Infotainment

15 Teknologi Dan Perkhidmatan Yang Berkubur Pada Tahun 2022

15 Teknologi Dan Perkhidmatan Yang Berkubur Pada Tahun 2022

rumahkabin black

Di Amanz kami lebih memberikan kepentingan kepada berita-berita pelancaran produk baharu kerana seperti kata pujangga terkemuka Barney Stinson “yang baharu lebih baik daripada yang lama”. Tetapi sepanjang 2022 terdapat banyak teknologi dan perkhidmatan yang kini hanya tinggal kenangan dalam lipatan sejarah. Di awal 2023 ada baiknya kita mengingati teknologi, peranti, perkhidmatan dan produk yang dikuburkan atas pelbagai sebab.

15 Teknologi Dan Perkhidmatan Yang Berkubur Pada Tahun 2022


1.Rangkaian 3G

3G

Era rangkaian 3G di Malaysia tamat sepenuhnya pada bulan Disember lalu. Proses penutupan rangkaian 3G telah dilakukan sejak Oktober 2021. Pada Mei 2022,  SKMM mengatakan sebanyak 99.3% rangkaian 3G telah pun ditamatkan. Rangkaian 3G ditawarkan di Malaysia sejak 2003 menerusi Celcom. Walaupun kini dianggap perlahan, kelakuan 3G membuka pintu kepada kepopularan penstriman video dan juga panggilan video yang kini menjadi perkara normal dalam kehidupan harian.

2.Perkhidmatan Prabayar Altel

ALTEL

Perkhidmatan prabayar Altel secara rasmi telah ditamatkan pada 31 Disember 2022. Pelanggan diberikan peringatan akan penamatan operasi syarikat telekomunikasi ini pada Oktober lalu dengan pilihan nombor dipindahkan ke Celcom. Keputusan yang dilakukan secara mengejut dilakukan dengan pelanggan diberikan tempoh yang pendek untuk melakukan pertukaran talian atau dipindahkan secara lalai ke Celcom pada 1 Disember lalu.

3.Telefon Blackberrry

BlackBerry KEYone DSC02808 edited 1

Blackberry berhenti mengeluarkan peranti keluaran sendiri sejak 2016 dengan hanya lesen menggunakan nama disewakan kepada TCL selama beberapa tahun. Percubaan menaikkan semula nama Blackberry kali ini dengan sistem operasi Android tidak mendapat sambutan yang menggalakkan dengan lesen kemudian dipegang oleh dengan perancangan menjual peranti 5G.

OnwardMobility pada Februari tahun lalu secara rasminya mengumumkan mereka menutup syarikat, dan tidak lagi akan membangunkan sebarang telefon pintar dengan papan kekunci fizikal. Dengan pengumuman ini juga, secara rasminya ia turut mengesahkan yang mana kita tidak lagi akan melihat telefon BlackBerry di pasaran selepas ini. Sebelum ini, pihak BlackBerry sendiri telah menjual sejumlah paten mereka, di samping mengumumkan bakal menamatkan sokongan aplikasi Android mereka.

See also  Bala Terhadap Firaun Yang Diceritakan di Dalam Bible?

4.Internet Explorer

Internet Explorer

Pelayar web “orang lama” Internet Explorer turut menamatkan hayatnya tahun lalu. Sejak dilancarkan pada tahun 1995, ia mungkin telah dimuat turun berbilion kali. Dengan ia diberikan secara percuma dengan sistem operasi Windows, Microsoft berjaya memenangi perang pelayar web menentang Netscape Communicator.

Sokong rasmi untuk Internet Explorer ditamatkan pada Jun 2022 dengan Microsoft menyarankan pengguna berpindah ke Edge. Sepanjang hayatnya Explorer menjadi pelayar dengan pegangan terbesar dan wajib digunakan jika anda ingin melayari laman web rasmi milik kerajaan. Pengenalan Firefox dan Chrome mula mengikis pegangan Explorer. Penghentian sokongan IE oleh Microsoft menimbulkan dilema di Jepun kerana lebih separuh perniagaan di negara tersebut masih bergandung kepada pelayar web klasik ini.

5.Kaodim

Kaodim Jun 2022

Kaodim yang menawarkan carian perkhidmatan tukang paip, pembantu rumah, penyelenggaraan pendingin hawa dan banyak lagi mengumumkan penutupan operasi mereka bermula 1 Julai ini. Ini mengakibatkan operasi mereka di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina.

