Table of Contents
Toggle1. Pilih Lokasi Yang Sesuai
Salah satu soalan utama yang perlu ditanya kepada diri sendiri ialah di mana lokasi hartanah yang ingin dibeli. Persoalan ini akan menjadi berbeza bergantung kepada jenis pembeli tersebut.
Jika pembeli tersebut adalah seorang pelabur, maka soalan lokasi akan dijawab dengan kriteria pelaburan yang ingin dicapai seperti pulangan pelaburan “return on investment” setiap tahun, potensi kenaikan nilai pasaran hartanah tersebut, kadar “respon” penyewa jika diiklankan rumah tersebut dan lain-lain persoalan kriteria.
Manakala jika membeli tersebut atas tujuan untuk duduk sendiri, maka persoalan yang akan dipenuhi selalunya, jarak kedai dengan rumah, ada sekolah berhampiran, laluan ke jalan utama, jarak dengan tempat kerja, kemudahan permainan untuk anak-anak, dan kadang-kadang ada juga yang ingin membeli rumah berhampiran dengan ibubapa mereka.
2. Pilih Rumah Ikut Kemampuan
Sememangnya hajat dan cita-cita setiap individu kita inginkan sebuah rumah banglo dengan tanah yang luas, parking yang banyak, ada sungai yang mengalir tenang di belakang rumah, kawasan yang tenang dan nyaman dan pelbagai lagi senarai impian kita.
Namun, tidak semua yang kita hajatkan dalam hidup ini tidak boleh dicapai dengan mudah dan kadangnya tidak mungkin boleh dicapai. Bergantung kepada semangat dan kesungguhan individu tersebut untuk merealisasikan impian nya.
Jadi, sebagai panduan, tentukan jenis rumah yang sesuai dengan kapasiti pembelian kita. Bila mana lokasi telah ditentukan, sebagai contoh anda ingin beli di kawasan Cheras dengan kapasiti pembelian sebanyak RM 200k, maka sudah tentu jenis rumah yang ada ialah jenis apartment kos tengah atau rendah. Jenis rumah akan berubah mengikut kapasiti pembelian anda.
Anda akan jadi insan yang sangat bertuah jika dapat menjumpai sebuah rumah TERES di cheras ingin dijual pada harga RM 200k. Jika ada iklan tersebut, terus “call” dan “set” viewing secepat mungkin dan bawa bersama buku cek anda untuk tulis deposit kalau dah berkenan.
3. Semak Kelayakan Pinjaman
Berkait rapat dengan kemampuan membeli hartanah. Anda boleh semak kelayakan pinjaman dengan mudah seperti bertanya dengan pegawai bank. Antara soalan yang mereka akan tanyakan ialah pendapatan dan komitmen bulanan.
Baik, sebagai contoh anda boleh mengikuti cara ini untuk menyemak kelayakan anda.
Gaji kasar anda = 100%
Beban kelayakan meminjam yang dibenarkan juga dikenali Debt Service Ratio= 70%
* bermaksud, pada mata bank, dari gaji anda 100%, 70% adalah kadar yang dibenarkan untuk digunakan membayar hutang bulanan. Jadi pastikan kadar bayar bulanan untuk rumah bakal dibeli tersebut berada di dalam lingkungan 70% kadar beban pinjaman dibenarkan tersebut.
Untuk hidup dan diguna pakai buat perbelanjaan harian = 30%
Sebagai contoh,
Gaji RM 3,000 = 100%
Beban hutang dibenarkan = 70% @ RM 2,100
Hutang kereta = RM 500
Hutang pinjaman peribadi = RM 100
Jumlah hutang setakat ini = RM 600 @ 20%
Jadi anda ada lagi RM 1500 @ 50% untuk buat pinjaman yang kadar bayaran bulanannya RM 1500.
*tips kira cepat nilai rumah yang boleh dibeli ialah darabkan dengan 200.
Contohnya: RM 1500 bayaran bulanan x 200 = RM 300,000 (Nilai @ Harga Rumah)
Maka, untuk belanja harian selama sebulan = 30% @ RM 900
4. Tetapkan Objektif Pembelian Rumah
Ini berkait rapat dengan objektif memilih lokasi satu hartanah tersebut. Segmen utama pembeli hartanah ialah samada pembeli merupakan seorang pelabur atau duduk sendiri. Maka, pastikan matlamat membeli hartanah anda itu jelas.
Untuk pelabur, biasanya kriteria pemilihan hartanah akan berkait rapat dengan faktor nombor. Berapa kadar sewa, berapa kos penyelenggaraan bulanan (maintenance), kadar kependudukan satu kawasan (occupancy rate) satu tempat tersebut, kadar keuntungan ketika membeli dan lain-lain.
Untuk pembeli nak duduk sendiri, apa pakej yang dapat, dipenuhi perabot atau tidak, menghadap jalan besar atau jalan mati, menghadap matahari naik atau turun dan lain-lain.
