman tuan? saya memang ada gaji, cuma tak masuk bank je..”
Strategi Menguruskan Gaji Tunai!
Saya sering menasihatkan para pelanggan di dalam golongan ini dengan cara yang mudah namun harus mempunyai displin yang bagus. Ingat! Ianya memerlukan displin yang bagus. Jika anda mempunyai gaji tunai, bukalah satu akaun simpanan di mana mana bank tempatan anda berada. Anda boleh membuka akaun simpanan anda di Maybank, CIMB, RHB, Bank Islam, Bank Rakyat, BSN dan bermacam bank lagi. Pilih bank yang memberi keselesaan untuk anda berurusan dari segi pengeluaran dan juga kemasukan wang. Yuran pembukaan akaun adalah bergantung kepada polisi bank yang anda kunjungi.
Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
- Pilih dan buka akaun simpanan di bank pilihan anda. (Ingat! Faktor pengeluaran dan kemasukan wang adalah mudah dan selesa bagi anda).
- Jika anda menerima gaji tunai pada setiap hujung bulan sebagai contoh pada 30hb atau 31hb, depositkan wang gaji anda pada hari yang sama anda menerimanya. Ini untuk membuktikan pembayaran slip yang anda terima dan nilai kemasukan itu adalah sama.
- Bagi yang mempunyai dua kali pembayaran gaji pada setiap bulan, kebiasaannya disebut ‘ADVANCE’, anda depositkan juga nilai yang anda terima dua kali pada setiap bulan.
- Anda cuba untuk mendisplinkan hal ini sekurangnya selama ENAM BULAN berturut turut.
- Cetak penyata simpanan anda. Sesetengah bank memberikan penyata simpanan dan urusniaga pada setiap bulan kepada anda. Simpan dan failkan dengan kemas.
- Jika anda mempunyai pendapatan lain seperti pendapatan sampingan kecil, masukkan juga ke dalam bank. Ini bagi membuktikan yang anda mempunyai aliran wang tunai keluar dan masuk setiap bulan.
- Elakkan menyimpan gaji tunai di rumah, simpankan ia di bank-bank yang anda pilih. Selain daripada menjamin keselamatan, ianya juga untuk membuktikan bahawa anda mempunyai pendapatan pada nilai nilai yang tertentu.
Kesimpulan
Tidak kiralah berapa wang gaji tunai yang anda terima, displinkanlah diri untuk membuat simpanan terlebih dahulu. Rekod ini penting untuk membantu anda dalam memohon pembiayaan perumahan. Antara lainnya anda juga boleh melakukan permohonan joint account ketika proses permohonan pembiayaan dengan pasangan anda yang mungkin mempunyai gaji tetap melalui bank.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link