Dalam nota yang dikongsi oleh pengasas syarikat Choong Fui Yu, operasi terpaksa dihentikan kerana impak pandemik selama lebih dua tahun. Peningkatan kos, kekurangan tenaga kerja dan gangguan operasi akibat pandemik menyebabkan jumlah pelanggan berkurangan yang menjurus kepada syarikat menanggung kerugian.

6.HappyFresh

HappyFresh

HappyFresh hari ini mengumumkan mereka telah menamatkan operasi di Malaysia, berkuat-kuasa serta-merta pada September lalu. HappyFresh mengatakan mereka mengambil langkah ini disebabkan oleh keadaan ekonomi semasa. Sepanjang 7 tahun beroperasi, HappyFresh mengatakan telah menyediakan pekerjaan untuk 850 orang pekerja, selain turut membantu ramai dalam mendapatkan bekalan barangan runcit terus ke rumah.

7.Apple iPod

iPod Family

Apple mengumumkan mereka akan menamatkan iPod Touch pada Mei tahun lalu, sekaligus tidak lagi mengeluarkan produk baharu untuk pemain MP3 paling popular dunia. Apple hanya akan sekadar menawarkan iPod Touch sehingga stok sedia ada mereka habis dijual. Pasca pengumuman, kesemua stok iPod Touch habis dijual dengan pantas di seluruh dunia.

Dengan langkah ini juga, Apple menamatkan era iPod yang dulu amat popular sebagai pemain muzik mudah-alih yang kompak dan mudah dibawa kemana-mana. iPod Touch terakhir diperkenalkan adalah pada 2019 yang lepas, dimana ia hadir dijana cip A10 Fusion ketika itu. Siri iPod Touch telah diperkenalkan pertama kali pada 2007.

8.Google Stadia

Google Stadia 4

See also  ASUS Zenbook Pro 16X OLED Hadir Dengan RTX 4080 Dan ASUS Dial Untuk Pengguna Industri Kreatif

Pengumuman Google Stadia akan dihentikan telah dilakukan pada September lalu selepas sekitar tiga tahun beroperasi. Ia memulakan hidup sebagai platform penstriman permainan video dengan kami mengujinya sendiri di Google I/O. Terdapat banyak potensi lebih-lebih dalam dunia yang mengalami kekurangan konsol yang kronik. Tetapi dengan penutupan beberapa studio Stadia dan pasukan dalam Google sendiri, masa depan Stadia nampak kelam sejak 2021 lagi.

Kubur sudah digali dan keranda telah diusung sejak September. Perkhidmatan ini secara rasminya akan dihentikan pada 18 Januari depan. Ubisoft tampil dengan solusi memberikan pemain yang membeli permainan di Stadia untuk memindahkannya ke Ubisoft Connect. Dengan Stadia terkubur, teknologi penstriman permainan video Google ini akan disewakan kepada pelanggan yang berminat.

9.Facebook Campus

Facebook Campus

Facebook Campus diumumkan pada tahun 2020 sebagai usaha Facebook untuk kembali kepada fitrah. Menerusinya pelajar di kampus universiti boleh berhubungan antara satu sama lain dalam komuniti tersendiri. Ujian dilakukan secara tertutup dan selepas lebih setahun, Facebook Campus ditamatkan bermula 10 Mac 2022 .

Facebook Campus hanya dibuka kepada pengguna dengan alamat emel dari universiti yang disertai. Dengan penutupan Campus, pengguna sedia ada disarankan untuk memuat turun kesemua data yang telah dimuat naik kerana kesemuanya akan dipadam oleh Facebook. Pengguna kemudiannya akan disarankan menyertai Facebook Group universiti mereka sebagai ganti.

Ini bukan eksperimen pertama Facebook yang cuba menarik minat pengguna lebih muda yang ditamatkan. Empat tahun lalu Lifestage yang cuba mencabar Snapchat telah dimatikan dan tahun ini juga Facebook Instant Articles telah diumumkan akan dihentikan bermula April 2023.

10. Dron Snap Pixy

Snao Pixy Dron B

Snap melancarkan dron kamera Pixy pada awal April tahun lalu dengan ia boleh dikawal menggunakan gestur serta berkongsi rakaman terus ke aplikasi Snapchat. Tetapi pada bulan Ogos, empat bulan selepas mula dijual Snap menghentikan pembangunan Pixy.