5. Pakej Pembelian Rumah Pertama
Terdapat banyak pakej-pakej menarik yang ditawarkan oleh bank dan kerajaan kepada pembeli rumah dan terutamanya pembeli rumah pertama. Sebagai contoh, Bank Simpanan Nasional BSN ada menawarkan kadar pinjaman 100% kepada pembeli rumah pertama. Jadi ia membantu dan memudahkan anda tidak perlu menyediakan deposit 10% dalam membeli rumah.
Kerajaan ada menganjurkan intensif dan perkenalkan produk polisi yang membantu pembeli rumah pertama. Sebagai contoh PR1MA, di sasarkan kepada pembeli rumah pertama.
Polisi pelepasan (percuma) cukai duti setem kepada pembeli pertama untuk rumah nilai RM 350,000 kebawah.
Ketahui pakej dan keistimewaan yang anda kepada anda sebagai pembeli rumah pertama.
6. Prosedur Beli Rumah
Penting untuk anda ketahui secara asas proses yang terlibat dari mula anda membayar deposit sebagai tanda jadi beli sehingga anda menerima kunci tanda pemilikan rumah tersebut (vacant possession).
Terdapat beberapa proses yang akan terlibat dalam pembelian hartanah yang akan dilalui bergantung kepada jenis dokumen hakmilik (geran) dan jenis pegangan hartanah tersebut samada pegangan bebas atau pajakan (freehold or leasehold).
7. Deposit & Kos Beli Rumah
Yang paling utama, sebelum keluar “shopping” mencari hartanah yang sesuai, pastikan yang anda sudah sedia ada 10% deposit pembelian. Sebagai contoh sasaran membeli rumah bernilai RM 300,000, maka kita sudah pun menyediakan 10% (RM 30,000) dalam simpanan kita.
Namun, perlu diingatkan, dalam membeli rumah, ada kos lain yang terlibat iaitu kos guaman, laporan penilaian, duti setem dan kos guaman pinjaman. Anggaran kos ini biasanya 5% dari harga pembelian rumah.
Dalam contoh yang sama RM 300,000 rumah, maka 5% ialah RM 15,000.
Jadi, pastikan anda sudah ada simpanan RM 45,000 sebelum mula keluar “shopping” rumah bernilai RM 300,000.
8. Bawa Pasangan, Keluarga Bersama
Kadang-kadang bukan kita sahaja selaku individu yang membuat keputusan dalam beberapa perkara. Selalunya kita bertanya dan berbincang dengan isteri @ “room mate” kita, dan sering dia juga yang membuat keputusan yang muktamad. Ada juga yang bertanyakan dengan ibubapa, adik beradik dan rakan-rakan.
Pernah pengalaman kami, satu pasangan pembeli ini buat temujanji satu hari @ seharian untuk satu rumah tersebut kerana dia nak susun semua ahli keluarganya datang dan beri pendapat untuk keputusan yang bakal dibuat.
9. Semak Latar Belakang Pemaju
Kadang-kadang menjadi pilihan pembeli selain membuat senarai rumah “subsale” yang ingin dibeli, boleh juga kaji tawaran rumah baru oleh pemaju di kawasan tersebut. Namun, membeli rumah baru yang belum dibina ini ada risikonya yang tersendiri.
Antara tips awal yang bole dikongsikan ialah, semak latarbelakang pemaju. Kaji bila syarikat ditubuhkan, rumah atau pejabat yang telah dibangunkan sebelum ini. Kalau ada masa, pergi tengok rumah tersebut dan lihat hasil kerja mereka. Buat carian secara “online” apa kata orang awam tentang pemaju tersebut. Buat carian di google “NAMA PEMAJU penipu”. Mungkin ada yang pernah menulis di “online” pengalaman pahit mereka membeli rumah dari pemaju tersebut.
10. Dapatkan Khidmat Nasihat Perunding Hartanah Berdaftar
Terdapat banyak terma dan panggilan dalam masyarakat kepada individu yang buat kerjaya ini. Iaitu membantu pemilik menjual hartanah mereka. Antaranya broker, ejen, perunding, dan konsultan.
Di dalam kerjaya ini, dia ada badannya yang tersendiri yang mengawal selia dan memantau industry ini. Mereka dikenali Lembaga Penilai Penaksir dan Ejen Harta Tanah (LPPEH) atau dalam English BOVEA. Biasanya dipanggil dengan panggilan pendek “board”.
Untuk yang berdaftar dan bekerja mengikut undang-undang dan “standard” yang telah ditetapkan oleh board, mereka ini dikenali sebagai Real Estate Negotiator (REN) atau Perunding Hartanah. Cara untuk mengenali mereka ini ialah ada no pendaftaran ren da nada tag perunding atau “ren tag”. Jadi untuk pastikan yang anda sedang berurusan dengan seorang professional berdaftar, tanyakan “ren tag” mereka.
Mereka dilatih untuk menjadi professional dalam membantu menjual dan membeli hartanah dan akan cuba pastikan yang transaksi yang dilalui oleh pelangganya berjaya sehinga selesai.
The post Cara Beli Rumah Pertama. 10 Persiapan Awal Sebelum Membeli Rumah appeared first on gohartanah.com.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link