Pelaburan

Apakah itu ASB (Amanah Saham Bumiputera)?

Apakah itu ASB (Amanah Saham Bumiputera)?

rumahkabin black

Logo Amanah Saham Bumiputera

 

Apakah itu ASB (Amanah Saham Bumiputera)?

Amanah Saham Bumiputera adalah sebuah dana amanah pelaburan khusus untuk kaum bumiputera Malaysia sahaja. ASB dilancarkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad pada 2 Januari 1990 dan tujuan dana ini ditubuhkan adalah untuk menyediakan satu platform simpanan dan pelaburan jangka panjang yang amat menguntungkan, konsisten dan memberikan pulangan yang terbaik pada para pelabur.

Dana ASB bersifat ekuiti tetap di mana harga seunit saham ASB dijual pada harga tetap iaitu RM 1.00. Selain itu, ASB tidak mengenakan sebarang caj ke atas jualan saham atau penebusan unit dan ini amat menguntungkan para pelabur.

Walaupun ASB merupakan instrument pelaburan terbaik untuk kaum bumiputera, ASB juga mempunyai kekurangan tersendiri iaitu ASB mempunyai had pelaburan sebanyak RM 200,000. Ini bermaksud pelaburan anda dihadkan kepada RM 200,000 namun jumlah pelaburan selepas perolehan dividen dibenarkan untuk melebihi RM 200,000.

Modal Amanah Saham Bumiputera

Macam Mana Nak Melabur Dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB)?

Terdapat dua cara untuk melabur dalam ASB sama ada pelaburan menggunakan wang simpanan anda sendiri atau menggunakan pinjaman ASB atau lebih dikenali sebagai ASB Financing. Untuk mereka yang baru nak berjinak dalam pelaburan ASB, kaedah yang digalakkan adalah pelaburan melalui pinjaman ASB atau ASB Financing. Terdapat 3 teknik loan ASB yang paling popular yang diperkenalkan oleh Tuan Khairul Ezuwan Yusof dalam ebooknya iaitu ASB Genius.

 

Kat Mana Boleh Beli Saham Amanah Saham Bumiputera (ASB)?

Saham Amanah Saham Bumiputera (ASB) boleh dibeli di ejen bank yang terpilih atau di ejen bukan bank yang terpilih. Ejen bank yang terpilih adalah seperti Maybank, RHB, CIMB dan Affin Bank. Melalui ejen bank, para pelabur boleh manambah unit pelaburan mereka menggunakan perbankan atas talian. Selain ejen bank, terdapat juga ejen bukan bank iaitu Pos Malaysia.

See also  Apakah itu Pengurusan Strata / Hakmilik Strata?

Hukum Amanah Saham Bumiputera

Hukum ASB Bagi Orang Islam

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 – 3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya.

Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

Setelah mendengar taklimat dan penjelasan serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar, hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.

Kesimpulan

Amanah Saham Bumiputera adalah pelaburan terbaik untuk kaum bumiputera. Hal ini kerana ASB adalah satu-satunya instrumen simpanan dan pelaburan jangka panjang dengan risiko yang rendah. Pelbagai teknik boleh digunakan untuk dapat pulang terbaik melalui ASB.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link