Keputusan menghentikan pembangunan Pixy diumumkan oleh Evan Spiegel kepada kakitangan bagi memberikan mengatur semula sumber syarikat. Pixy masih lagi boleh dibeli menerusi laman Snap di Amerika Syarikat dan Perancis tetapi besar kemungkinan tiada stok baharu akan ditambah selepas stok dron habis dijual.

11.Kerjasama 17 Tahun Nokia Dan Zeiss Tamat

Nokia Zeiss Amanz scaled

Kamera Nokia menjadi pujaan ramai di zaman awal telefon mudah alih kerana menggunakan lensa Zeiss. Nokia N93 misalnya antara yang terawal mempunyai kemampuan merakam video pada kualiti DVD dilengkapi lensa Zeiss. Tetapi hubungan akrab Nokia dan Zeiss selama 17 tahun tamat pada bulan Julai tahun lalu.

Lensa Zeiss kini digunakan pada kamera Sony dan Vivo sekaligus menaikkan profil peranti Xperia 1 IV dan X80 Pro yang dijual tahun ini. Lensa Zeiss setakat ini menghasilkan gambar pada telefon pintar yang lebih baik khususnya pada waktu malam.

See also  Beza usia 23 tahun, Esma Daniel kembali bergelar suami

12. Kerjasama Huawei Dan Leica Turut Tamat

Huawei P30 Pro Camera 1

Selain Nokia dan Zeiss, hubungan kerjasama antara Huawei dan Leica turut tamat pada Mei tahun lalu. Kerjasama antara kedua-dua syarikat sangat membuahkan hasil dengan ia berjaya melonjakkan nama Huawei dari sebuah syarikat dari China menjadi pengeluar telefon pintar dengan kemampuan kamera yang terbaik di pasaran.

Selepas tidak lagi bekerjasama dengan Leica, Huawei melancarkan XMage sebagai pengganti. Ini digunakan pada peranti siri Mate 50. Sementara itu Leica melakukan pula kerjasama dengan Xiaomi dengan 12S Ultra menjadi telefon pertama dihasilkan oleh kedua-dua syarikat. Antara ciri menarik ditawarkan ialah sebuah prototaip 12S Ultra yang boleh menggunakan lensa kamera M-mount Leica.

13. Spotify CarThing

Spotify Car Thing B

Ujian Spotify Car Thing dimulakan pada tahun 2019 sebelum jualan terbuka dimulakan pada Februari tahun lalu. Tetapi seperti Snap Pixy, Car Thing turut menerima nasib yang sama dibatalkan selepas tidak sampai setahun dijual.

Cabaran rantaian bekalan dan permintaan memaksa Spotify menghentikan pengeluaran produk pada bulan Julai. Kerugian €31 juta (~RM140 juta) dicatatkan atas keputusan menamatkan pengeluar Car Thig. Produk masih dijual menerusi laman Car Thing dengan ia kini boleh dimiliki pada harga $50 yang sekitar separuh harga asal $90 sebuah.

14. CNN+

CNN Hos

Spotify Car Thing dan Snap Pixy adalah dua produk yang nyawanya tidak sampai setahun. Tetapi hayat mereka lebih panjang berbanding CNN+ yang dihentikan operasi pada April tahun lalu selepas hanya sebelum. Platform penstriman berbayar CNN ini mempunyai hayat yang lebih pendek berbanding Quibi.

Antara faktor mengapa platform ini gagal ialah kandungan berita 24 jam sudahpun wujud dan menambah satu lagi saluran penstriman untuk kandungan asli tidak diminta oleh pengguna. Pasca pelancaran, CNN+ dilaporkan hanya mempunyai 100,000 pelanggan dan 10,000 pengguna aktif harian. Angka yang sangat rendah bagi CNN yang merupakan peneraju berita satelit 24 jam pada tahun 1980an.

15. Intel Optane

Intel Optane 800p Main

Intel mengumumkan penutupan perniagaan memori Optane mereka dengan kerugian $559 juta (~RM 2.5 bilion) dalam bentuk inventori yang masih disimpan. Keputusan ini tidak mengejutkan kerana pada tahun 2020, Intel tidak lagi menjual memori Optane kepada pengguna dengan tumpuan diberikan kepada pelanggan perniagaan sahaja.

Micron yang menghasilkan memori dan storan Optane untuk Intel telah menjual kilang yang menghasilkan cip kepada HK Hynix. Walaupun tiada cip baharu dihasilkan, Intel dilaporkan masih mempunyai inventori selama beberapa tahun. Intel akan terus memberikan sokongan kepada pelanggan sedia ada.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link